Thursday, June 10, 2010

Pesta selsema kembali lagi...

Salam pembaca budiman. Lama sungguh tak menjengah blog lama nih. Mentang-mentang sudah ada blog baru, yang lama makin dipinggirkan. Akhirnya yang lama jugaklah yg dicari kembali memandangkan yang baru ada masalah. Eh? Apakah? Anyway..bukan baru atau lama yg ingin dicoretkan disini tapi hanya ingin berkongsi perasaan gusar penulis tatkala bulan Jun mengetuk tiba.

Singgahnya bulan ini membawa seribu derita kpd penulis. Kenapa? Seperti coretan lalu, bulan Jun menandakan musim dingin menjengah tiba. Penulis dan musim dingin mmg tak serasi sejak dahulu lagi. Bukan apa, sistem tebatan haba dalam badan ni tak menyebelahi penulis. Hampir suku abad penulis cuba dan cuba menambahkan penebat yg ada, namun macam tu jugak adanya. Nak kata cacing bermaharajalela tak jugak psl sudah bergelen ubat cacing membasahi salur-salur pencernaan ni. Nak kata ada belaan pun tak jugak. Hehehehee. Mungkin pembawaan genetik keturunan yang menyebabkan penulis kurus halus tubuhnya. Hehehehe.

Musim dingin ini bakal membuatkan penulis acapkali menjadi tetamu jamban dek urusan pembuangan air bagi menyelaraskan sistem homeostasis badan. Musim dingin ini juga membuatkan ruang kantor pelajar pasca siswazah dihiasi dengan bunyi muzikal indah hasil dari sedutan hingus...hahahaha. Lagi satu yang penulis agak kurang berkenan bila tiba musim dingin ni adalah waktu sang mentari menunjukkan kejaguhannya akan menjadi singkat. Dalam jam 5 petang, suasana sekitar sudah kelihatan seperti maghrib. Hmmm..apepun, musim dingin ini pasti dirindui kerana ini merupakan musim dingin terakhir penulis disini.