Thursday, August 21, 2008

Merdeka Tanah Airku...

Salam semua...tiap-tiap tahun, apabila tiba waktu merdeka, sambutan perayaan serta tahun baru, semua warga Malaysia pastinya tertunggu-tunggu apakah hasil garapan idea kreatif syarikat konglomerat utama negara Petronas dalam menghasilkan iklan-iklan bermutu yang menyentuh jiwa. Tahun ni Petronas berjaya menghasilkan iklan yang agak santai tapi mampu menyentuh jiwa para penonton. Aku tidak terkecuali. Lakonan bermutu oleh pelakon dan pengarah ternama Afdlin Shauki sedikit sebanyak membangkitkan rasa syahdu serta rasa syukur menjadi rakyat Malaysia. Pejam celik sudah 51 tahun Malaysia menjadi negara merdeka. Semoga kemerdekaan ini bukan sahaja pada nama, namun yg penting semoga kemerdekaan ini mampu memerdekakan minda rakyat Malaysia supaya terus maju kehadapan.

Nota kaki: Tima kasih Hezmee bg link video ni..Enjoy! Rindulerr pulak nak makan cempedak goreng...huhuhuhu

No comments: