Tuesday, October 27, 2009

Ngantuk sesangat

Salam pembaca budiman. Just a quick post. Gambar ini diambil when I was driving back to Gatton from kota metropolitan Brisbane last Sunday. She was sleeping all the way from Brisbane with biscuit in her mouth. Sebelum bergerak, mama dia bagilerr baby biscuit for her to munch. We all pun tak amik pusing and terus bergerak and guess what? biler penulis tenguk cermin pandang belakang, nak terburai perut gelak tenguk rupa Qaisara at this time. Hahahahaaa...kejam seh papa dier. This photo was taken by her mama while I'm driving..lol!

Mulut tengah kemam biskut

Nyenyaknye dia tido..heheheee

Saturday, October 24, 2009

Hari Terbuka Sekolah

Salam pembaca budiman. Lewat dinihari hari ini, penulis bersama rakan-rakan berkesempatan untuk mengunjungi satu acara kemeriahan yang dianjurkan oleh Ironside State School yang bertempat di Swann Road, Taringa Queensland. Pesta ini diadakan bersempena menyambut ketibaan musim Spring di tanah kangaroo ini. Pesta ini dianjurkan oleh persatuan ibubapa dan guru-guru (PIBG) sekolah tersebut.

Apa yang menarik perhatian penulis ialah sambutan yang diberikan oleh ibubapa pelajar-pelajar sekolah rendah ini sangat-sangatlah mengagumkan. Jauh berbeda di tanah Melayu yang rata-rata ibubapa malas untuk amik pusing akan aktiviti sedemikian rupa. Disini, hubungan ibubapa dan guru-guru sangatlah mesra.

Pelbagai gerai dibuka bagi menjual pelbagai jenis makanan kepada pengunjung. Tak ketinggalan, gerai makanan antarabangsa turut diadakan bagi memberi ruang dan peluang warganegara tanah ratu ini mengenali keunikan bangsa serta kebudayaan negara asing melalui juadah makanan yang dihidangkan. Ibubapa pelajar dari Malaysia turut tidak ketinggalan membuka gerai jualan makanan bagi mempromosikan negara secara tidak langsung. Juadah seperti sate ayam dihiasi dengan nasi himpit dan kuah kacang, rojak buah dan juga cendol memenuhi meja jualan. Seperti yang disangka, sate ayam berkuahkan kuah kacang menjadi buruan mereka yang berketurunan caucasian ini. Hehehee..

Tuesday, October 20, 2009

Hobi hujung minggu


Salam pembaca budiman. Terkini, penulis mula meneroka satu hobi baru yang agak unik. Hobi ini hanya boleh dilakukan pada awal pagi dihujung minggu sahaja. Hobi apa? Hobi Garage Sale Hunter....hehehehee. Seawal jam 7 pagi, penulis sudah bersedia berada dalam perut gondola perkasa empat beroda menuju ke lokasi garage sale. Apa yg menarik mengenai garage sale disini? sangat-sangat menarik. Di tanah kangaroo ini tidak disediakan atau sangat sukar utk mendapatkan tempat pembuangan barangan terpakai. Tak seperti di Malaysia dimana tempat pembuangan barangan terpakai ataupun kedai besi buruk tumbuh bagai cendawan selepas usainya hujan dari petala langit. Penyelesaiannya adalah dengan menganjurkan garage sale dikediaman sendiri.

Icebox

Air vaporiser

Berbekalkan maklumat tentang lokasi mengenai jualan ini dari koran tempatan, penulis telah membuat persediaan dari segi lokasi mana yang harus dituju dahulu. Ternyata, suasana jualan garage sale ini sangatlah meriahnya dengan urusan tawar menawar dengan si penjual. Selalunya harga yang diletakkan bukanlah harga mati. Masih boleh tawar menawar kerana si penjual hanya mahukan barangan tersebut keluar dari premisnya secepat mungkin.

Kambrook Food Processor

Kambrook Deep Fryer

Hasil buruan penulis pada pertama kali mengunjungi garage sale ini tidaklah sebanyak mana. Hanya barangan elektrik keperluan dapur yang menjadi habuan. Harga yang diletakkan adalah aud 50 untuk food processor jenama Kambrook dan aud 30 utk deep fryer jenama yg sama. Penulis berjaya membuat tawaran aud50 utk kedua-dua barangan tersebut ditambah dengan air vaporizer sebagai barangan tambahan. Mungkin harga masih tinggi pada hemat penulis, tapi tak mengapa mungkin kurang pengalaman untuk tawar menawar. Mungkin selepas ini mendapat harga yang lagi murah. Hehehehee.. tak sabar menunggu hujung minggu ini. Seranggggggg!!!

Sunday, October 18, 2009

Selamat Harijadi Qaisara Batrisya!

Salam pembaca budiman. 18 Oktober 2009 yakni hari ini, maka genaplah usia puteri sulung penulis selama setahun. Setelah dua belas purnama menghirup udara dibumi tuhan ini, menginjak dengan langit yang sama dan bertapak dengan hamparan tanah yang serupa dengan penulis, hari ini tibalah majlis sambutan harijadi yang ditunggu-tunggu. Majlis Rumah Terbuka turut diadakan bersama memandangkan hari ini jatuhnya dipenghujung bulan Syawal. Sangat meriah dengan kehadiran rakan-rakan setempat di Gatton dan juga rakan-rakan dari kota metropolitan yang sanggup bermusafir dua marhalah jauhnya ke teratak penulis nun jauh di desa yang menghijau.

Qaisara dengan hadiah harijadi

Princess Castle

Tak tau nak main yg mana dulu..hehehee

Jalan-jalan dilaman rumah

Kek harijadi..sadisnya kek kat sini diaorg tak tulis nama..huhuhu

Ratu bijaksana (Qaisara Batrisya) mungkin belum mengerti kenapa dan mengapa begitu ramainya tetamu dirumah pada hari ini. Tetapi apa yang pasti senyuman Qaisara jelas kelihatan tatkala melihat pelbagai hadiah berupa beraneka permainan yang dibawa oleh para tetamu ke majlis harijadi Qaisara hari ini. Penulis sebagai bapa turut gembira seraya berfikir dalam benak hati-"jimat duit aku beli hadiah utk anak aku...akakakakkaa"-kodokut punya bapak! heheheee..

University Ranking

Salam pembaca budiman. Sebenarnya dah agak lama kepingin untuk meng'cut' n 'paste' kan rencana berkaitan tajuk diatas kedalam blog ni tapi masa sedikit tidak mengizinkan. Rencana hasil tulisan yang menarik Yang Berbahagia Naib Canselor Universiti Sains Malaysia mengenai hasil keputusan kedudukan universiti-universiti didunia yang dikeluarkan oleh sebuah badan bebas sebelum ini. Selamat membaca.

Bencana penarafan universiti?

TANGGAL 8 Oktober 2009, apabila keputusan penarafan THES-QS diumumkan, saya sedang berada di bandar Giessen, lebih kurang satu jam dari Frankfurt, untuk memenuhi undangan Persatuan Universiti-universiti Eropah (EUA) yang menjadi penaung utama semua universiti di benua tersebut.

Undangan ini sempena persidangan bertajuk "Pengantarabangsaan melewati sempadan Eropah" dan saya diminta memberi pandangan dari sudut luar Eropah sebagai seorang antara dua pengucaptama - seorang lagi adalah rakan Rektor, Berlin Free University, salah satu universiti tertua dan ternama di Jerman, malah Eropah.

Dewasa ini, e-mel bertalu-talu tiba mengesahkan "bencana" yang menimpa Malaysia. Jika Indonesia dengan gempa buminya, Filipina dengan banjir dan tanah runtuhnya, Samoa dengan tsunaminya dan Jepun banjirnya, bagi Malaysia pula menghadapai bencana gara-gara penarafan IPTAnya. Walaupun hanya beberapa buah IPTA sahaja yang terlibat, kesannya tidak kurang menggugat.

Media gamat dengan liputan berita tersebut. Anehnya hanya yang tersenarai sahaja yang dipertikaikan, sedangkan puluhan yang lain yang tidak langsung tersenarai (termasuk IPTS yang saban diiklan sebagai paling 'global' di akhbar-akhbar) nampaknya terselamat daripada bencana tersebut. Seolah-olah membayangkan lebih baik tidak tersenarai sama sekali daripada tersenarai.

Ini sahaja sudah cukup mengelirukan tentang apa cita rasa yang ingin diluahkan dalam hal ini? Kita belum lagi membincangkan tentang "cita rasa" penganjur THES-QS apabila beria-ia mendakwa penarafannya adalah tepat, bebas dan boleh dipercayai tanpa sebarang ragu-ragu lagi! Walaupun ada bukti sebaliknya! Apa pun kita mengangguk saja.

Sebagai perbandingan suasana di Giessen sewaktu persidangan tersebut cukup aman, biar ratusan rektor universiti Eropah dan benua lain, bersama dengan pegawai tertinggi universiti serta pelajar bersesak-sesak di dewan seminar Justus Liebig Universitat Giessen - sebuah IPTA berusia lebih 400 tahun.

Bandar Giessen merupakan bandar universiti dengan hampir 40 peratus penduduknya terdiri daripada warga universiti tersebut. Universitinya moden disulami tradisi ilmiah dan kesarjanaan yang kental.

Universiti itu juga tidak kurang mempunyai pusat kecemerlangan tersendiri di bawah Inisiatif Kecemerlangan Jerman yang dicontohi Malaysia di bawah Inisiatif APEX. Jelas, Justus Liebig Universitat cukup yakin dengan pencapaian dan jati dirinya.

Penarafan, lebih-lebih lagi oleh sebuah organisasi bertujuan komersial, tidak langsung dihiraukan. Mereka tidak juga apologetic - malah kalaupun ada pengajaran daripada aktiviti penarafan, ia dianggap tidak sesuai untuk dijadikan pengukur institusi pendidikan.

Sebaliknya sesebuah universiti itu mempunyai keperibadiannya tersendiri; wawasan serta keunikannya - selaras dengan kefahaman "pendidikan" (bukan sahaja pelajaran atau kajian) yang memegang amanah ilmu dan kesarjanaan.

Kepelbagaian adalah kekayaannya, dan lagi unik adunan kepelbagaian tersebut - lagi terbina keperibadian universiti berkenaan. Ia bukan kilang yang mengeluarkan barangan tidak bernyawa yang seragam dan diseragamkan supaya mudah dibanding-bandingkan untuk tujuan tertentu.

Ia bukannya seperti peraduan ratu cantik yang menaraf pemenangnya berpandukan formula utama 36-24-36 sebagai yang "ideal" dan semuanya dinilai mengikut sukatan ini; kemudian diberi penarafan 1, 2, 3 dan sebagainya. Wajarkah dua insan dibandingkan berdasarkan aspek luarannya sahaja dan bukan sifat keinsanannya?

Begitu juga hal dengan institusi bergelar "universiti" - lebih-lebih ukuran yang dikenakan lebih mirip kepada bahan perkilangan atau untuk peraduan ratu cantik, atau sebaliknya! Pokoknya asas dan pandangan dunia dan amanah sebuah universiti tulen tidak sama dengan pandangan dunia dan amanah sebuah organisasi bukan pendidikan. Namun inilah yang sering kali dicampuradukkan sehingga memusnahkan sama sekali maksud sesebuah universiti di mata ramai di samping mengusutkan lagi keadaan.

Yang turut mengkagumkan adalah rektor-rektor universiti Eropah yang menghadiri persidangan itu amat jelas tentang tanggungjawab mereka dalam membangunkan sebuah universiti. Autonomi berulang-ulang kali disebut untuk menyatakan kelainan sebuah universiti dengan organisasi lain, terutama yang berbentuk komersial, dan wujud untuk mengaut keuntungan.

Autonomi bagi mereka adalah benteng utama yang perlu dipertahankan dalam mengasuh dan mengangkat maruah sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi. Disini mereka tidak berkompromi sama sekali dan enggan dijadi seolah-olah kerbau dicucuk hidung, diarak-arak atau diarah-arah ke hulu dan ke hilir seadanya saja.

Saya mengandaikan yang persidangan tersebut akan gegak gempita membahaskan soal penarafan apabila dilihat dari perspektif pengantarabangsaan. Saya mengagakkan keputusan THES-QS dijadikan tanda aras mutlak, dan turut menimbulkan "bencana" di Giessen seperti mana di tanah air.

Ternyata saya tersilap sama sekali. Selama dua hari berikutnya isu penarafan tidak sekalipun disebutkan baik oleh para penceramah mahupun peserta. Apabila cuba dicukil pendapat mereka, rata-rata maklum balasnya cukup dingin - kalau dalam bahasa Inggerisnya berbunyi "what about it?" (apa halnya?).

Dan bila dikatakan keputusan THES-QS sudah diumum, kelihatan mereka amat sinis dan jelek sekali, bagaikan menegur: "Siapa mereka ini untuk menjadikan universiti kami bak kerbau cucuk hidung?"

Umum tidak kisah langsung tentang isu tersebut kerana angka-angka penarafan bagi mereka tidak membawa erti apa-apa, kalaupun konsep penarafan boleh diterima. Malah seorang ada bertanya: "Bolehkah saya menaraf lima orang anak saya secara adil dan saksama? Apa lagi berbanding dengan anak orang lain?"

Natijahnya, dalam penarafan kita mesti ikut telunjuk orang lain yang mengadun segala-galanya. Umpama ratu cantik, kita juga perlu memperagakan diri, baik berbikini sekalipun, berlenggang lengguk, tersenyum tersipu-sipu untuk menawan pengadil dengan harapan untuk menjadi ratu!

Jika tidak agak sukar membayangkan apa-apa kejayaan. Apatah lagi turut diperhatikan dalam peraduan seumpama ini calon tuan rumah sering kali akan "menang" sesuatu kalaupun tidak hadiah pertama. Hal ini juga beransur lumrah dalam aktiviti penarafan di mana unsur-unsur penajaan dan sogokan (bagi sesetengah pihak dikatakan "rasuah") sudah mula menular.

Maka pernah universiti disyor mengiklankan nama dan logonya di laman web penaja dengan bayaran sekian banyak supaya lebih "mesra pelanggan" dan "mudah diperkenalkan" dan melonjakkan kedudukan. Malangnya tidak kurang juga yang terjebak dengan "tawaran" tersebut, umpama si ratu cantik meniduri pengadil, dengan harapan agar menang jua. Tidak kiralah jika maruah turut tergadai.

Banyak lagi yang boleh dipersoalkan berkaitan aspek etika dan keutuhan (sama ada cara langsung atau tidak), sekali gus membuka tembelang usaha penarafan khususnya yang berbentuk komersial. Cukup banyak telah ditulis tentang hal ini supaya jangan terperangkap sebagai Pak Turut saja!

Maka di Giessen saya menghela nafas lega! Lebih daripada itu, saya bertambah yakin yang universiti sememang ada maruah dan nilai sendiri dalam kelangsungan menunaikan tanggungjawab serta amanah tanpa diganggu-gugat oleh sesiapa pun, apa lagi yang berkepentingan cukup sempit dan anti cendekiawan! Ataupun mencari sanjungan pintas.

Saya juga belajar yang maruah ini ada kaitannya dengan nilai keluhuran dan kejujuran berilmu dan bersarjana, sesuatu yang tak dapat ditolak ansur dalam apa hal sekalipun; jangan sebutlah memperjudikan etika!

Akhir sekali saya sedar kita tidak perlu apologetic sekiranya jati diri ingin diperkasa. Rupa-rupanya universiti yang istimewa itu adalah universiti yang mengerti semua ini dan terus mempertahankan prinsip keilmuan biar "bencana" apa sekali yang mendatang. Bak kata orang tua-tua: Membujur lalu, melintang patah! Pantang maut, sebelum ajal.

PROF. TAN SRI DZULKIFLI ABDUL RAZAK ialah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia

Sunday, October 4, 2009

Stradbroke Island

Salam pembaca budiman. 24 jam yang lalu penulis berkesempatan mengikuti satu lawatan ke sebuah pulau yang mana dikenali antara salah satu pulau berpasir yang terbesar didunia. Stradbroke Island terletak di tanah ratu ini mengambil masa selama sejam dengan menaiki feri dari jeti yang berhampiran dengan lokasi percutian terkenal, Gold Coast. Lawatan yang dianjurkan oleh UQ Gatton International Student Association (GISA) telah berjaya menarik penyertaan ramai ahli-ahli GISA termasuklah penulis. Bayaran yang dikenakan sangatlah berpatutan dan yang penting, tidak perlu memandu sendiri ke destinasi pilihan membuatkan ramai yang berebut-rebut untuk sama-sama menikmati keindahan pulau tersebut. Heheheheee..

Stradbroke ferry

pemandangan dari tebing batu

Penulis dan rakan penulis bergambar bersama dengan lifesaver

dari atas puncak

Apa yang menarik mengenai pulau ini? Hmmm..susah untuk digambarkan dengan kata-kata. Permandangan yang sungguh menakjubkan dengan batuan pantai yang menarik serta keindahan pesisir pantai sedikit sebanyak membantu melegakan mata dan minda penulis yang saban hari menghadap layar serta punat-punat kecil komputer dikampus. Moga diberikan kesempatan dilain waktu untuk penulis sekali lagi menjejakkan kaki di pulau nan indah ini.

Wednesday, September 23, 2009

Senja nan merah...

Salam pembaca budiman, hari ini segenap pelosok angkasa jujukan pantai timur dan tenggara di bumi kangaroo ini mengalami satu fenomena luar biasa. Fenomena yang mana seluruh petala langit yang dijunjung bertukar menjadi merah. Cukup menakjubkan. Terdetik dihati penulis perasaan gentar akan kekuasaan Yang Maha Esa. Sangkakan, kiamat datang menjelma. Rupa-rupanya ianya hasil dari ribut yang membawa debu-debu tanah yang halus dari kawasan barat Australia. Hehehee.. Ternyata ianya amat menakjubkan. Matahari tidak kelihatan langsung kelibat sinaran perkasanya. Cuma yang ada hanya biasan cahaya yang berwarna merah terang hasil pertembungan dengan debu-debuan tanah yang halus zahirnya.

Pemandangan dari belakang rumah

Pemandangan dari laman rumah

Pemandangan dari hadapan pintu rumah

Fenomena ini telah menyebabkan ramai mengalami masalah pernafasan disebabkan oleh pencemaran debuan ini. Ramai yang mengambil keputusan untuk bersantai sahaja dirumah bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan diri. Penulis pula, hanya menghabiskan sisa-sisa harian didalam kantor siswazah dengan melakukan apa yang termampu. Syukur, fenomena ini beransur surut menjelang petang. Moga hari esok sinar kembali ceria.

Nota kaki ayam: Gambar diatas diambil sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Lebaran diperantauan

Salam pembaca budiman, Ramadhan sudah berlalu, Syawal menjelma pula. Tahun ini merupakan kali ketiga penulis menyambutnya diperantauan. Ironinya, sambutan Syawal ditanah asing tidak banyak bezanya dengan tanah sendiri. Usai solat sunat Aidilfitri, segenap pengikut Nabi Muhammmad SAW bertebaran mengunjungi teratak sahabat handai. Bagai satu keluarga, masing-masing saling bermaaf-maafan serta bergembira dihari yang mulia ini. Penulis tidak terkecuali. Sebanyak 6 buah rumah menjadi mangsa kantung perut penulis yang kepingin aneka juadah raya. Terima kasih kepada mereka yang sudi menjemput penulis sekeluarga untuk sama-sama memeriahkan rumah terbuka kalian.

Selesai solat sunat Aidilfitri

Antara perantau ditanah asing

Ketupat...

Ketupat buatan sendiri tp bukan penulis yg buat. Hehehehe..Selamat tinggal ketupat instant!

Penganjur bersama rumah terbuka penulis..

Penulis juga tidak ketinggalan untuk sama-sama menganjurkan rumah terbuka pada satu Syawal. Bezanya, tahun ini budaya anjuran rumah terbuka bukanlah dianjur dari satu keluarga tetapi merupakan anjuran bersama beberapa keluarga. Budaya ini sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi kemeriahan disamping dapat mengurangkan pembaziran dan yang penting, penjimatan dapat dilaksanakan. Hehehehee. Rumah terbuka penulis adalah anjuran bersama dengan sahabat seangkatan yang sama-sama melanjutkan pengajian ditanah asing ini. Terima kasih kepada AL Ahmad kerana sudi menjadikan teratak beliau yang luas sebagai venue majlis kali ini. Terima kasih juga kepada Abg Zul-Kak Ha, Iswan Budy dan isteri, Ema-Saiful dan Hazel kerana sama-sama menjayakan rumah terbuka tempoh hari. Terima kasih juga kepada mereka yang sudi datang. Kaget seketika penulis bila bilangan pengunjung yang datang punyalah ramai. Ni kalau charge satu kepala AUD5.00 ni mau balik Malaysia boleh beli kereta bayar cash satu ni..Heheheheheee..

Thursday, September 17, 2009

Mulberry

Salam pembaca budiman, kelmarin penulis mendapat pemberian buah mulberry dari supervisor penulis Dr. Rafat Al Jassim. Buah yang dipetik segar pada awal pagi dihalaman rumah beliau telah dibungkus rapi supaya kesegarannya terjamin apabila sampai ke tangan penulis. Jutaan terima kasih atas pemberian tersebut. Buah mulberry ini sangat sukar diperolehi ditanah air dan harganya pula agak mahal. Syukur dengan pemberian ikhlas ini dapatlah penulis merasakan kenikmatannya bersama-sama keluarga tercinta.

Setelah disusun rapi

Pemberian dari sv

Sebelum ini, beliau telah memberi penulis beberapa buah fig yg segar yang turut ditanam dihalaman rumahnya. Katanya, buah fig merupakan antara buah-buhanan syurga. Penulis kurang pasti akan kenyataannya. Belum punyai masa untuk mengiyakan pernyataan beliau tersebut. Apapun, penulis bersyukur atas pemberian tersebut serta jemputan untuk sama-sama meraikan Aidilfitri dirumah beliau Ahad ini. Namun pelawaan tersebut terpaksa penulis tolak dengan baik memandangkan telah berjanji untuk meraikannya bersama-sama teman dikota Brisbane.

Monday, September 14, 2009

Rezeki Ramadhan

Salam pembaca budiman. Ramadhan kali ini sedikit sebanyak membuka pintu rezeki bagi penulis sekeluarga. Seperti kelaziman tahun-tahun yang lalu, tatkala tiba waktu Ramadhan, penulis sekeluarga pasti sibuk menerima tempahan biskut-biskut raya dari kalangan teman-teman seperjuangan disini. Tahun ini, tidak terkecuali. Tempahan bukan hanya datang dari kariah Brisbane malah sudah mula tersebar ke kariah Toowoomba, Gold Coast dan Perth. Bagi tempahan diluar Queensland seperti di Perth, biskut raya akan dibungkus rapi sebelum di pos melalui mel udara.

Biskut Almond London

Biskut Tat Nenas
Penghantaran pertama tempahan.. bakinya nextweek.

Alhamdulillah, tempahan saban tahun makin meningkat lebih-lebih lagi bagi mereka yang pernah melanggan sebelum ini, biskut yang ditempah melebihi 4-5 bekas bagi seorang pelanggan. Syukur atas kurniaan Ilahi. Kepada semua yang telah menempah, terima kasih daun keladi diucapkan. Tahun depan tak pasti lagi menjual atau tidak kerana penulis sekeluarga sudah tidak sanggup lagi beraya 3 tahun berturut-turut di perantauan. Dapat pulang dalam beberapa hari sudah memadai. Hehehheee...

Nota kaki: Biskut raya yang dijual adalah seperti biskut tat nenas, almond london dan biskut cornflakes bermadu jer..Tak banyak jenis pun. Hehehehee..

Monday, September 7, 2009

Iftar dirumah penghulu Gatton

Salam pembaca budiman. Seperti kelaziman Ramadhan yang lalu, teratak yang dihuni oleh penghulu Gatton pasti dinanti-nantikan oleh anak-anak buah kampung Gatton nan permai ini untuk sama-sama menikmati juadah berbuka puasa. Tahun ini tidak terkecuali. Kali ini, agak lebih meriah kerana teratak baru yang dihuni tok penghulu lebih luas dan selesa berbanding teratak yang lalu. Pelbagai juadah dihidang bagi mengisi kantung perut yang kosong sejak dingin subuh. Juadah utama disediakan oleh tok penghulu manakala juadah sampingan disediakan oleh warga Gatton yang permai ini.

Antara tetamu yg hadir.

Juadah utama-nasi kerabu biru

Menu utama hidangan iftar kali ini adalah juadah tradisi dari Pantai Timur. Nasi Kerabu berwarna biru menjadi sajian kali ini. Lengkap dihiasi dengan pelbagai ulam-ulaman kerabu serta renjisan peraman pati ikan bilis (budu) menambahkan lagi selera tatkala itu. Kepingan keropok ikan talang goreng turut memenuhi pinggan santapan. Ditambah lagi dengan kuah percik ramuan zaman-berzaman meningkatkan selera si penyantapnya. Sesungguhnya, iftar kali ini sangatlah meriah dengan gelak-ketawa anak-anak kecil serta sang dewasa sehingga hampir alpa waktu Isyak mengetuk masuk. Mujur masih diberi sedikit ruang waktu untuk melunaskan kewajipan Maghrib dan Isyak berjemaah. Buurrrrrppp...alhamdulillah. Bau budu lah pulak biler sendawa..hehehee.

Pilih kambing

Salam pembaca budiman. Minggu lalu, penulis bermusafir ke utara tanah ratu menemani delegasi dari Jabatan Veterinar Malaysia yg berminat untuk membeli baka kambing berkualiti dari pusat pembiakan kambing ternama di Australia ini. Delegasi tersebut diwakili oleh 4 orang pegawai yg mana telah ditugaskan untuk membuat pemilihan baka kambing pejantan yang berkualiti mengikut spesifikasi yg telah ditetapkan oleh pihak jabatan. Sebanyak 416 ekor baka kambing pejantan Boer pure breed harus dipilih bagi penghantaran kali ini. Ternyata ianya bukan kerja yg mudah memandangkan saiz badan kambing jantan ini yg agak besar dan sasa berbanding kambing kampung diMalaysia. Tambahan pula dibulan Ramadhan, makanya tahap kecergasan otot-otot untuk berkerja semakin menurun. Mujur pemilik ladang tersebut turut membantu dalam proses pemilihan ini yang mengambil masa sehari suntuk.

Penulis di depan papan tanda ladang ternakan kambing Boer

Klasik lori nih

Penulis bersama pemilik dan delegasi dari Malaysia

Apakah kriteria utama dalam pemilihan kambing pejantan ini? Paling utama adalah saiz kantung telurnya. Ianya mestilah melebihi ukur lilit minimum 30cm. Tapi mujur organ baka asing ni semuanya besar-besarrrr belaka. Hehehheee..Selain itu, harus dipastikan bahawa tidak terdapat sebarang kecacatan dibahagian kaki seperti tempang, kudung dan sebagainya. Bahagian ini penting bagi menyokong proses mengawan ketika proses pemanjatan berlaku. (Bak kata org melayu, kekuda mesti kuat kalu nak bersilat..hehehe). Pilihan warna kambing juga menjadi salah satu kriteria utama. Baka kambing Boer yang tulen mempunyai warna coklat kemerahan dari bahagian kepala hingga ke bahagian pangkal leher manakala selebihnya harus berwarna putih. Sekiranya terdapat tompokan warna coklat kemerahan tersebut di bahagian lain selain yg telah dinyatakan, makanya kambing tersebut adalah hasil dari proses pengawanan kacuk berlainan baka. Bentuk tanduk juga diambil kira. Bentuk tanduk yg ideal adalah tanduk yang mengarah kebelakang dan tidak mengarah keluar. Umur kambing juga perlu diambil kira. Untuk proses pengawanan, selalunya perlu dipilih umur antara 12-18 bulan. Dan yang paling penting, perlu dilihat rekod pengawanan kambing tersebut samada proses pengawanan tersebut ada membuahkan hasil atau tidak. Hmmm..susah jugak nak pilih kambing ni. Hehhee..

Nota kaki cagu: Many thanks to En Ahmad Ridzuan (bos RF Venture) atas ihsan gambar yang dipaparkan dalam blog ni dan juga sebab belanjer bukak puasa. Hehehehee..


Monday, August 31, 2009

Merdeka Tanah Air ku

Salam pembaca budiman. 31 Ogos setiap tahun pasti disambut meriah oleh segenap lapisan masyarakat diMalaysia. Tapi yang menjadi tanda tanya, apakah kemeriahan itu disambut kerana jatuhnya cuti umum pada hari tersebut ataupun disambut dengan penuh kesyukuran kerana telah 52 tahun tanah air kita merdeka? Pasti masing-masing mempunyai alasan tersendiri. Bagi mereka yang lahir pada pasca 80-an, kemungkinan semangat penghayatan kemerdekaan semakin pudar dan bundar dek dimanjakan dengan segala bentuk kemewahan pembangunan negara dikala ini. Apakah erti kemerdekaan bagi golongan ini? Apakah masih lagi menjaja alasan merdeka dari dijajah oleh penjajah? Bagaimana pula dengan bentuk penjajahan yang baru? Apakah mereka ini sedar akan kewujudannya?

Dari jauh penulis melihat, memerhati dan menafsir perilaku golongan ini. Saban hari semakin banyak berlakunya pertembungan ideologi berbeda yang lebih menjurus kepada provokasi dan bukannya menjurus kearah pembentukan sahsiah sejagat. Sampai bilakah ini harus terjadi. Inilah satu bentuk penjajahan era baru yang tidak memerlukan sebarang artileri untuk menguasainya. Tidak memerlukan segala batalion soldadu yang ada untuk menentangnya. Penjajahan minda yang tiada sesiapa pun yang boleh menghalangnya kecuali si empunya diri. Merdekakah kita dari penjajahan minda yang penuh dengan dogma-dogma kehancuran? Kehancuran untuk diri sendiri, masyarakat dan negara kita Malaysia yang tercinta? Bangkitlah wahai golongan muda. Bersatulah. Runtuhkan tembok pemisahan perkauman. Hayatilah semangat kemerdekaan ini dengan penuh keinsafan, dengan penuh kesyukuran dan dengan penuh penghayatan. Satu Malaysia, Merdeka kita! Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52! Huhuhuuu..naperlah kat sini tak cuti umum. Hehehee..

Saturday, August 29, 2009

Pasar gesel di Brisbane

Salam pembaca budiman. Mohon maaf sekiranya tajuk blog kali ini bakal menimbulkan keraguan dibenak fikiran pembaca dibulan yang mulia ini. Tajuk penulisan kali ini bukanlah menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku disini, cuma diambil untuk menarik perhatian umum mengenai bazar Ramadhan ataupun bagi mereka yg pernah belajar di IPT kawasan segitiga emas KL-Putrajaya-Cyberjaya mereka lebih cenderung untuk memanggilnya sebagai 'pasar gesel'. Kenapa? Kerana pada masa itulah segenap kelompok makhluk tuhan yg berpuasa mahupun yang tidak berpuasa berpusu-pusu, berasak-asak untuk membeli pelbagai juadah untuk berbuka. Teringat penulis ketika mengunjungi bazar ramadhan di Se***ng ketika masih menuntut di tanah air, perghhh...sungguh azab untuk bergerak kerana setiap ceruk lorong peniaga dipenuhi sang umat yang tidak berkesempatan untuk memasak (atau malas masak..hehehee). Mungkin kerana terpaksa behimpit-himpit maka timbullah kata ganti nama untuk bazar Ramadhan; 'pasar gesel'..ngeh ngeh ngeh..

Sebelum penulis mengarut lebih panjang menghabiskan sisa-sisa pahala yang dikutip dibulan mulia ini, adalah lebih baik penulis beralih kearah intipati utama yang ingin disampaikan kepada pembaca. Hari ini penulis bermusafir ke kota metropolitan untuk menikmati kemeriahan bazar Ramadhan. Lokasi bazar kali ini adalah dikawasan kampus utama The University of Queensland yakni di kampus St. Lucia. Peniaga kali ini boleh dikatakan agak ramai berbanding pembeli. Natijahnya, hasil jualan kali ini kurang memberangsangkan buat sebahagian besar peniaga-peniaga di bazar Ramadhan yang mana kesemua mereka ini terdiri daripada gabungan para pelajar pasca siswazah mahupun pelajar sarjana muda. Penulis sebenarnya tergolong dalam kumpulan peniaga bazar ini juga. Hehehee..Mujur, juadah yang dibawa tidaklah banyak dan hampir habis semuanya. Syukur kehadrat Ilahi. Sekadar mengisi masa lapang dibulan mulia ini dengan aktiviti yang boleh menambahkan wang saku. Mujur juga konsep pemberian duit raya tidak diamalkan sama sekali ditanah ratu ini. Kalau tak...uhuk-uhuk. Batuklah pulak..hehehee. Kepada mereka ditanah air, nikmatilah kemeriahan bazar Ramadhan dengan ikhlas. Bukan dengan niat untuk bergesel-gesel. Heheheheee..

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan Al Mubarak

Salam pembaca budiman. Salam ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat sebagai pembuka bicara. Ramadhan kali ini merupakan kali ketiga penulis menyambutnya di tanah asing. Tiada banyak bezanya seperti tahun-tahun yang lalu, cuma awal ramadhan kali ini sedikit menggoncang tahap kekentalan fisiologi tubuh penulis. Mahu taknye, semalam dan kelmarin suhu di lembah Gatton ini mencecah sehingga 36 darjah celcius, sekaligus memecahkan rekod suhu tertinggi yang pernah dicatatkan 65 tahun yang lampau ditanah ratu (Queensland) ini. Mujur sebahagian besar waktu penulis dihabiskan di dalam kantor pelajar-pelajar pasca-siswazah yang mana suhu bilik agak dingin dan nyaman. Heheheheee..

Ramadhan dikampus Gatton kali ini agak meriah kerana semakin ramai pelajar seagama datang menjejakkan kaki disini untuk mengejar ilmu. Seperti tahun lalu, komuniti muslim dikampus ini akan mengadakan majlis iftar bersama-sama pada malam pertama ramadhan. Pelbagai juadah dari pelbagai negara menjadi hidangan santapan berbuka pada malam tersebut. Dari hidangan negara padang pasir hinggalah hidangan tanah jawa menjadi pilihan untuk berbuka. Penulis seperti biasa, biarpun dihidangkan nasi hujan panas ribut taufan dan kambing golek sekalipun didepan mata, nasi putih berlaukkan ayam/ikan bakar serta sambal belacan tetap menjadi pilihan..heheheee. Soo tipical malay guy.

Dikesempatan ini penulis sekali lagi ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keinsafan dan kesyukuran. Moga-moga kita semua dihujani limpahan rahmat dari Yang Maha Esa. InsyaAllah.

Saturday, July 18, 2009

Julai yang baru..

Salam pembaca budiman, Julai kali ini membawa seribu pembaharuan dalam kehidupan penulis. Pembaharuan yang bagi hemat penulis taklah sepositif yang disangka, namun semua ini amat bermakna dalam kamus pengalaman penulis. Julai ini bakal menyaksikan penghijrahan kembali penulis ke desa Gatton yang satu ketika dahulu ditinggalkan. Kembalinya menginap di mukim ini atas sebab urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Mujur kerja-kerja makmal boleh dikatakan hampir siap sepenuhnya. Cuma berbaki 10% yang boleh dilakukan di kampus Gatton pada hemat penulis.
Julai ini juga telah meragut nyawa gondola perkasa empat beroda milik penulis. Jantungnya sudah tidak boleh berfungsi lagi. Perlu ditukarkan dengan jantung baru yang berharga lebih kurang aud1700. Perghh..azabnye. Kenapa ini terjadi? Senang ceriter, penulis tak pandai jaga gondola perkasanya..dibiarkan jantungnya dahaga. Kering kontang dibuatnya. Nah, natijahnya habis injap-injap jantung gondola perkasa empat beroda tidak boleh digunakan sama sekali lagi. Huhuhuuuhuu...


Jasamu dikenang gondola perkasaku..huhuuuuhu

Nampaknya, penulis terpaksa mencari pengganti gondola perkasa yang mangkat dengan segera. Penulis akan menukarkan jantung gondola tersebut dan kemudian akan melelongkannya kepada sesiapa yang berminat. Moga dapat dikembalikan duit pembaikpulihan sudah cukup gembira buat penulis.
Julai ini juga kediaman kecil dipesisir kota metropolitan menjadi pusat penyebaran wabak demam dan selesema. Mujur hanya demam selesema biasa. Tidak perlu dikuarantin mahupun ditahan diwad-wad kecemasan. Sesungguhnya, Julai tahun ini cukup bermakna...huhuhuhuuuu..kering poket penulis nak repair kreta ngan bayar duit sewa rumah baru..huhuhuuu..

Saturday, July 4, 2009

2 tahun di tanah asing

Salam pembaca budiman, tanggal 1 Julai lalu genaplah 24 purnama kaki menginjak ditanah asing. Satu kawasan yang memberikan sejuta harapan dan impian kepada mereka yang mengimpikan gelaran pendita. Tanah asing ini juga telah mengajar erti kehidupan penuh kesederhanaan dan keperitan dalam mengejar cita-cita. Sungguh pantas masa berlalu. Banyak perubahan yang berlaku disekeliling penulis dalam waktu tersebut. Dalam tempoh 24 purnama ini jugalah penulis menerima amanah dari Ilahi untuk menjaga, mendidik untuk mentaati perintah-Nya supaya menjadi khalifah yang berguna buat sekalian ciptaan-Nya. Bak lagu kumpulan Ratu-Berdua Lebih Baik, tapi bagi penulis 'Bertiga lagiiiii baiikk!'..hehehe..lepas ni mungkin berempat, berlima ..err, sampai tu jer kot..hehehee..

Anyway, dikesempatan ini penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada sahabat penulis ditanah asing ini yang telah menganggap penulis ini menjadi sebahagian daripada keluarga mereka. Segala bantuan dan pertolongan dikala mula menjejakkkan kaki ditanah asing ini sangat-sangatlah dihargai. Kini giliran penulis pula untuk membantu mereka-mereka yang bakal tiba setakat mana yang termampu. InsyaAllah, mohon yang terbaik hendaknya.

Many thanks to AL Ahmad, Hezmee, Yaser n Amelia, Effa, Jem, Mai, Azlan n Zue, Shidah, Abg Aris n Kak Nor, Sham dan Puan..Jasa kalian dikenang..Susah-susah jer..hehehee

Monday, June 22, 2009

Keropok Ikan segera

Salam pembaca budiman. Cuaca dingin serta hujan sepanjang hari sedikit sebanyak membantu prestasi konsentrasi penulis jatuh merudum. Ditambah lagi dengan hari pertama dalam seminggu, sindrom kemalasan ini makin menjadi-jadi. Sejak 2-3 hari ini, mentari seakan-akan menjadi pemalu untuk menonjolkan kuasa sinaran cahaya teriknya. Dua tiga hari ini jugalah sang katak seakan berpesta menyambut simbahan rezeki dari petala langit. Namun itu semua tidak sedikitpun menjentik perasaan penulis tika ini. Perasaan rindukan selimut yang tebal, perasaan rindukan secangkir milo panas dikala kedinginan dan perasaan kerinduan meratah keropok ikan yang masih panas.Hhuhuuuuhuuu..Sesungguhnya, musim sejuk dan penulis tidak ditakdirkan sejiwa.

Bercerita tentang keropok ikan, sudah tentunya ianya menjadi salah satu makanan ringan diwaktu senggang. Penulis ada membeli beberapa bungkus keropok ikan segera untuk dibawa pulang ke tanah kangaroo ini. Syukur, ianya lepas dibawa masuk dipintu sempadan tanpa banyak soalan dari pihak kastam. Penulis membawa sebungkus ke pejabat/makmal tempat penulis menghabiskan masa seharian. Ternyata, bunyi rangupan keropok ikan segera ini telah menarik minat bangsa asing yang musykil akannya. Teman semakmal penulis (dari New Zealand) berasa teruja untuk menikmati kemeriahan bunyi rangupan keropok tatkala dimamah barisan gigi yang perkasa. Tanpa rasa kedekut ataupun iri hati, penulis menghulurkan beberapa keping sebagai pembuka selera. Seperti yang telah diduga, makanan tradisional ini sungguh pantas menambat hati teman penulis tersebut. Atas rasa semangat setiakawan, penulis memberikan sebungkus keropok ikan segera kepadanya walaupun berat sungguh hati ini terasa. Huhuuuhuu..

Sesungguhnya, selalunya benda yang banyak disekeliling kita amat jarang untuk kita jamah. Akan tetapi biler sukar untuk mendapatkannya, barulah terfikir untuk menjamahnyer tiap-tiap hari..Kini penulis masih lagi menanti bungkusan dari tanah air yang mana 80% daripada kandungan bungkusan tersebut adalah keropok ikan..boleh?huhuhuuu

Tuesday, June 16, 2009

840 jam di Tanah Melayu

Salam pembaca budiman, setelah kira-kira, congak-congak serta campur tambah sudah lebih 840 detik jam berlalu laman ini kantungnya tidak berisi. Sepuluh jari dihulurkan tanda kemaafan dipinta kerana penulis dengan paksa rela membiarkan laman ini bundar tanpa sebarang kata-kata. Tempoh 840 jam digunakan dengan sebaik-baiknya untuk meng'qada' segala apa yang menjadi kelaziman sebelum ini. Dalam 840 jam ini jugalah segala jenis makanan yang menjadi idaman yang sememangnya sukar (atau memang takde) di tanah asing menjadi mangsa kantung perut penulis yang tidak seberapa besar ini. Detik ini jugalah digunakan untuk melepaskan rindu kepada kaum keluarga serta sanak saudara yang telah lama ditinggalkan. 

Tempoh 840 jam ini jugalah penulis merasai kembali nikmat-nikmat cuaca panas terik serta asap jerebu dikota metropolitan (hampeh..). Tempoh ini jugalah menukar etika memandu penulis menjadi seperti sediakala (lebih biadab dan tak bertimbang rasa..hehehe) tatkala motokar meluncur laju memasuki perut ibukota Kuala Lumpur. Sia-sia segala kesabaran yang dipupuk di tanah asing yang mana semua pemandunya lebih bertimbang rasa apabila ada orang yang hendak masuk simpang. Tetapi tidak di Tanah Melayu. 

Tempoh 840 jam ini  digunakan dengan sebaik-baiknya oleh penulis untuk menonton sajian siaran-siaran tempatan yang sudah agak lama ditinggalkan. Anehnya, tepat jam 2.30 ptg penulis pasti tidak ketinggalan untuk menyaksikan sinetron 'Upik, Abu dan Laura' yang sungguh mencuit hati. Cerita kartun yang menjadi berjaya mencuit perhatian penulis ialah siri kartun 'Wonder pet' yang dialih bahasa kedalam bahasa Melayu. Lagu tema siri ini kini menjadi bahan usikan ramai termasuk didalam komik-komik tempatan.  Memang kelakar..bagi yang belum mendengarnya silalah google or cuba layari dalam youtube.."ape yang penting?..bekerjasama.'.."kami tak besar dan kami tak kuat..tapi biler kerjasama semua jadi mudah..Wonder pettt...!!!'..hehehe..Penulis sudah terkena sindrom wonder pet-wonder pet kami datang..!! huhuhuuuu 

Thursday, May 7, 2009

Trip to Sydney-Blue Mountain

Salam pembaca budiman, selesai segala urusan di Canberra, penulis bermusafir kembali menuju ke destinasi seterusnya iaitu Sydney. Perjalanan ke destinasi yang ingin dituju hanya mengambil masa selama 2 jam dengan menaiki kereta. Jarak Canberra dengan Sydney dianggarkan sejauh KL ke Ipoh pada perkiraan penulis. Di bantu dengan alat GPS (Global Positioning Satellite), perjalanan yang difikirkan agak susah pada mulanya, menjadi mudah. Penulis bersama ahli rombongan yang lain tiba ke Sydney lewat jam 9 malam. Kami menginap di Malaysian Hall Sydney. Syukur kehadrat Ilahi kerana berpeluang untuk menginap di dewan ini yang menawarkan harga penginapan yang sangat-sangat murah kepada warga Malaysia yang berkunjung kesini. 

Semasa perjalanan
Three Sister
Three Sister dari perspektif dekat

Destinasi pertama di Sydney pada keesokan harinya adalah untuk mengunjungi kawasan pelancongan tanah tinggi Blue Mountain yang mana terdapat struktur batuan gunung yang indah. Struktur batuan ini dikenali sebagai '3 beradik perempuan' setelah diterjemahkan mengikut kamus dewan bahasa tabib haiwan muka surat ke 312, perenggan ke-10. Hehehehe. Perjalanan ke lokasi pilihan ini hanya mengambil masa selama 1 jam dengan memandu. Mujur kami tiba awal ke tempat tersebut kerana apabila waktu menjangkau 10 pagi, lokasi tersebut sesak dengan bas-bas pelancongan serta kenderaan persendirian yang ingin sama menikmati keindahan kawasan pergunungan tersebut. 

Diatas ini disertakan beberapa kepingan gambar untuk tatapan bersama. Untuk melihat lebih banyak foto, sila kunjungi laman ini http://th11.wordpress.com/ 

Wednesday, May 6, 2009

Autumn in my heart..Canberra's version..

Salam pembaca budiman. Jumaat lalu penulis bermusafir ke Canberra. Perjalanan selama 2 jam dengan menaiki kapal terbang dari Brisbane airport tidak begitu dirasai memandangkan mata masih lagi mengantuk kerana menaiki pesawat yang terawal iaitu pada pukul 6.30pg waktu tempatan. Sebelum mendarat, jurumudi pesawat memaklumkan bahawa cuaca di Canberra ketika itu mencecah 1 darjah celcius. Penulis kaget seketika. Maklumlah, jasad yang tidak berpenebat (tidak berlemak)  ini sungguh mudah bagi cuaca sejuk untuk meratah sehingga ke tulang sumsum. Syukur baju sejuk yang dibawa bersama keatas kabin penerbangan sedikit sebanyak mampu mengurangkan rasa sejuk. 

Parliament House

Pemandangan musim luruh Canberra
Lagi pemandangan musim luruh

High Commission of Malaysia in Canberra

Musafir penulis ke Canberra adalah kerana atas urusan imigresen. Setiap permohonan pasport yang baru hendaklah berurusan terus dengan bahagian ini yang bertempat di pejabat konsulat Malaysia disini. Penulis tidak berseorangan, dengan ditemani keluarga serta rakan, kami menyewa kereta dari airport bagi memudahkan pergerakan kami untuk melawat ke tempat-tempat menarik disekitar Canberra. Tepat seperti yang telah diperkatakan oleh ramai orang sebelum ini, Canberra tidak banyak bezanya dengan Putrajaya. Bangunan-bangunan pentadbiran serta kawasan sekeliling dibangunkan dengan tersusun dan terancang mirip Wilayah Persekutuan Putrajaya. Cuma dibezakan dengan pokok-pokok yang menghiasi lanskap Canberra yang mana terdiri dari tumbuh-tumbuhan bercuaca temperate. 

Di atas adalah beberapa keping gambar yang diambil ketika di Canberra. Keadaan yang dingin serta dihiasi dengan dedaunan musim gugur membuatkan hati terasa tenang seketika. Namun pundi kencing senantiasa tidak tenang kerana penulis seringkali menjadi tetamu tandas bagi mengekalkan proses homeostasis badan yang kerdil ini..huhuhhuuu...

Nota kaki: Untuk melihat lebih banyak gambar, sila klik dibahagian 'cuci mata' dibahagian kiri blog ini ataupun lawat terus ke http://th11.wordpress.com/

Tuesday, April 28, 2009

Family photo shoot

Salam, pembaca budiman. Sabtu lalu sempena cuti umum ANZAC Day (sila rujuk entri sebelum ini), penulis bersama rakan-rakan yang sudah berkeluarga menjalani satu sesi fotografi berkeluarga. Great Court, University of Queensland menjadi lokasi pilihan sesi tersebut memandangkan persekitaran yang menarik serta tidak jauh dari tempat kediaman penulis. Tepat jam 9.30 pagi, kesemua rakan-rakan sudah berkumpul. Setiap keluarga dikehendaki untuk memakai pakaian warna sedondon bagi menampakkan keceriaan sesi fotografi tersebut. Limpahan mentari pagi yang kurang panas turut membantu menaikkan mood si cilik. Disini disertakan beberapa kepingan gambar hasil daripada sesi tersebut...yang selebihnya bolehlah ditatapi di laman berikut http://th11.wordpress.com/ Enjoy!!

Yaser's family

Insyirah Bte Yaser

Rayyan Azrin

Qaisara Batrisya



Saturday, April 25, 2009

ANZAC Day

Salam pembaca semua. Hari ini 25hb April merupakan sambutan hari kepahlawanan bagi rakyat  tanah kangaroo ini. ANZAC membawa maksud Australian and New Zealand Army Corps. Tepat jam 4.20pg ketika fajar subuh mula menyinsing, upacara memperingati tentera-tentera yang gugur dimedan perang dikala perang dunia pertama dan kedua bermula. Pada tika ini, ramai veteran-veteran perang, sanak saudara serta masyarakat setempat akan berkumpul ditugu-tugu peringatan yang boleh dikatakan terdapat disetiap suburb. Kalungan serta jambangan bunga memenuhi kawasan tugu tersebut. Pada subuh ini juga, tiupan semboyan bergema dan bendera kebangsaan enam berbintang dinaikkan serta dikibarkan dengan penuh semangat. Ironinya, acara ini berlaku serentak dinegara-negara yang mana terdapatnya pusara tentera-tentera ini bersemadi.

Nota kaki: Penulis yang berasal dari keluarga soldadu turut terasa seperti sebahagian dari sambutan hari pahlawan ini. Cuma bezanya penulis menyambutnya diatas tilam empuk memandangkan hari ini cuti umum manakala cuacanya pula dingiiiiin gitteww..hehehehee..Tabiiiikkkk kepada semua soldadu-soldadu!

Thursday, April 23, 2009

DVM Comprehensive Examination

Salam pembaca budiman. Di kala waktu begini disatu-satunya pusat pengajian tinggi tempatan yang menawarkan program Doctor of Veterinary Medicine (DVM) ataupun Doktor Perubatan Veterinar (DPV), pastinya semua pelajar tahun akhir tidak senang duduk. Ketika inilah juga kiter dapat melihat sindrom-sindrom kurang daya ketahanan mental muncul secara tiba-tiba. Ketika inilah juga membuatkan wajah kebanyakan mereka pucat lesi seakan wajah zombi kampung pisang yang kekurangan waktu beradunya, dan ketika inilah kawasan foyer fakulti menjadi sesak dek kebanjiran mereka-mereka ini membuat persiapan terakhir sehingga lewat dinihari. Ini lah penangan Final Year Comprehensive Exam. Ujian terakhir yang bakal mengizinkan mereka ini untuk memaut jubah dibahu, ujian yang melayakkan mereka untuk mendapat gelaran Doktor or Tuan Tabib bagi istilah penulis. 

Ternyata ianya satu tempoh penyeksaan minda yang sangat kritikal. Ujian ini terbahagi kepada 3 bahagian yang mana semua matapelajaran dari tahun pertama pengajian sehinggalah tahun akhir ditransformasikan dalam bentuk soalan-soalan berkonsepkan MCQ, Esei serta Viva. Selalunya, kebanyakan mereka ini agak gentar untuk melalui bahagian terakhir ujian ini iaitu ujian Viva. Ini kerana bahagian ini terbahagi kepada 3 bahagian mengikut taraf pengklasifikasian matapelajaran iaitu bahagian pre-klinikal, para-klinikal dan klinikal. 

Setiap bahagian ini terdapat 3 orang pemeriksa yang akan memberikan soalan-soalan mengenai ilmu perubatan veterinar ini. Dan seperti kebiasaannya, setiap bahagian ini akan terdapat seorang pemeriksa dari luar yang mana mereka ini merupakan profesor-profesor dari universiti luar negara (seperti dari Australia, Jepun dan US). Mereka ini kadangkala agak agresif dalam melontarkan soalan-soalan kepada para pelajar. Mungkin kerana budaya tanya soalan dinegara mereka agak agresif jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar tempatan yang sememangnya terkenal dengan sikap pemalu. malu untuk bertanya, dan malu untuk angkat tangan...huhuhuhuu...Kalau ini macam, senangler kejer penulis sebagai pensayarah nanti. Heheheehehe..tak perlu susah-susah tanya soalan. Hanya tanya dalam kertas peperiksaan saje.

Kepada semua pelajar tahun akhir Ijazah Doktor Perubatan Veterinar tahun 2008, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia, penulis mengucapkan all the best, selamat maju jaya dan 'May the force be with you'...heheheheee..padan muka korang tgh stress skg ni..akakakakaaa..rasakan ape yg penulis rase dulu!!!

Monday, April 13, 2009

Easter Holiday

Salam pembaca budiman. Jumaat lepas sehingga hari ini (Isnin) 13 April 2009 merupakan cuti umum yang agak panjang bagi penduduk di tanah kangaroo ini. Ditambah pula dengan cuti sekolah serta cuti pertengahan semester bagi pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi membuatkan lebuhraya keluar dari pusat bandar menjadi agak sesak. Ramai yang mengambil peluang cuti ini untuk pulang bercuti ke kampung dan tidak kurang juga yang mengambil peluang ini untuk bercuti ditempat-tempat peranginan bersama keluarga. Bagi kebanyakan pelajar Malaysia undergrad yang masih bujang, cuti pertengahan semester ini digunapakai sebaik mungkin dengan bercuti ke ibukota lain selain Brisbane seperti Melbourne dan Sydney. Ada juga diantara mereka yang sanggup menyewa kereta memandu bersama-sama teman menuju ke Sydney hanya kerana ingin menikmati keindahan panorama yang menarik sepanjang perjalanan. 

Bagi penulis pula, cuti umum kali ini tidak dapat digunapakai dengan sebaik-baiknya kerana segala perancangan terganggu dek cuaca hujan sepanjang hari. Segala aktiviti outdoor terpaksa diganti dengan aktiviti indoor. Lokasi aktiviti tersebut, tidak lain tidak bukan, pusat membeli belah yang menawarkan diskaun yang sungguh mengasyikkan..nyum nyum.. Hasilnyer, penulis dalam keadaan separa sedar telah membeli 4 utas jam berjenama Fossil..giler ah..Menyesal dahulu tiada sesalnye..err, sebenarnyer  tak menyesal pon psl jam tu buy second pair get 50% off..hehehee..

Tuesday, March 31, 2009

@* years young!

Salam pembaca budiman. I'm not really sure whether this post going to raise global issue or not but it happened to me twice..ummm, nope 3 times actually. Hehehee....Disini, ditempat penulis menjalankan penyelidikan, ramai yang masih beranggapan bahawa penulis masih berusia awal atau tidakpun dipertengahan 20-an. Inilah yg agak menggelikan hati penulis. Muda sangatkah aku ini (getik hati penulis tatkala peristiwa ini melanda). Disini, penulis beri 2 situasi yg berlaku yg sedikit sebanyak membuatkan penulis lupa daratan seketika.

Insiden pertama;
Penulis meletakkan potret puteri sulung penulis sebagai wallpaper monitor komputer dipejabat penulis. Lalu seorang pelajar pasca-siswazah dari Tanah Besar sambil menegur penulis "Is that your daughter photo?". Yup, it is, balas penulis. "Yeaah right, that is not your baby. You looks too young to have a baby". Errkkk...terpaku seketika, lantas secara spontan penulis membalas sapaan beliau td.."Hehehee..yes you're right, this photo i get it from internet"..boleh? seperti mengiyakan statement dia td..hehehheee..

Insiden kedua;
During lunch time at pantry area. Time tu penulis makan with a few lab members plus lab manager. Lab manager tu cakap at one of my labmate that his eldest son is around 22 like your age-sambil menuding kearah penulis. Tersedak sekejap time tu. Err, actually i'm not that young. I'm twentytuuuutt, i'm married and having a 5 months old daughter-balas penulis. Terkejut lab manager tu biler terdengar statement dari penulis. Ngeh ngeh ngeh...selera sungguh lunch time tu walaupun hanya nasik goreng menjadi bekalan. Mengapa? dek dipuji muda remaja...akakakakkaakaaahh..dunia, dunia!

Sunday, March 29, 2009

A gift from Tunisia

Salam pembaca budiman, minggu lalu penulis menerima bingkisan cenderahati dari Tunisia. Supervisor (sv) penulis yg menghadiri persidangan antarabangsa di Tunisia telah pulang ke Tanah Ratu.  Bingkisan yang dapat meningkatkan semangat penulis untuk lebih berkarya dalam bidang penulisan akademik. Sv penulis bermurah hati memberi beg persidangan tersebut beserta sekotak tamar yang berkualiti tinggi yg dibelinya ketika transit di airport Dubai. Bukan beg persidangan yang membuatkan penulis gembira, tetapi isi beg tersebut yang menceriakan hati ini. Terdapat dua buah buku prosiding persidangan yang mana telah memuatkan 2 karya hasil penyelidikan penulis. Bagi mereka yang terlibat dalam bidang penyelidikan akademik, karya-karya saintifik yang memuatkan hasil penyelidikan seseorang yang bergelar penyelidik adalah amat berharga. Ini kerana dengan terhasilnya banyak karya saintifik yang berprofil tinggi, maka lebih terserlah tahap penyelidikan mereka serta membantu mereka ini untuk mendapat title Profesor Madya dan Profesor.

Walaupun karya penulis yang terbaru hanya dimuatkan dalam prosiding yang mana sekiranya dikira tidaklah berprofil tinggi, namun ini sedikit sebanyak memberi semangat untuk penulis untuk menghasilkan karya saintifik yg bermutu tinggi seperti jurnal. Sehingga kini, walaupun baru menapak dalam bidang penyelidikan ini, penulis telah berjaya menghasilkan satu jurnal terbitan antarabangsa dan juga beberapa prosiding persidangan tempatan mahupun diperingkat antarabangsa. 

  1. S. Anjas Asmara, A.B.Z. Zuki, B. Mohd Hair, A.J. Awang Hazmi (2006). Gross and Histological Evaluation of Fresh Chicken Carcass: Comparison between Slaughtered and Cervical Dislocated Methods. Journal of Animal and Veterinary Advances. Volume 5 Number 11, 1039-1042.
  2. S. Anjas Asmara, A.B.Z. Zuki, B. Mohd Hair and A.J. Awang Hazmi (2007). Effects of Slaughter and Cervical Dislocation Methods on Fresh Chicken Carcass. In Proceedings of the 28th Malaysian Society of Animal Production Annual Conference.Kuching, Sarawak. pp83-84.
  3. A.J Awang-Hazmi, A.B.Z Zuki, M.M Noordin, A. Jalila, Y. Norimah, M. Mazlina, S. Anjas-Asmara, M. Ajat (2009). The Responses of the Cockle (Anadara granosa) Shell-DBM Composite Post-Intramuscular Implantation in a Rat Model: A Preliminary Study. Journal of Cell and Animal Biology- submitted.
  4. A.A. Samsudin, A-DG Wright and RAM Al Jassim (2009). DNA profiling of the bacterial community in the foregut of the dromedary camel. Paper presented to The Second Conference of the International Society of Camelid Research and Development. Djerba, Tunisia. pp124-125.
  5. A.A. Samsudin, A-DG Wright and RAM Al Jassim (2009). The protozoan community of the foregut of the dromedary camel. Paper presented to The Second Conference of the International Society of Camelid Research and Development’. Djerba, Tunisia. pp 125.
  6. A.A. Samsudin, A-DG Wright and RAM Al Jassim (2009). Molecular diversity of the bacterial community in the foregut of the feral dromedary camel. Short paper submitted and accepted for XIth International Symposium on Ruminant Physiology. The conference will be held in Clermont-Ferrand, France on 6th until 9th September 2009.

Thursday, March 19, 2009

Short message from SV

Salam pembaca budiman, sedang penulis khusyuk meng'edit' data penyelidikan dengan menggunakan komputer milik CSIRO (dalam opis..senang citer), kantung email diisi dengan khabar berita daripada SV penulis yang kini sedang bercuti di Malaysia. Ini adalah butiran email tersebut;


From: Wright, Andre (LI, St. Lucia)
Subject: My favourite Foods
Received: 11:37 AM
Size: 1 KB

Hi Anjas
We are loving K-L. Here is a list of my favourite foods that we had for breakfast.
Nasi Lemak Daging
Nasi Lemak Udang
Rendang Ayam
Sambal Ikan bilis
Mi Wantan Di Masak Dengan Ayam dan Makanan Laut

Andre

Dr. Andre-Denis G. Wright, BSc, MSc, PhD, MAICD
Research Group Leader, Microbial Biology & Metagenomics
CSIRO Livestock Industries
Queensland Bioscience Precinct
Brisbane, Qld. Australia


Hehehee...tu baru kena nasi lemak. Blom lagi pekena roti canai, laksa or nasi kerabu atau sate kajang hj samuri..mau tak nak balik Brisbane dibuatnye. Hehehehe..

Nota kaki: SV penulis transit di KL selama 2 hari sebelum berlepas ke Sabah.