Tuesday, January 27, 2009

Aktiviti cuti umum-Australia Day

Salam pembaca budiman. Awal subuh semalam, penulis telah mengikut rakan (Abg Sah & Faliq) penulis untuk pergi menikmati keindahan mentari terbit di Wellington Point, Queensland. Perjalanan yg mengambil masa  kira-kira sejam dengan memandu dari Brisbane sedikitpun tidak memenatkan penulis (pasal bukan penulis yg drive..kekekekeke). Bertolak pd jam 3 pg tatkala warga kota masih enak diselimuti comforter yg tebal-tebal. Setibanya ke destinasi pilihan, penulis bersama rakan menunaikan kewajipan sebagai seorg umat Islam. Solat subuh berjemaah yg hanya berlapikkan tikar selebar kain pelikat cukup memadai bagi kami.

Suasana masa mula sampai

Panorama di jeti

Usai solat, kami bergegas mencari lokasi yang sesuai untuk memasang tripod kamera masing-masing. Menanti hanya dalam beberapa belas minit sahaja, kemunculan warna merah jingga mula menerobos kepulan-kepulan awan dikaki langit. Agak banyak juga gambar yang diambil hasil daripada petikan lensa penulis dan rakan penulis. 


Abg Sah..rakan penulis

Penulis pon nak glamer gak..hehehe

Matahari mula naik


Ni lah wanita muda warga timur tengah yg sedang khusyuk memancing..hehehe

Setelah mentari sudah tidak lagi malu menampakkan dirinya, lokasi kami mula dipenuhi oleh penghuni-penghuni kota yg juga ingin menghabiskan waktu cuti umum berkelah bersama kaum keluarga. Penulis terhibur melihat sepasang suami isteri muda warga timur tengah bersama seorang anak mereka menuju ke hujung jeti. Pada hemat penulis, sudah tentunya mereka akan memancing memandangkan si bapa memegang dua batang joran sementara si ibu sungguh ralit memaut anak kecil disisi pinggangnya sambil menyorong stroller. Namun sangkaan penulis ternyata meleset sama sekali apabila situasi yang sebaliknya berlaku apabila mereka tiba dihujung jeti. Si ibu dengan hebatnya melontarkan tali joran ke lautan manakala si bapa pula menyorong anak kecil bersiar-siar dipersisir pantai yang berbatu. Penulis? nak pasang mata kali pun tak reti. Hehehehee..

Saturday, January 24, 2009

Long Weekend

Salam pembaca semua. Apa khabar semua? Diharap sihat jasad dan minda kalian hendaknya. Hujung minggu kali ini penulis percaya semua akan mengambil kesempatan untuk merehatkan minda yang lesu serta jasad yg sudah agak lama memerlukan belaian manja tilam yang empuk. Dibumi kangaroo ini, hujung minggu kali ini agak panjang kerana cuti umum jatuh pada hari Isnin 26 januari 2009. Hari tersebut bakal disambut oleh semua warga negara Australia dengan penuh ceria kerana hari tersebut merupakan Australian Day ala-ala hari kemerdekaan Malaysia. Tapi bagaimana Australia mendapat kemerdekaan? Pernahkah mereka dijajah? Tidak..pada hari tersebut they come together as a nation to celebrate what's great about Australia and being Australian. It's the day to reflect on what they have achieved and what they can be proud of in their great nation. It's the day for them to re-commit to making Australia an even better place for the future. 

Menurut sumber dipetik dari Wikipedia, Australian Day is also known as  Anniversary DayFoundation Day and Invasion Day, is the official national day of Australia. Disambut setiap tahun pada 26 January, hari ini disambut bagi memperingati the arrival of the First Fleet in 1788, menandakan bermulanya kolonisasi British dibumi kangaroo ini. 

Records of the celebration of Australia Day date back to 1808, with Governor Lachlan Macquarie having held the first official celebration of Australia Day in 1818. In 2004, an estimated 7.5 million people attended Australia Day celebrations and functions across the country.

Australia Day is often seen as controversial by historians of English humanity. Alongside proposals to change the date of Australia Day, there has been significant protests from the Indigenous Australiancommunity. Many Indigenous Australians see Australia Day as a celebration of the destruction of Indigenous culture by British colonialism. Since 1988, "Invasion Day" protests have been held supporting this view.

Bagi kita rakyat Malaysia, 26hb ini juga bakal disambut dengan penuh kemeriahan dan semangat muhibbah. Sambutan Tahun Baru Cina kali ini diharap dapat mengembalikan sifat hormat-menghormati serta kesepaduan antara kaum yang telah sekian lama dibina. Kepada semua rakan-rakan serta pembaca yang berbangsa Tiong Hua..penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina dan kepada yang lain, selamat beristirehat dan pandu dengan selamat kepada mereka yang bercadang pulang ke desa melawat kaum keluarga dan sanak saudara. Penulis? Huhuuhuuu..kena analyse data psl nak kena present ngan reasearch advisors next week..huuuaaaaaaggghh...!!!

Tuesday, January 20, 2009

Isu semasa

Salam pembaca budiman. Agak lama penulis tidak menggerakkan jari jemari kering ini untuk menekan punat-punat komputer. Hendak disenarai dalil-dalilnya, namun khuatir disalah tafsir oleh pembaca (eleh..kalu malas cakap je lah malas..hehehe-contoh satu suara sumbang dari ibupejabat JPV Melaka). Suara sumbang ni jugak telah berjaya menggerakkan hati penulis untuk menulis setelah berbakul-bakul cacian diterima oleh suara sumbang ni - contohnye, baik ko update blog ko anjas, kalu tak aku bakar blog ko ni.Hehehee.

Baiklah, bukan suara sumbang tersebut menjadi topik blog penulis kali ini. Tapi suara-suara rakyat, insan yang bergelar manusia..yang begitu prihatin dengan isu-isu terkini yang menghiasi dada koran. Dimana-mana saja kedengaran mereka memperkatakan tentang bentuk penjajahan baru. Penjajahan atas nama keadilan. Keadilan yang diagung-agungkan, dibangga-banggakan dengan mengubah kota batu menjadi lapangan perkuburan yang maha dasyat. Itulah keadilan bagi tafsiran mereka.

Dunia seakan tersentak seketika, seakan terganggu dari tidurnya apabila potrait-potrait anak kecil yg belum mumayyiz, yang terkorban dalam penjajahan tersebut menjadi paparan utama didada koran. Namun, apakah yang mampu dilakukan oleh kita? Bagi mereka yang bersekongkol, ianya umpama hiburan dimata. Tapi bagi mereka yang serba kekurangan kudratnya, hanya mampu berdoa agar Yang Maha Kuasa mengurniakan dzat-dzatNya kepada para mujahidin agar dapat dinyahkan kezaliman yahudi dari muka bumi ini. Amin!

Sunday, January 4, 2009

Selamat Tahun Baru Islam dan Masihi

Salam pembaca budiman, rasa masih tak terlambat bagi penulis untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru. Tahun baru kali ini sudah pastinya membawa seribu harapan kepada kita semua. Termasuklah penulis sendiri, tahun baru ini diharapkan proses penyelidikan berjalan dengan lancar. Tentunya dalam diri masing-masing ada azam tahun baru. Semoga kita semua tidak terlupa untuk berazam menjadi manusia yang lebih bermatlamat serta mempunyai azam yang kuat supaya apa jua yg dicita mampu dicapai. Azam penulis tahun baru ni? Errrr...tahun lepas punyer azam pon tak abis lagi..hehehehee..Adoii!!