Friday, July 25, 2008

Water Restriction Level 5

Salam kpd pembaca..sehari dua ini, langit seakan bermurah mencurahkan segala isi kandungannya ke bumi. Hujan yang turun 2 hari tanpa henti sedikit sebanyak menceriakan hati penghuni tanah gersang ini. Ya, bumi kangaroo telah lama dilanda kegersangan. Bukan kegersangan yg tuuuuuttttt..tapi kegersangan menanti titisan-titisan hujan dari langit. Penduduk-penduduk dibumi kangaroo ini seakan berpesta ria menerima rahmat dari langit ini. Mahu taknya, sudah agak lama mereka tidak dibenarkan menggunakan sumber air dengan sewenang-wenangnya.

Kereta tidak boleh dicuci dgn kerap. Kalau nak cuci mestilah menggunakan hos yg berkapasiti rendah. Pokok bunga tidak boleh disiram tanpa menggunakan bekas penyiram bunga. Kegunaan air pili utk mandi serta utk sebarang kegunaan di sinki dinasihatkan tidak melebihi 4 minit. Giler ape...semuanya disebabkan musim kemarau yg melanda. Pihak berkuasa disini melabelkan tahap keseriusan musim kemarau sehingga ke tahap 6 sehinggalah hujan turun tanpa henti 2-3 hari ini. Empangan dipenuhi sehingga 40% lebih dari tahap yg bahaya.

Esok, water restriction level akan diturunkan dari 6 ke level 5. Makanya, dlm minggu depan aku mungkin dpt melihat kereta-kereta yg bersih berkilauan menyusur jalan-jalan utama disini. Termasuklah kreta aku yg sudah dipenuhi oleh tompokan-tompokan najis burung serta debu-debu tanah. Berada disini membuatkan aku lebih menghargai harga setitis air..Kalau kat Mesia, selagi tak kecut kulit kaki, slagi tu lah shower takkan berhenti..ngeh, ngeh, ngeh...

No comments: