Friday, December 26, 2008

Awang Azmi in Brisbane

Salam pembaca budiman. Semalam penulis menerima kunjungan dari sahabat baik yang datang menghabiskan cuti hari natal dan cuti tahun baru bersama-sama penulis dibumi kangaroo ni. Percutian yang sudah dirancangkan agak lama akhirnya menjadi kenyataan juga. Tiba dengan menaiki pesawat tambang murah AirAsia-X memang menyeronokan. Peluang untuk bercuti menimba pengalaman di tanah asing tidak disia-siakan oleh sahabat penulis tatkala syarikat ini mempromosikan tiket tambang pergi-balik yang mampu dibeli oleh kebanyakan orang. 



Awang depan mercu UQ


Depan Forgan Smith building

Depan Great Court

Movie World entrance
 
Brisbane dihujung jari..hehehe

Hari pertama, belum pun hilang penat 9 jam dalam pesawat, penulis telah membawa rakan penulis bersiar-siar melawat kampus pengajian penulis dan melihat kota Brisbane dari puncak gunung disini. Kepenatan hilang apabila rakan penulis sungguh seronok beraksi dihadapan lensa penulis. Apapun, very happy to have you here my friend!

Sunday, December 21, 2008

Christmas gift

Salam pembaca budiman. Kelmarin, Jumaat bersamaan 19hb December merupakan hari terakhir berkerja bagi kebanyakan staf serta research student kat CSIRO lab ni. Ramai yang akan mula bercuti bermula  Isnin ini sehinggalah selesai tahun baru. Hari ni juga ramai yang mengambil kesempatan utk mengucapkan ucapan perayaan Natal dan selamat tahun baru. Tak ketinggalan aku dan juga rakan penyelidikan aku yang sama-sama bernaung dibawah satu supervisor. Kami berpakat utk membelikan something for our supervisor. 

Dr. Andre'-Denis G. Wright (my second supervisor at CSIRO, the principal sv is Dr. Rafat at Gatton Campus) with the Christmas card and the cafe voucher

My colleagues, Andre' and me

My colleagues suggested that to give him a voucher of Genie's Cafe (which is letaknye kat level ground floor bangunan ni) memandangkan kesuntukan masa utk membeli hadiah yg best2 utk dia. Hehheheee..Anyway, kitaorg bagi jer kat dia that voucher psl dia ni suka minum coffee kat cafe' tu. He likes it so much and for him, is not the present is matter, but the thought is what makes him feel happy. Selamat menyambut hari Krismas dan tahun baru kat semua kawan-kawan yg menyambutnya. As for me, i'm also going to celebrates this festive season with having my pocket money became lesser and lesser on Boxing Day..!! Heheheheee..can't wait for the day!

Wednesday, December 17, 2008

Main Golf

Salam pembaca budiman, entri kali ni mungkin agak pendek sahaja. Hanya sebagai sisipan penulis ketika sedang kebosanan menunggu siapnya sample dalam mesin analisa. Tengah hari td, lebih kurang 3/4 labmates ngan staf-staf kat level 6 & 5 CSIRO ni mengular. Tak macam kita kat Mesia, kalu mengular pasti akan berjumpa kat kedai-kedai mamak yang belom pasti kesahihan Halalnye. Mengularnye diaorg ni, rupe-rupenyer ke padang golf. Main golf antara level sebelum masing-masing bercuti untuk perayaan Krismas dan tahun baru yg menjelang tiba. Penulis? Kalu tader kejer, mmg dah ikut dah. Tapi bukan main golf, sekadar jadi kedi ataupon tukang sorak jer. Kenape? nak pegang cangkul pon blom sempurna lagi, inikan pula nak hayun kayu golf..hehehehe..

Saturday, December 13, 2008

Hijrah-Part 2

Salam pembaca budiman. Hijrah bahagian kedua kali ini akan memaparkan (pergh..macam rencana Jejak Rasul lah pulak).. Anyway, what i'm going to tell you guys is that hijrah kali ni memberikan seribu pengalaman kepada penulis. Bahagian pertama penulis menceritakan tentang hijrah tempat kediaman,  bahagian ini pulak penulis nak bercerita tentang hijrah tempat penyelidikan. 
Makmal lama di Gatton campus

Sepertimana yang pernah ditulis dalam entri-entri yang lalu, penulis sebelum ini menjalankan kajian penyelidikan yang terletak di makmal School Animal Studies kat Gatton. Makmal yang menempatkan pelbagai peralatan kajian molecular yang basic. Kini penulis berpindah ke makmal yang lebih sophisticated yang mana menempatkan mesin-mesin kajian yang canggih dan lebih user friendly. Makmal yang terletak di kampus utama University of Queensland ini sebenarnya bukanlah milik mutlak UQ. Ianya dikawal selia oleh sebuah badan penyelidikan yang terunggul di Australia dan serantaunya. Dikenali sebagai  Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation-CSIRO, sebuah badan penyelidikan yang boleh dikatakan banyak menerima geran-geran penyelidikan dari kerajaan Australia dan badan-badan bukan kerajaan. Penulis berasa bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjalankan kajian menggunakan fasiliti badan ini. Untuk menggunakan fasiliti badan ini bukannya mudah, banyak dokumentasi yang perlu diselesaikan sebelum dibenarkan menjalankan penyelidikan disini. 

CSIRO lab-pandangan dari tempat duduk penulis

Keluar masuk setiap individu dipantau dengan penuh teliti kerana badan ini menjalankan penyelidikan yang berprofil tinggi dalam industri ternakan. Segala maklumat mengenai penyelidikan disini dikawal selia dengan teliti supaya tiada penyelewengan maklumat berlaku. Pergh...macam nak masuk reaktor nuclear pon ada dengan diaorg punyer rules and regulation. Apa yang melegakan penulis adalah kerana disini penulis dapat bertukar-tukar pendapat dengan ramai penyelidik dari bidang kajian yang sama berbanding di Gatton yang mana hanya penulis seorang yang menjalankan kajian dalam bidang pilihan penulis. Huhuhuu..

Bersambung...

Tuesday, December 9, 2008

Hijrah-Part 1

Salam pembaca budiman. Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat. Penulis memohon ampun dan maaf sekiranya ada dikalangan pembaca budiman tertunggu-tunggu nukilan dari penulis. Dalam seminggu dua ni, urusan harian penulis agak terganggu buat seketika kerana Hijrah. Bukan bulan Hijrah yg dimaksudkan penulis. Terkini, desa yang permai bukanlah lagi menjadi tempat penulis berteduh, hutan batu yg maha besarnya serta gondola-gondola yg maha banyaknya menjadi kawasan perteduhan yang baru. Ya, penulis telah berpindah ke kota metropolitan. Tiada lagi lembu-lembu serta kambing-kambing yg setia menyapa setiap kali penulis pergi ke tempat kerja, tiada lagi sayur-sayuran serta hamparan tanaman bijiran kiri dan kanan jalanraya, tiada lagi udara nyaman. Yang ada kini cumalah lampu-lampu isyarat yang maha banyaknya yang kadangkala melambatkan perjalanan ke destinasi harian.

Proses pemindahan barang-barang

Penulis kini telah menjadi penghuni kota Brisbane. Tuntutan kerja membuatkan penulis terpaksa ber'hijrah' kesini. Namun, penulis berasa sedikit bersyukur kerana penghijrahan ini lebih mendekatkan penulis dengan rakan-rakan sekapal yang dahulunya mengambil masa yg agak lama untuk bersua muka. Kini tiada lagi bumi Gatton yg permai, kini penulis telah berhijrah ke kawasan suburb Indooroopilly. Hanya mengambil masa dalam 15 minit dengan memandu gondola ke kampus utama.

Bersambung...

Saturday, November 22, 2008

Super Wet Summer

Salam pembaca budiman..dalam seminggu ni South East Queensland (Brisbane dan kawasan sekitarnya..termasuklah Gatton ni) dilanda badai bencana. Hujan beserta ribut taufan yang maha kuatnya (nasib baik blom tahap 4) telah membuatkan penghuni tanah ini gundah gulana memikirkan musibah yg melanda. Boleh dikatakan sudah 3 dekad kawasan ini tidak mendapat musibah sebegini rupa. Hujan batu sebesar bola kriket turut sama menambahkan lagi kegusaran penghuni kota. Banyak tingkap-tingkap rumah pecah serta siling-siling yg berlubang sana sini akibat hentaman kuat hujan batu. Syukur hujan batu sebesar itu hanya melanda kawasan kota dan bukan desa dimana tempat semayamnya penulis. Hehehee..Sungai yg kering kontang yang hanya dipenuhi dengan semak-semak samun kini mula mengalirkan air yg maha deras. Ada hikmahnya.

Tanaman bawang penulis yg rosak dilanda bah...hehehe..stakat 2 biji bwg, apelah sgt..

Kawasan laman rumah penulis yg jerlus akibat air hujan yg bertakung

Pandangan dari dalam lubang jerlus

Jalan masuk ke kampus yg dipenuhi air

Padang ragut yg sudah jadi macam bendang padi

Dianggarkan kerugian akibat bencana kali ini mencecah ratusan juta Australian dolar. Rumah kebanyakan hanya teguh berdiri berbumbungkan awan kerana atap rumah sudah diterbangkan berkilometer jauhnya. Banjir kilat yg melanda juga telah meragut 2 nyawa. Skali lagi penulis bersyukur kerana rumah penulis berada diparas agak tinggi. Hari ini Sabtu, ramalan cuaca meramalkan bahawa hujan lebat disertai ribut petir sekali lagi akan mengganas. Kali ini ribut taufan berskala tinggi diramalkan bakal melanda. Kesian pd mangsa-mangsa ribut, hati yg semakin beransur tenang bakal diusik sekali lagi oleh bencana alam yg tiada kawalnya.

Nota kaki cagu: dikala waktu ribut begini penulis leka mengisi kantung perutnya dengan roti cicah milo panas..best woo! kalu ada biskut mery lg best. Hehehhee..

Wednesday, November 19, 2008

Kunjungan Dr.Halimatun (my ketua jabatan) ke Gatton

Salam pembaca budiman. Ini merupakan entri kedua pada hari yg sama. Penulis terasa seperti ingin meng'qada' bahan-bahan penulisan yg semenjak dua menjak ini agak terbantut dek tuntutan kerja yg perlu diselesaikan dahulu. Entri kali ni penulis nak menceritakan tentang kunjungan majikan tpt penulis bekerja setelah tamat pengajian kat sini nanti. Semalam, penulis menerima kunjungan Dr. Halimatun, Ketua Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian UPM. Beliau ditemani oleh Dr. Sabrina dari Fakulti Perubatan.


Dr.Halimatun and Dr. Sabrina with my sv and head of school


tgh berdiskusi


Bergambar dgn mercu tanda kampus Gatton


Jemput makan..susah2 jer..hehee

Dr. Halimatun ngan Dr. Sabrina ni sebenarnyer dtg ke Brisbane ni utk menghadiri satu conference, terlajak berada disini, apalah salahnya dtg melawat anak buah disini. Terima kasih kerana melawat. Susah2 jer. Hehehehee..Tujuan utama kunjungan Dr. Halimatun ke Gatton ni is to meet my supervisor to discuss about my research progress and to visit animal research unit kat kampus Gatton ni. Banyak input2 yg menarik diperolehi hasil dari perbincangan tersebut. Lepas jer abis meeting ngan my sv, penulis bawak boss ngan kawan dia datang berkunjung kerumah penulis untuk menjenguk ahli keluarga baru penulis. Tima kasih atas buah tangan yg diberikan kat keluarga penulis. Susah2 jer. Heheheee..

"Congratulations! You are now confirmed as a PhD student"

Salam pembaca budiman. Apa khabar semua? Seperti yang dijanjikan, penulis akan mula berkarya setelah selesai proses penilaian status penyelidikan penulis. Alhamdulillah tepat jam 1.20 ptg td (waktu AEST), penulis telah berjaya melepasi proses penilaian PhD. Status penulis sebagai calon PhD telah di'upgrade' menjadi pelajar PhD. Sistem penyelidikan disini agak berlainan dgn sistem yg diamalkan di Malaysia dalam menentukan status seseorang pelajar tersebut. Di sini (Universitty of Queensland), setiap pelajar yg diterima masuk untuk program PhD ataupun MPhil tidak bermakna mereka tersebut adalah pelajar PhD or MPhil. Mereka ini diklasifikasikan sebagai calon sahaja.

Dalam tempoh 1 tahun, calon pelajar PhD akan menjalani satu proses penilaian status penyelidikan yg dibarisi oleh pemeriksa-pemeriksa yang sememangnya berpengalaman dalam bidang yg kita ikuti. Terdapat beberapa bahagian yg perlu dipenuhi oleh calon PhD sebelum mendapat status 'Pelajar' PhD. Calon PhD must submit a well documented research document (literature review and research proposal), each candidates must present a seminar with a preliminary results and an interview with the panel of examiners. Sekiranya melepasi tahap piawaian yg telah ditetapkan oleh pihak University, maka calon tersebut akan dinaikkan taraf sebagai "PhD Student" dan bukan "PhD candidate" anymore. Sekiranya tidak melepasi piawaian, maka status calon tersebut mungkin akan diturunkan ke level MPhil (Master of Philosophy). Bagi calon pelajar MPhil, mereka dikehendaki untuk menjalani proses ini dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pendaftaran masuk.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Terkesima seketika bila head of confirmation committee hulurkan tangannyer pd akhir proses interview and said the magic words "Congratulations! You are now confirmed as a PhD student". So plan selepas ni is to qada' balik tidur yg agak berkurangan sejak kebelakangan ini disebabkan terkena Badi confirmation..huhuuu..

Tuesday, November 4, 2008

5 dalil kenapa blog lama tak di'update'...

Salam pembaca budiman, agak lama laman maya ini tak bertambah isinya. Agak lama juga laman ini sepi tanpa berita. Mungkin pada tanggapan ramai, penulisnya dilanda kemalasan berkarya. Mungkin juga penulisnya dilanda gundah gulana sehinggakan kaku jari jemari kecil untuk berkarya. Sebenarnya terdapat beberapa dalil mengapa laman ini kurang ceria sejak akhir-akhir ini. Untuk mengelakkan rasa terkilan, penulis hanya mampu mengutarakan 5 dalil sahaja sebagai penyedap rasa. Heheheee..

Dalil 1
Penulis berasa sungguh gembira tidak terkira tatkala menerima anggota keluarga baru yg pertama sehinggakan lupa akan password utk meng'akses' blog ini. Heheheee..

Dalil 2
Penulis boleh diibaratkan sebagai mayat hidup sejak seminggu dua ini akibat kekurangan waktu untuk beradu. Akibatnya, mata agak kabur untuk menekan punat-punat komputer yg semakin kecil lihatnya.

Dalil 3
Penulis terpaksa menjadikan aktiviti menulis blog sebagai aktiviti sampingan dan bukan lagi aktiviti rutin harian yang mana rutin harian telah diisi dengan kerja-kerja hakiki wanita dirumah (membasuh, mengemas, memasak dsb). Huhuhhuuu..

Dalil 4
Penulis kini berada dalam tempoh paling penting dalam proses penyelidikan dimana dalam tempoh terdekat penulis bakal menjalani proses ujian pengesahan penyelidikan peringkat PhD. Oleh yg demikian, segala idea utk berkarya terpaksa dibekukan bagi memberi laluan kepada proses tersebut agar ianya berjalan dengan lancar.

Dalil 5
Penulis malas sebenarnye...muakakakakaaahhh...!! Tapi insyaAllah, selepas proses ujian tersebut berjalan dengan lancar, penulis berjanji akan berkarya dengan lebih kerap lagi.


Terima kasih kpd pengunjung2 laman ini yg telah menghulurkan ucapan tahniah atas kehadira anggota baru dalam keluarga penulis. Terima kasih.

Wednesday, October 15, 2008

"Hujan emas dinegara org, baik lagi hujan batu dinegara sendiri"

Salam pembaca budiman. Mungkin pepatah diatas tidak asing buat kita semua. Disogokkan dalam pemikiran kita semua sejak belum akhil baligh lagi. Apa maksudnya? Walaupun sumber rezeki melimpah ruah ditempat asing, namun tempat tumpahnya darah jugalah yang terbaik walaupun hidup serba serbi kesempitan (terjemahan mengikut pemahaman penulis). Tapi apa yg ingin dihidangkan pd pembaca budiman semua bukanlah mengenai rezeki yg diterima, tapi intisari tulisan kali ini berkisar hujan batu. Bagaimana sekiranya pepatah diatas lain bunyinya? "Hujan batu dinegara orang, hujan ribut petir dinegara sendiri'..hehehheee..inilah pengalaman yg aku alami hari ini.

Perhatikan bebola putih atas rumput tu-ketulan ais hujan

Close-up foto yg termampu aku ambil..nak pegi lagi dekat masih hujan

Lewat dinihari ketika memandu gondola perkasa beroda empat pulang dari lab, kawasan tpt aku diami dihujani hujan batu. Tapi nasib baiklah hujan batu kali ni agak kecil berbanding di kawasan-kawasan sekitarnya yg mana menerima tujahan air batu dari langit yg sebesar bola golf. Selalunya, berita malam berikutnya akan memaparkan kerosakan harta benda akibat fenomena alam ni. Nasib baiklah hujan batu dikawasan aku ni sebesar biji guli, dan nasib baiklah fenomena ini berlaku sejurus aku selesai parking kereta dibawah teduhan konkrit dirumah aku. Kalu tak, pastinya cermin kereta aku retak seribu. Hehehehee..duit tu!!

Sunday, October 5, 2008

Eid Gathering with Supervisor

Salam kpd pembaca budiman. Alhamdulillah, sudah 5 hari kita melewati ramadhan. Syawal tahun ini tentunya disambut dengan gembira oleh semua. Aku juga tak ketinggalan. Walaupon pd mulanya agak kaget apabila mendapat tau terpaksa menyambutnya dlm makmal, namun berkat semangat raya yg tinggi, segala urusan dapat dipermudahkan atas kehendak-Nya. Anyway, pd Syawal ke-2, aku menerima jemputan dari supervisor (sv) aku Dr. Rafat Al-Jassim yg mana seorang muslim berfahaman syiah yg berasal dari Iraq utk sama-sama menghadiri satu gathering kecil-kecilan bersama keluarga dan sanak saudara beliau.

Sembang-sembang sambil makan

Main bola lepas makan...perghh..azab!

Keluarga supervisor aku

Antara mereka yg hadir

Turut dijemput, seorang lagi teman se'makmal' aku Cemil Kurecki yg berasal dari Turki. Aktiviti ketika itu seperti biasa, menjamu selera sambil bertukar-tukar juadah. Di sini, aku dapat mengenali sv aku dengan lebih rapat lagi. Psl selalunya bila diUni, dia agak sibuk melayan kerenah pelajar-pelajar undergraduate. Banyak perkara yg kami bualkan, dari perihal keluarga hinggalah perihal yg membabitkan penyelidikan aku dan Cemil. Lepas abis makan, kitaorg beriadah dgn bermain bola sepak. Aper punya kudrat sv aku ni ada, org lain termasuk aku perut dah penuh..nak bergerak pon malas, tapi dia masih semangat. Hebat-hebat. Aku? Kalu aku tau, kena main bola lepas makan, sumpah aku tak melahap bermati-matian sebelum tu. Hehehehee..Apapun, it was a very enjoyable moment for me. It was really fun!

Thursday, October 2, 2008

Aidilfitri dibumi Brisbane

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana atas segala dzat-dzat kurniaan-Nya, maka sekali lagi kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya. InsyaAllah. Syawal tahun ini agak meriah bagi diri aku walaupon terpaksa bergegas masuk kedalam makmal untuk mendapatkan result eksperimen aku hari sebelumnya. Syukur sekali lagi kerana the result came out very unexpectedly beautiful for amateur researcher mcm aku ni. Hehehehe..Anyway, setelah selesai solat raya dipadang berdekatan kampus utama UQ di St. Lucia, Brisbane, aku mengikuti rombongan kenalan-kenalan yg lain pergi memenuhi jemputan rumah terbuka yg dianjurkan oleh mereka yg berkeluarga. Menu yg dihidangkan sangatlah menyelerakan. Nasi himpit bersama rendang, biskut raya, soto, nasi dagang, nasi ayam, nasi tomato, bihun sup, satay, serta laksa lemak tradisi pantai timur menjadi mangsa kantung perut aku yg sememangnya lapar dikala itu.

Imam solat sunat Aidilfitri
Antara ratusan jemaah yg hadir

Antara warga Malaysia dibumi Brisbane

Baju kurung dan baju Melayu tetap menjadi pilihan dipagi Syawal
Memenuhi jemputan rumah terbuka Brader Nazir (Baju Melayu hijau muda)Antara juadah dipagi Syawal

Terima kasih diucapkan buat tuan rumah yang sudi menjamu selera kami semua. Hilanglah sedikit rasa kerinduan pd keluarga diTanah Melayu tatkala melihat kemeriahan sambutan Aidilfitri kali ini. Selamat hari raya semua...

Monday, September 22, 2008

Himpunan iftar ramadan 2008

Salam pembaca budiman. Bulan ramadan makin pantas pergi meninggalkan kita semua. Pejam celik tinggal lebih kurang sepuluh hari lagi syawal menjelma. Ramadan kali ini agak meriah dengan invitations iftar warga muslim malaysia dibumi asing ini. Alhamdulillah, moga rezeki-rezeki kalian dilipatgandakan oleh yang Maha Kuasa. Gabungan persatuan-persatuan muslim disini pon tak ketinggalan berlumba-lumba menganjurkan majlis iftar perdana di masjid-masjid serta pusat-pusat Islam yg berdekatan. Mujur tpt2 tersebut agak jauh dari tpt kediaman aku..kalu tak, nescaya aku menjadi pengunjung yg setia..akakakakaka.

Iftar di Gatton
Iftar di musolla UQ-Gatton
Iftar di Maryvale St, Brisbane

Syawal tahun ini mungkin agak suram sambutannya for my self. Kenapa? Psl hari kebesaran tersebut jatuh insyaAllah hari Rabu dan tiada cuti umum diperuntukkan utk perayaan tersebut disini. Lagipun, besar kemungkinan aku hanya mampu menyempurnakan solat aidilfitri dipagi itu sebelum terpaksa bergegas kembali mengerjakan kajian yg masih berbaki. Oktober merupakan bulan yang agak penting bg aku. Penting kerana dalam bulan ini aku bakal melangkah setapak kehadapan dalam proses penyelidikan aku disini. Harap-harap selesa hendaknya perjalanan proses tersebut.

Hmm..sebelum terlupa, zakat masih belum dibayar. Tahun ini zakat yang dikenakan adalah sebanyak AUD10 sekepala. Hasil zakat didermakan kepada badan-badan kebajikan Islam di negara-negara yg agak mundur spt di Kemboja. Moga-moga mereka dapat menikmati kemeriahan syawal dengan gembira walaupon kurang sempurna. Selamat menyambut aidilfitri buat anda semua. Salam syawal dari perantauan...

Thursday, September 18, 2008

Parcel from home

Salam pembaca budiman, last 2 days i received a parcel from home. Hehehee..seronok, mcm budak kecil dapat hadiah besday. Anyway, setelah menunggu agak seminggu lebih, finally it's arrived without any confiscation by Australian Customs. Alhamdulillah..pasal benda-benda yg aku pohon dikirimkan dari Mesia 90% adalah barang makanan. Kastam Australia ni adalah antara kastam yg agak teliti dan agak leceh. Leceh due to its rules and regulations yg agak ketat. Makanan yg berasaskan produk tenusu langsung tak dibenarkan memasuki tanah diaorg. Kenapa? ini dikhuatiri produk tenusu tersebut mengandungi kuman dan penyakit yang mampu menggugat kestabilan industri tenusu disini. Industri tersebut merupakan anatara penjana ekonomi utama negara 'Down Under' ni. Oleh yg demikian, segala biskut-biskut raya yang mana ingredientnya terdapat any dairy-based product will be eliminated.

Tapi sepandai-pandai tupai melompat, pandai lagi tuan punya kebun yg menembaknyer..hehehe(ape punya peribahasa ler ni). Kalu dah teringin sangat nak makan biskut raya buatan mak kat Mesia, pos sahaja biskut tersebut kat sini, akan TETAPI, dinasihatkan utk tidak meletakkan any information mengenai produk tenusu (sekiranya ada) pada label ingredient biskut tersebut. InsyaAllah selamat. Penah berlaku pd tahun lepas yg mana rakan sekapal memesan kiriman biskut raya buatan JB utk dihidangkan kpd para tetamu dipagi syawal. Lepas kesemuanya.

Mak aih besarnyer bungkusan..hehehe

Meggi tomyam kegemaran ngan keropok ikan keping..kekekekek


Hehehehee..so moral of the story kat sini is bukanlah nak cerita mengenai kastam Australia..tetapi adalah untuk mengkhabarkan pd rakan-rakan pembaca disana kalu-kalu bermurah hati nak pos biskut raya kat sini tu..sila-silakanlah..susah-susah jer..Alamat?? ni alamatnyer..hehehehe

Anjas Asmara Samsudin (s41486876)

School of Animal Studies,

Faculty of Natural Resources and Veterinary Sciences,

The University of Queensland, Gatton Campus,

4343 Gatton, Queensland,

Australia.

Hishh..tak malunyer saye..hehehehe!! Anak saperlah ni..heheheee..

Saturday, September 13, 2008

Pasar Ramadhan Brisbane

Salam kpd pembaca budiman, siang tadi aku berkesempatan untuk melawat rakan-rakan di kota Brisbane. Pada waktu petangnya pula, aku pergi menjengah ke Guyatt Park, sebuah taman rekreasi yang berdekatan dengan kampus utama universiti yg aku masuki ini (University of Queensland). Taman ini menjadi medan perniagaan warga-warga pelajar Melayu disini dikala bulan ramadhan. Namun, pasar ramadhan disini tidaklah sebesar pasar ramadhan kat Serdang (tpt aku buat ijazah dulu) mahupun sebesar pasar ramadhan Jalan TAR, sekadar hanya 8-9 peniaga kesemuanya. Pasar ramadhan ini beroperasi hanya pada hujung minggu kerana kesemua peniaga-peniaga tersebut merupakan pelajar-pelajar siswazah sepenuh masa. Walaupun begitu, kemeriahan pasar ramadhan tetap terasa yang mana juadah-juadah yg dijual tak banyak bezanya sepertimana di Malaysia.

Usahawan biskut raya dari Desa Gatton..hehehehe

Urusan tawar menawar..(mcm pasar borong lak)Antara barisan peniaga-peniaga pasar ramadhan ini

Nasi kerabu, laksa penang, nasi beriyani,nasi ayam,nasi lemak,nasi paprik, roti jala, murtabak, kuih muih tradisional serta biskut raya adalah antara pilihan juadah berbuka bagi mereka-mereka yg masih bujang atau yg malas nak masak...hehehehe! Aku? hanya membeli utk majlis berbuka puasa dirumah kenalan disini..hehehehe..

Friday, September 12, 2008

Good bye Winter..Welcome Spring!!

Salam pembaca budiman, akhirnya setelah 3 bulan badan diselubungi kain-kain tebal, maka kini segala kekangan-kekangan untuk aktif beraktiviti kembali pasti. Musim bunga yg datang menyinggah sejak 2 minggu yang lalu membawa seribu sinar serta kegembiraan kepada warga bumi gersang ini. Setiap makhluk mempunyai their own preferences..dan bg aku, musim sejuk membantutkan aku untuk bergerak pantas, membantutkan minda aku untuk ligat berputar dan yg agak paling tidak aku gemari tentang kehidupan dimusim sejuk ini adalah kerana ianya membantutkan aku untuk mengizinkan limpahan mentari pagi menelusuri iris mata aku ni...dalam ertikata lain, membuatkan aku malas nak bangun kerana sedap berselubung dgn comforter. Heheheheee....

Rakan penulis yg agak kejakunan melihat bunga tulip bebas bertaburan
Cherry blossom..bunga sakura rupenyer..

Musim bunga memberi kehidupan baru pd alam sekeliling. Musim ini pokok-pokok yang dahulunya agak kaku, kini kian aktif mengeluarkan tunas-tunas serta kudup-kudup bunga yg maha indahnya. Musim ini jugalah membuatkan aku terpegun kerana dlm musim inilah aku dpt melihat bunga-bunga yg sememangnya asing diTanah Melayu. Tetiba lak jadi mat bunga..kekekeke..anyway, musim bunga ini sememangnya indah. Yang tak indahnya..byk betul serangga-serangga kecil yg berterbangan smpi kadang-kadang bercampur menjadi menu bukak puasa aku...chisss!! Huhuhuuu...

Wednesday, September 10, 2008

Tazkirah Ramadhan

Salam kpd pembaca budiman. Renung-renungkan....

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia
berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama p**a menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain .

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 1Cool


4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih .

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.


5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa .

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.


6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih .

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah .

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)


Cool Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat .

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur .

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)


11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat .

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka .

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Tuesday, September 9, 2008

Iftar di Gatton

Alhamdulillah, 9 hari sudah ramadhan berlalu. Terasa mcm semalam jer baru mula berpuasa (pdhal dlm hati cakap 'baru 9 hari? ingatkan lg 9 hari nak raya'..heheheh). Apapun, Sabtu lepas aku menerima kunjungan rakan-rakan sekapal yg dtg bertandang melawat aku kat desa ni (Gatton terletak lebih kurang 90km dari bandar Brisbane).

Terharu. Ada jugak mereka yg sudi menjenguk teratak desa kami yg agak terpencil. Heheheee.. Rombongan sebanyak 2 biji kereta sgtlah meriah dgn gelak ketawa serta cerita-cerita semasa sambil menunggu waktu berbuka. Juadah yg disediakan pd hari tersebut adalah hasil masakan warga-warga melayu yg ada kat Gatton ni (7 org je).

Tetamu dari kota

Siap berbaring lagi..kepenatan dok dlm kereta

Tetamu lagi

Antara juadah berbuka pada hari tersebut..mcm juadah raya pon ada gak..hehehe

Terima kasih kerana sudi berkunjung..susah-susah jer..hehehe..

Sunday, August 31, 2008

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri...

Send this free eCard

Ramadhan datang kembali dengan penuh keberkatan dan keampunan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan, keredhaan dan kegembiraan. Bagi diri ini dan sekeluarga, kami dengan rendah dirinya memohon maaf atas segala kesilapan serta kesalahan sekiranya ada. Semoga ramadhan kali ini diterima oleh Allah SWT sebagai bekalan akhirat kelak.

Brisbane Merdeka Fest 2008

Salam kemerdekaan buat pembaca budiman. Semalam 30 Ogos 2008, satu sambutan mengingati hari kemerdekaan Malaysia telah berjaya dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Melayu Queensland (PPMQ) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia disini. Satu sambutan yg meriah yg dihadiri oleh pelbagai peringkat umur warga Malaysia yang berada dibumi Brisbane ini. Walaupun tidak dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti perarakan sepertimana yg menjadi kebiasaan di Malaysia, aktiviti utama sambutan ini adalah acara makan-makan yg sememamngnyer ditunggu-tunggu oleh semua warga Malaysia especially mereka-mereka yg masih bujang. Maklumlah, time ni lah nak merasa masakan Melayu yg dimasak oleh kakak-kakak (isteri kpd pelajar2 postgrad) yg sememangnya handal dengan resepi warisan Melayu. Antara menu yg dihidangkan tika sambutan tersebut adalah seperti pulut kuning, rendang lembu dan kambing (belum raya dah bleh makan rendang..hehehe), nasi briyani, pelbagai jenis kuih muih tradisional dan menu wajib setiap acara gathering kat sini-BBQ chicken wing and daging lembu..huak huak huak..

Antara warga Malaysia yg ada dibumi Brisbane

Kek Kemerdekaan-nampak menakutkan, tapi rasa sgt sedap..heheheh

BBQ-Antara menu wajib..hehehehe

Apepon, kami berterima kasih kpd pihak penganjur dan tahniah kpd Presiden PPMQ yg terbaru iaitu Abg Zul dan Pengerusi Majlis ini, akak Siti Suria Diva..hehehehe..