Sunday, October 31, 2010

Trick or Treat...!!!!

Salam pembaca budiman..malam ini merupakan malam sambutan Halloween disini. Seronok melihat telatah kumpulan anak kecil beriringan mengunjungi rumah-kerumah dengan tujuan untuk menakutkan tuan rumah tersebut sambil membawa bakul kecil untuk diisi dengan segala jenis pemanis mulut. Seperti tahun-tahun yang lalu, rumah si penulis pasti dikunjungi oleh anak-anak kecil ini. 'Trick or treat' merupakan ungkapan diberikan tatkala pintu dibuka.

Gambar lama ketika Halloween 2008 dirumah lama

Hantu Aussie ngan hantu kom-kom Mesia..hehehehe

Bersama anak jiran tetangga

Ironinya, tahun ini penulis sedikit alpa akan tibanya hari Halloween ini. Mungkin bukan kerana adat Melayu kita menyebabkan ianya diambil sambil lewa sahaja. Penulis terlupa untuk membeli gula-gula sebagai persiapan, mujur ada buah epal dan oren sebagai gantian. Kalau tak, nampaknya harus semua lampu rumah ditutup seakan penghuni rumah telah tidur...hehehehee. Boleh?

Aduhai si cili ku sayang..

Salam pembaca budiman...Tak ada apa sebenarnya, cuma ingin berkongsi rasa gembira dihati. Gembira pasal apa? pasal pokok cili yang ditanam makin membesar. Hehehehee...Di Tanah Kangaroo ini, harga sekilo cili seringkali mencecah hampir AUD20. Tidak lengkap rasanya kiranya sajian utama tidak mengandungi cili. Penulis memang suka makanan yang pedas-pedas. Kalau ditanah air, sajian tengahari mahupun malam, sekiranya juadah tidak ditemani sambal belacan nescaya tempo suapan menjadi agak perlahan.


Boleh bukak kedai jual cili lepas ni..hahahahaa

Daun dah banyak dan tunas bunga mula tumbuh

Penulis mula tanam pokok cili ini dipertengahan musim sejuk yang lalu. Hampir putus asa bila melihat pokok cili tersebut hanya setinggi jari telunjuk sahaja walaupun sudah hampir 2 bulan tumbuhnya. Helaian daun pula boleh dikira dengan jari. Paling banyak 4 helai saja. Puas memikirkan apa masalahnya. Setelah bertanya kepada mereka yang arif, rupa-rupanya musim dingin bukanlah waktu yang sesuai untuk menanam biji benih bagi kebanyakan tumbuhan. Keadaan tanah yang sejuk mungkin menyukarkan proses tumbesaran pokok cili ini berlaku.


Segalanya berubah bila tiba musim bunga. Pokok cili semakin meninggi dan mula mengeluarkan tunas bunga. Semangat sikit nak gembur-gembur tanah segala bagai. Harap-harap lebatlah cili yang keluar kelak..kiranya sebaliknya berlaku, tak dapeklah nak nolong...hahahahaa.

Monday, October 25, 2010

Persona Jacaranda...

Salam pembaca budiman. Musim hujan yang berlarutan telah merubah lanskap persekitaran. Tumbuh-tumbuhan hijau tumbuh mekar disegenap pelosok lembah Gatton ini. Tak lupa juga pokok-pokok yang dahulunya bertunjangkan akar dan dahan yang kering, kini mula mengeluarkan tunas-tunas yang maha lebatnya.




Apabila musim bunga menjelma tiba, nescaya tumpuan utama penulis sudah tentunya terhadap sejenis pepohon unik tanpa daunan hijau yang tumbuh melata dikebanyakan kawasan Tanah Kangaroo ini. Pepohon berdahan sederhana tinggi yang tampak menarik kerana diseliputi bunga-bungaan berwarna ungu. Terdapat beberapa varieti warna selain warna ini. Namun, warna ungu tetap menjadi pohon hiasan laman kebanyakan penduduk disini . Cantik, hanya itu mampu diungkapkan seraya memuji kebesaran Ilahi.

Sunday, October 17, 2010

Selamat hari puja umur wahai Ratu Bijaksana (Qaisara Batrisya)

Salam pembaca budiman. Lewat 24 jam yang lalu, penulis menganjurkan majlis hari jadi untuk puteri kesayangan penulis. Syukur, hampir 730 hari anugerah dari Maha Kuasa ini menjadi penyeri kehidupan kami. Makin ligat dan panjang akalnya. Gelagat yang bersahaja bisa menyisihkan lelah yang bertamu di dada apabila jasad kembali ke teratak bahagia. Hilai tawanya, tangis sedunya pasti meruntun jiwa setiap insan yang bergelar ibu dan bapa. Bahagia. Itulah frasa azimat kehidupan berkeluarga.

Kek harijadi hadiah dari rakan penulis

Terkesima sekejap bila lihat kek ader muka dier...hehehe

Terima kasih kepada para tamu yang sudi datang memeriahkan majlis kali ini. Terima kasih juga atas titipan hadiah kalian. (Jimat duit poket bapaknyer...hehehehehe).

Tamu dari Kota Brisbane

Hadiah dari tetamu yang hadir..thanks you all..!!

Qaisara Batrisya, terima kasih atas hadirmu. Semoga membesar menjadi anak yang solehah, pintar dan berbakti kepada kedua ibubapa, agama serta negara.

Tuesday, October 12, 2010

Bah ditanah tandus

Salam pembaca budiman. Agak lama Tanah Ratu dibumi kangaroo ini tidak bermandikan hujan. Semalam merupakan pesta bagi kebanyakan petani disini. Hujan turun dengan maha lebatnya. Dari terbit mentari hingga dinihari. Empangan terpaksa dibuka bagi mengelakkan air melimpahi kawasan-kawasan sekitar. Menariknya, ramai penduduk disini berpusu-pusu menuju ke empangan tersebut semata-mata ingin melihat proses pengaliran keluar air walaupun tika itu langit masih lagi bermurah hati menjirus isi kandungannya. Natijahnya, banyak kawasan yang berketinggian rendah dinaiki air.

Banyak juga jalan-jalan raya terputus akibat cuaca kali ini. Mujur kawasan Gatton Desa Permai agak tinggi kawasannya. Ramalan mengatakan cuaca seperti semalam bakal berterusan hingga hujung minggu ini. Nampak gayanya, tak terusiklah ampaian baju diluar rumah sekiranya ini berlaku. Mujur terdapat kedai dobi layan diri berdekatan dengan teratak penulis. Dapatlah pakaian yang lembab dikeringkan dengan menggunakan mesin dryer di kedai dobi tersebut.

Saturday, October 9, 2010

Taman baru..

Salam pembaca budiman. Selalsa lalu, laman rumah diteratak penulis sudah berubah wajah. Dahulunya tempat longgokan bahan-bahan buangan renovasi rumah, kini setiap ruang taman digunakan dengan sebaik mungkin dengan menanam pelbagai tanaman mudah jaga. Macam tahu jer owner rumah ni yang penulis ni bukan reti sangat nak berkebun. Hehehehee.


Pandangan sisi

Pokok serai yang sejemput jer..


Dalam banyak-banyak pokok yang ditanam, penulis ralit seketika melihat akan serumpun kecil tanaman berbentuk lalang yang turut ditanam dicelah-celah tumbuhan hiasan yang lain. 'Ape giler owner rumah aku ni pegi tanam lalang. Buang tebiat ape orang tua ni'. Setelah diselidik, digobek serta hampir lunyai daun tanaman berbentuk lalang tersebut dikerjakan penulis, serai yang ditanam rupanya oleh si tuan rumah ni. Hehehehee. Jimat duit dah tak payah nak beli serai lagi nanti. Hehehehee...

Saturday, October 2, 2010

Anak saper lah ni...hehehehee

Salam pembaca budiman..lewat petang semalam setelah selesai segala urusan dikampus, penulis terus menuju pulang ke teratak kecil dipekan Gatton Desa Permai. Tibanya dirumah, penulis pelik melihat si kecil tiada diruang tamu. Selalunya waktu-waktu begini rancangan kartun kegemarannya acapkali disiaran. Bertanya penulis kepada si ibu yang sedang sibuk menyediakan juadah makan malam akan gerangan si kecil. 'Ader dok tengah main kat belakang rumah tu' jawab si ibu.
Tengah kusyuk angkat baju

Haaa...kantoi

Buat cheeky face pulak dier nie...hehehehee

Penulis cuba mengintai apa yang si kecil buat pada lewat petang ini. Terkejut akan perlakuan tersebut, penulis terus memanggil si ibu dan mengambil kamera kecil. Rupa-rupanya ni yang dibuatnya. Patutlah senyap dari tadi. Tolong mamanye angkat kain baju dijemuran. Sudah besar rupanya si kecil ni. Tanpa perlu disuruh, hampir semua baju-bajunya yang kering diangkat dan dikumpulkan dalam bilik mainannya. Lepas ni bolehlah tolong mama masak pulak yer...hehehehee.