Tuesday, December 9, 2008

Hijrah-Part 1

Salam pembaca budiman. Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat. Penulis memohon ampun dan maaf sekiranya ada dikalangan pembaca budiman tertunggu-tunggu nukilan dari penulis. Dalam seminggu dua ni, urusan harian penulis agak terganggu buat seketika kerana Hijrah. Bukan bulan Hijrah yg dimaksudkan penulis. Terkini, desa yang permai bukanlah lagi menjadi tempat penulis berteduh, hutan batu yg maha besarnya serta gondola-gondola yg maha banyaknya menjadi kawasan perteduhan yang baru. Ya, penulis telah berpindah ke kota metropolitan. Tiada lagi lembu-lembu serta kambing-kambing yg setia menyapa setiap kali penulis pergi ke tempat kerja, tiada lagi sayur-sayuran serta hamparan tanaman bijiran kiri dan kanan jalanraya, tiada lagi udara nyaman. Yang ada kini cumalah lampu-lampu isyarat yang maha banyaknya yang kadangkala melambatkan perjalanan ke destinasi harian.

Proses pemindahan barang-barang

Penulis kini telah menjadi penghuni kota Brisbane. Tuntutan kerja membuatkan penulis terpaksa ber'hijrah' kesini. Namun, penulis berasa sedikit bersyukur kerana penghijrahan ini lebih mendekatkan penulis dengan rakan-rakan sekapal yang dahulunya mengambil masa yg agak lama untuk bersua muka. Kini tiada lagi bumi Gatton yg permai, kini penulis telah berhijrah ke kawasan suburb Indooroopilly. Hanya mengambil masa dalam 15 minit dengan memandu gondola ke kampus utama.

Bersambung...

No comments: