Sunday, August 31, 2008

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri...

Send this free eCard

Ramadhan datang kembali dengan penuh keberkatan dan keampunan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan, keredhaan dan kegembiraan. Bagi diri ini dan sekeluarga, kami dengan rendah dirinya memohon maaf atas segala kesilapan serta kesalahan sekiranya ada. Semoga ramadhan kali ini diterima oleh Allah SWT sebagai bekalan akhirat kelak.

Brisbane Merdeka Fest 2008

Salam kemerdekaan buat pembaca budiman. Semalam 30 Ogos 2008, satu sambutan mengingati hari kemerdekaan Malaysia telah berjaya dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Melayu Queensland (PPMQ) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia disini. Satu sambutan yg meriah yg dihadiri oleh pelbagai peringkat umur warga Malaysia yang berada dibumi Brisbane ini. Walaupun tidak dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti perarakan sepertimana yg menjadi kebiasaan di Malaysia, aktiviti utama sambutan ini adalah acara makan-makan yg sememamngnyer ditunggu-tunggu oleh semua warga Malaysia especially mereka-mereka yg masih bujang. Maklumlah, time ni lah nak merasa masakan Melayu yg dimasak oleh kakak-kakak (isteri kpd pelajar2 postgrad) yg sememangnya handal dengan resepi warisan Melayu. Antara menu yg dihidangkan tika sambutan tersebut adalah seperti pulut kuning, rendang lembu dan kambing (belum raya dah bleh makan rendang..hehehe), nasi briyani, pelbagai jenis kuih muih tradisional dan menu wajib setiap acara gathering kat sini-BBQ chicken wing and daging lembu..huak huak huak..

Antara warga Malaysia yg ada dibumi Brisbane

Kek Kemerdekaan-nampak menakutkan, tapi rasa sgt sedap..heheheh

BBQ-Antara menu wajib..hehehehe

Apepon, kami berterima kasih kpd pihak penganjur dan tahniah kpd Presiden PPMQ yg terbaru iaitu Abg Zul dan Pengerusi Majlis ini, akak Siti Suria Diva..hehehehe..

Thursday, August 21, 2008

Merdeka Tanah Airku...

Salam semua...tiap-tiap tahun, apabila tiba waktu merdeka, sambutan perayaan serta tahun baru, semua warga Malaysia pastinya tertunggu-tunggu apakah hasil garapan idea kreatif syarikat konglomerat utama negara Petronas dalam menghasilkan iklan-iklan bermutu yang menyentuh jiwa. Tahun ni Petronas berjaya menghasilkan iklan yang agak santai tapi mampu menyentuh jiwa para penonton. Aku tidak terkecuali. Lakonan bermutu oleh pelakon dan pengarah ternama Afdlin Shauki sedikit sebanyak membangkitkan rasa syahdu serta rasa syukur menjadi rakyat Malaysia. Pejam celik sudah 51 tahun Malaysia menjadi negara merdeka. Semoga kemerdekaan ini bukan sahaja pada nama, namun yg penting semoga kemerdekaan ini mampu memerdekakan minda rakyat Malaysia supaya terus maju kehadapan.

Nota kaki: Tima kasih Hezmee bg link video ni..Enjoy! Rindulerr pulak nak makan cempedak goreng...huhuhuhu

Wednesday, August 13, 2008

Whale watching

Ahad lepas i went to Gold Coast untuk melihat ikan paus with my friends. The trip was very exciting for me maklumlah sebelum ni dok tgk ikan paus dlm tv jer..skg ni dapat tgk live lagi. Dengan caj yg berpatutan, kitarg menaiki sebuah bot yg sederhana besar yg boleh memuatkan seramai 150 passengers satu-satu masa menuju ke tgh lautan Pacifik. Agak dalam 45 minit belayar sebelum sampai ke destinasi utk melihat aktiviti paus naik ke permukaan menghirup udara dingin pg itu. Nasib baik aku tak mabuk laut time tu. Heheheee...

Kawan-kawan se'tour'..hehehee

Tu baru ekor..blom tgk badan dier lagi..

Ikan paus timbul just beside our boat. Giler besor

Ni lah boat yg kitaorg naik

Kami agak bernasib baik on that day because it was a very bright day and banyak kawanan ikan paus yg dapat kami lihat. Ada sekor tu timbul bersebelahan dgn bot kitaorg..saiznyer, masyaAllah, besar mengalahkan bot kitorg. Terpikir gak dlm kepala otak takut-takut ikan ni telan kitaorg ngan bot-bot ni skali..Camnelah org Jepun bleh tangkap ikan ni. Hehehheeee...Anyway, aktiviti ini bukanlah sepanjang tahun kitaorg bleh tgk. It's only can be seen during June-October kalu tak silap. Sebelum tu, these amazing creatures migrates north to warmer waters to mate and give birth, where as later in the season ikan paus ni return south with their newborn calves. Menarik bukan? Heheheee...

Monday, August 11, 2008

Ekka 2008

Kelmarin, Sabtu bersamaan 9 Ogos, aku pergi melawat kawan-kawan kat Brisbane. Kitaorg punyer aktiviti weekend tu is to go to Ekka Festival. It's a annual festival organised by Queensland Gov. Festival yg bertemakan hiburan keluarga serta animal and agriculture show. Kalu kat Mesia tu ala-ala MAHA yg diadakan setiap 2 tahun skali kat Serdang. Tapi perbezaan festival ini dgn MAHA is that, besides exhibition it's also have funfair..mcm2 jenis permainan ada. Kat sini Ekka bertujuan mendedahkan produk2 pedalaman kat org2 bandar..Maner penah org2 bandar ni dpt tgk lembu, kuda, kambing etc. secara live..so kat festival ni lah diaorg nak bawak anak2 diaorg utk kenalkan ini rupa ayam..bukan ayam yg diaorg ingat mcm KFC tu..rangup dan spicy. Hehehee...

Antara games yg ada kat Ekka


Member sekapal


Festival ini mmg ditunggu-tunggu oleh warga kota metropolitan mcm Brisbane ni utk berhibur bersama keluarga serta menghabiskan duit beli showbags yg bermacam isinya. Aku pon tak ketinggalan membeli 2-3 barang-barang utk menyedapkan hati tgk kwn2 lain yg agak tak keruan shopping showbag ni. Heheheheh..adoii.

Monday, August 4, 2008

Jalan-jalan Dreamworld, Gold Coast, Australia

Salam kpd pembaca..smalam aku menghabiskan sisa-sisa hujung minggu dengan menipiskan duit dompet kat Dreamworld. Nasib baik kali ini ada promotion..so taderlah nipis sangat dompet aku yg sentiasa nipis ni..heheheee..Pergi bersama rombongan kengkawan dari Gatton ngan Brisbane. Sebelum ni aku pernah sampai disini..tapi hanya setakat pintu depan jer..sekadar bergambar kenang-kenangan dengan pelawat yg dtg dari Mesia (sila rujuk entry : Kangaroo scrotum). Seperti di Genting Highland Mesia..taman tema ini menawarkan pelbagai aktiviti riadah utk mereka yg lasak serta yg tak lasak (yg dtg dgn anak kecil).
Pelbagai mainan yg menguji tahap keberanian kita ada kat sini. Kepada yg ber'famili', tpt ini juga ada menawarkan permainan2 riadah sesuai utk kanak2 kecil. Selain itu juga, tpt ini menyediakan pelbagai haiwan yg tak ada kat Mesia utk ditatap serta didakap..Cthnyer kangaroo and koala. Memang menarik dan menghiburkan. Dari yg kering smpi yg basah, dari serendah-rendah bumi hingga setinggi-tinggi KL tower..hehehehe..semua ada. Jadi ape tunggu lagi...
Wipeout-permainan yg menarik
Tower of Terror & Giant Drop-permainan yg boleh membuatkan bulu roma tak turun
Koala-tu jer kejer dier..tido 24jam.Huh!
Gambar seorang pelawat yg agak jakun melihat kangaroo
Nota kaki: Kesemua gambar tersebut hanyalah sebahagian dari aktiviti2 yg aku lalui..utk tgk gambar penuh, sila lawati my facebook: ant_eater81@yahoo.com sushah-sushah jer..heehehhee