Monday, August 4, 2008

Jalan-jalan Dreamworld, Gold Coast, Australia

Salam kpd pembaca..smalam aku menghabiskan sisa-sisa hujung minggu dengan menipiskan duit dompet kat Dreamworld. Nasib baik kali ini ada promotion..so taderlah nipis sangat dompet aku yg sentiasa nipis ni..heheheee..Pergi bersama rombongan kengkawan dari Gatton ngan Brisbane. Sebelum ni aku pernah sampai disini..tapi hanya setakat pintu depan jer..sekadar bergambar kenang-kenangan dengan pelawat yg dtg dari Mesia (sila rujuk entry : Kangaroo scrotum). Seperti di Genting Highland Mesia..taman tema ini menawarkan pelbagai aktiviti riadah utk mereka yg lasak serta yg tak lasak (yg dtg dgn anak kecil).
Pelbagai mainan yg menguji tahap keberanian kita ada kat sini. Kepada yg ber'famili', tpt ini juga ada menawarkan permainan2 riadah sesuai utk kanak2 kecil. Selain itu juga, tpt ini menyediakan pelbagai haiwan yg tak ada kat Mesia utk ditatap serta didakap..Cthnyer kangaroo and koala. Memang menarik dan menghiburkan. Dari yg kering smpi yg basah, dari serendah-rendah bumi hingga setinggi-tinggi KL tower..hehehehe..semua ada. Jadi ape tunggu lagi...
Wipeout-permainan yg menarik
Tower of Terror & Giant Drop-permainan yg boleh membuatkan bulu roma tak turun
Koala-tu jer kejer dier..tido 24jam.Huh!
Gambar seorang pelawat yg agak jakun melihat kangaroo
Nota kaki: Kesemua gambar tersebut hanyalah sebahagian dari aktiviti2 yg aku lalui..utk tgk gambar penuh, sila lawati my facebook: ant_eater81@yahoo.com sushah-sushah jer..heehehhee