Tuesday, July 29, 2008

Aiyoo..kena tagged lerr pulak..

Salam kpd pembaca..mungkin ramai antara kita pernah terkena permainan siber ni..permainan yang tak berunsurkan judi mahupon berkiblatkan pengaruh iblis yg direjam..hehehe..ke situ pulak. Anyway, permainan yg sungguh mudah yang berbentuk libur minda. "You've been tagged"...Huhuhuu..apepon, i've been tagged by Kak Fique today..eventhough agak kesibukan melayan kerja-kerja penyelidikan di makmal, tapi aku gagahi jugak utk menjawab soklan yg agak mudah tapi memerlukan pemahaman yg mendalam. Hehehehe..Mengarut jer aku ni..These are the questions
Question 1: What were you doing 5 years ago?
I was doing degree in Veterinary Medicine..year 3 kot time tu kalu tak silap.
Question 2: What were the 5 things on your to do list today?
1. Nak siapkan PCR
2. Nak attend workshop psl how to calibrate pipettes
3. Nak kuarkan duit to pay house rent
4. Nak balik makan ayam panggang cicah air asam kat umah
5. Nak tido...ngeh ngeh ngeh
Question 3: What are 5 snacks that you enjoy?
1. Chickedies
2. Ding dang
3. Tora
4. Super ring
5. Mamee..hehehe
Question 4: What are 5 things that you would do if you were a billonaire?
1. Bayar zakat...
2. Bayar segala hutang..PTPTN, hutang kengkawan kalu ader,
3. Beli harta
4. Bagi kat org yg kurang berkemampuan..hehehe..
5. Around the world in 80 days..
Question 5 : What are 5 jobs you're had?
1. Pekerja am kolej during semester break.
2. Office boy before convocation
3. Research assistant
4. Tutor- staf gomen...hehehe
5. rasanyer stakat ni tu jer yg penah keje
Dengan kuasa yang diberi oleh Majlis Raja-Raja, sy dengan lafaz Bismillah..ingin meng'tag' kan soklan-soklan ini kpd "Amylia wong, Itot, Awang, Hezmee, LaTape, Elis..sumer skali yg mengenali diri ini..Ngeh ngeh ngeh..

Saturday, July 26, 2008

Pensyarah Ph.D dinaikkan ke gred 51

Salam semua. Petang td waktu terluang aku isikan minda dgn peristiwa-peristiwa terkini yg berlaku diMesia melalui dada akhbar elektronik "utusan Malaysia"..Sebenarnya, boleh dikatakan tiap-tiap hari jugak aku melayari laman ni. Bukan ape, cuma tak mahu ketinggalan tentang keadaan semasa yg berlaku saban hari ditanah kelahiran. Hari ini, aku terjumpa satu artikel yg sgt menarik. Artikel yang memang dinanti-nantikan oleh kami golongan pendidik menara gading. Sebelum nie, isu ini hanya khabar angin, tapi alhamdulillah, hari ni ianya menjadi kenyataan. Murah rezeki..hehehheee...

Disini, aku letakan petikan keratan akhbar tersebut;

PUTRAJAYA 25 Julai. Kerajaan bersetuju supaya semua pensyarah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mempunyai kelayakan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dinaikkan ke gred 51. Mengikut Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti, mereka sepatutnya hanya dilantik ke gred 45. Menteri pengajian tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, calon-calon yang mempunyai Ph.D dianggap mempunyai kecemerlangan yang tinggi dalam memperkasakan kualiti pengajaran dan pembelajaran di IPTA.

Pada masa yang sama, kata beliau, "bagi calon-calon dari industri yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang tertentu juga boleh dilantik terus ke gred 51 untuk berkhidmat sebagai pensyarah. Ini supaya mereka dapat bersama-sama membantu meningkatkan kecemerlangan akademik di IPTA". Kesemua keputusan ini terkandung dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang akan dikemukakan kepada kabinet minggu depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Akademik Negara 2007 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi disini hari ini. Mohamed berkata, semua IPTA wajar memastikan kenaikan gred untuk pensyarah berkelulusan PhD itu dilaksanakan dengan segera.

"Ini supaya matlaman Pelan Strategi Pendidikan Tinggi Negara dalam memperkasakan IPTA dapat direalisasikan melalui pengambilan tenaga akademik yang berkualiti, berpengatahuan dan berpengalaman luas," katanya.

Nota kaki: Syukur, aku yakin dengan pengumuman berita terbaru ini bakal dapat menaikkan semangat rakan-rakan yg mana sama berada dlm situasi aku kini. Amin..!! Yaaahooooo...(DG51 kalu tak silap dah sama taraf ngan pensyarah kanan..err betul ke idak, wallahualam)



Friday, July 25, 2008

Water Restriction Level 5

Salam kpd pembaca..sehari dua ini, langit seakan bermurah mencurahkan segala isi kandungannya ke bumi. Hujan yang turun 2 hari tanpa henti sedikit sebanyak menceriakan hati penghuni tanah gersang ini. Ya, bumi kangaroo telah lama dilanda kegersangan. Bukan kegersangan yg tuuuuuttttt..tapi kegersangan menanti titisan-titisan hujan dari langit. Penduduk-penduduk dibumi kangaroo ini seakan berpesta ria menerima rahmat dari langit ini. Mahu taknya, sudah agak lama mereka tidak dibenarkan menggunakan sumber air dengan sewenang-wenangnya.

Kereta tidak boleh dicuci dgn kerap. Kalau nak cuci mestilah menggunakan hos yg berkapasiti rendah. Pokok bunga tidak boleh disiram tanpa menggunakan bekas penyiram bunga. Kegunaan air pili utk mandi serta utk sebarang kegunaan di sinki dinasihatkan tidak melebihi 4 minit. Giler ape...semuanya disebabkan musim kemarau yg melanda. Pihak berkuasa disini melabelkan tahap keseriusan musim kemarau sehingga ke tahap 6 sehinggalah hujan turun tanpa henti 2-3 hari ini. Empangan dipenuhi sehingga 40% lebih dari tahap yg bahaya.

Esok, water restriction level akan diturunkan dari 6 ke level 5. Makanya, dlm minggu depan aku mungkin dpt melihat kereta-kereta yg bersih berkilauan menyusur jalan-jalan utama disini. Termasuklah kreta aku yg sudah dipenuhi oleh tompokan-tompokan najis burung serta debu-debu tanah. Berada disini membuatkan aku lebih menghargai harga setitis air..Kalau kat Mesia, selagi tak kecut kulit kaki, slagi tu lah shower takkan berhenti..ngeh, ngeh, ngeh...

Wednesday, July 23, 2008

Keshian dier..

Baru-baru ni aku terima email yg disisipkan oleh junior aku kat fakulti vet Mesia (thanks eija)..Email yg berkisarkan kecanggihan serta kehebatan pengangkutan udara. Email yg memberi gambaran akan keselesaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan gergasi kepada para pelanggan serta kpd anak kapal. Begitu kagum aku melihat ruang-ruang kabin yg tersusun indah serta ruang-ruang utk anak kapal melepaskan penat......begitu asyik aku melihat sehinggakan.....erkkk!!! Keshiannyer...heehhehheee!! (sila rujuk visual yang terakhir)



Boeing 747-400


Singapore Airlines


Boeing 777


Air Canada


Airbus A340

KLM Airlines


AyerAshia..
Now Everyone can Fly...Wuuusssshhh!!!!

Nota kaki: Si penulis tiada berniat untuk mempromosi mana-mana syarikat penerbangan yang terdapat di dunia. Tiada sebarang komisyen diterima dari mana-mana syarikat berikutan penyiaran artike ini. Harap maklum..ngeh ngeh ngeh....

Tuesday, July 22, 2008

Keserabutan melanda

Salam kepada pembaca budiman..mohon kemaafan kepada pembaca budiman yang mana setia menanti entry-entry terbaru dari sy si 'pengembala kambing'..huhuhuuu.. Dalam 3-4 hari ini, masa berlalu agak pantas kerana aktiviti seharian dihambat pelbagai urusan duniawi yang menuntut penyelesaian dengan seberapa segera.

Minggu lepas aku baru terima feedback dari my supervisor regarding my literature review (LR). Setelah beberapa purnama my LR bersarang kat opis dia yg seperti dilanda garuda, baru kini aku dapat menerima beberapa kritikan membina demi mengukuhkan lagi kandungan LR aku ini. Kenapelah dier tak check tika masa aku sedang bersenang-lenang 2-3 bulan yang lepas..kenapelah bilamasa aku sibuk mengerjakan research sample aku, baru terima feedback dari dia. Tapi tak mengapa..inilah part and parcels (ntah betul ke tak perumpamaan aku ni) of doing reseacrh. "Expect what is unexpected". Apepon, mintak maaf kepada pembaca budiman kerana terpaksa menunggu agak lama..insyaAllah, selepas siap benda ni dlm sehari dua lagi, aku akan terus berkarya..skg ni hanya berkarya utk LR dulu...huak huak huak...

Nota kaki...gambar menunjukkan keserabutan yg melanda serta kawasan berkarya aku yg sudah seperti opis sv aku yg dilanda garuda....heheheheee...

Sunday, July 13, 2008

PPMQ Fund Raising Luncheon 2008

Hari ini aku menghadiri gathering pelajar-pelajar Malaysia di Brisbane anjuran Persatuan Pelajar Melayu Queensland (PPMQ) kat Orleigh Park, West End Brisbane. Persatuan ini merupakan satu organisasi berdaftar yang bermatlamat menjaga kebajikan sesama warga ahlinya. Majlis hari ini adalah diadakan adalah untuk meraih dana tabung kebajikan persatuan. Ahli-ahli datang dari sekitar Brisbane dan juga diluar Brisbane (Gatton ngan Toowoomba). Bujang, berkeluarga, kecik dan besar semua ada. Menu yang dihidangkan sangatlah tidak mendukacitakan. Sup tulang, kambing golek, bbq menjadi mangsa kantung perut yang lapar. Hehehee...
Disini, aku berkesempatan untuk berkenal-kenalan dengan warga pelajar yang lain. Majoriti antara kami merupakan pelajar postgraduate tajaan Kementerian Pengajian Tinggi yang mana akan berkhidmat dengan IPTA-IPTA di Malaysia sbg pensyarah setelah tamat pengajian nanti. Seronok dapat berkenalan dgn diaorg ni because diaorg ni merupakan golongan yg berumur dan banyak pengalaman menarik utk dikongsi bersama dgn aku generasi-generasi pendidik yg muda ni.

Ramai jugak warga Malaysia kat Brisbane ni..mcm kenduri satu kampung bila sesekali berkumpul. So taklah aku kesunyian bila teringatkan insan-insan tersayang kat kampung halaman. Tahniah kpd Brader Khairie Ahmad selaku tuan Presiden PPMQ atas kejayaan majlis hari ini. Semoga ada lagi majlis-majlis seumpama ini di masa depan. Kalu majlis makan-makan inysaAllah akan dipenuhi..kalu majlis-majlis ceramah tu.. errrr.... mmmm...... ttrttrttrrrrr....... insyaAllah lain kali kot...kekekekee..Apepon tahniah kpd warga kerja PPMQ.

Nota kaki: 1st photo tu gambar keratan tiket majlis ni. 2nd gambar tu lak is kambing golek. Gambar 3rd tu antara warga pelajar Mesia ngan keluarga diaorg and gambar terakhir tu is tuan presiden PPMQ, brader Khairie Ahmad (baju cokelat). Untuk maklumat lanjut mengenai organisasi ini, sila lawati www.ppmq.org

Thursday, July 10, 2008

Minggu ini sejuk

Minggu ni sejuk...sgt2 sejuk..walaupun matahari tegak atas kepala tapi angin kencang yg bertiup mampu mematahkan tulang belikatku akibat menggigil diluar tahap manusia normal. Hidung merah serta mengeluarkan rembesan-rembesan mukus yg tiada hentinya. Minggu ni rutin seharian tak banyak berubah sepertimana minggu-minggu yang sudah..tepat jam 9 pagi (kalu terlajak pon dlm 15 minit lewat) aku dah ada dalam rumah kedua aku (gut microbiology lab)..kat sinilah aku menghabiskan sisa-sisa waktu aku seharian.. bermanja bermesra dengan mikroorganisma-mikroorganisma asalnya dari perut haiwan ternakan..

Ikhlas aku katakan, melibatkan diri dalam arena penyelidikan membuatkan sifat sabar aku yg dulu sekecil kuman makin bercambah. Menerokai sesuatu benda yang baru demi pengkayaan ilmu pengetahuan bukan sesuatu yg mudah. Banyak trial and error yg perlu aku tempuhi sebelum dapat menghasilkan hasil penyelidikan yg bermutu. Pengalaman yg diperolehi dari kesilapan-kesilapan analisa sebelum ini membuatkan aku makin yakin untuk terus berkarya dengan penyelidikan ini. Kini, alhamdulillah setelah setahun berada ditanah asing menimba ilmu, segala perancangan penyelidikan berjalan seperti yang dirancang. Semoga rentak yang dirancangkan ini sempurna dan tak menghalang aku untuk terus menggapai matlamat hakiki aku disini.

Kpd rakan-rakan seperjuangan..tetapkan destinasi minda anda, nescaya kejayaan pasti menjelma. InsyaAllah.

Nota kaki: Gambar 1st is one of the laboratory yg aku pakai utk analisis sampel. 2nd picture tu is kebuk anaerobik untuk inoculate strictly anaerobic microorganism (mikroorganisma yg hidup tanpa kehadiran oksigen).


Friday, July 4, 2008

International Student Farewell Dinner 2008

Sebentar tadi aku menghadiri satu majlis perpisahan pelajar-pelajar antarabangsa yang telah bergraduat di kampus Gatton ni. Majlis kecil-kecilan anjuran Gatton International Student Association (GISA) ini dibuat di 'club house' kat kampus ni. Kemeriahan malam tu tetap terasa hebatnya walaupun menu utama hanyalah sosej bakar..kekekkeee..Makanan bukanlah faktor utama untuk kami berkumpul, tetapi hubungan kekeluargaan yang dibina sepanjang berada di kampus inilah yang berjaya menghimpunkan kami semua.

Majoriti pelajar antarabangsa yang gigih mengejar ilmu di kampus Gatton ini datangnya dar
i gugusan asia timur serta tenggara. Walaupun berlainan bangsa, warna kulit, bahasa serta budaya, namun atas nama ilmu..hati semua bersatu..minda jadi satu demi menggapai nawaitu untuk menjadi insan yang berilmu. Tahniah kpd rakan-rakan aku..err..mcmlah diaorg paham bahase Melayu ni..kekekeke..

Nota kaki: Gambar 1st tu adalah antara pelajar international yang bakal bergraduat semester ni. Gambar 2nd tu antara international student ngan famili diaorg yang menjadi permastautin sementara dibumi kangaroo ni..hehehhehe

Genuine Kangaroo Scrotum

Hah? Scrotum kangaroo pon bleh buat souvenir ker?Heheheee...itulah ayat yang mula-mula terpacul dari mulut aku. Semalam aku menjadi tourist guide sambilan. Pelanggan aku adalah Prof. Razak and his student dari Indonesia. Destinasi pilihan? Tentulah Surfer's Paradise kat Gold Coast. Kami bertolak awal pagi kerana ingin singgah bergambar dibeberapa tempat menarik sepanjang jalan ke Gold Coast.
Kesan peninggalan tapak kaki pertama oleh pelanggan aku sepanjang menyusur lebuhraya 4 lorong yang tak bertol adalah di Dreamworld, Gold Coast. Sebuah taman tema yang boleh dikatakan antara yang tersohor didunia selepas Disneyland. Selepas mengabdikan beberapa kenangan dalam kotak gambar berdigital, aku membawa pelanggan aku utk melawat salah satu pusat membeli-belah yang agak terkenal di Gold Coast which is Harbour Town. Pusat beli-belah yang menawarkan pelbagai barangan menarik pada harga yang agak murah dan berpatutan. Selesai sudah menghabiskan beberapa puluh dolar disini, aku terus memandu gondola perkasa empat beroda menghala kearah destinasi terakhir kami, Surfer's Paradise. Disana, Prof. Razak dan studentnye membeli beberapa barangan cenderahati utk dibawa pulang ke Malaysia. Kat sinilah aku terjumpa scrotum kangaroo yg dibuat cenderahati. Menarik. Boleh buat kantung untuk menyimpan wang timah. Heheheee...
Selepas puas membeli, aku bawak pelanggan terus menuju ke destinasi utama. Kawasan pantai yang sangat bersih. Pasir putih menghiasi sepanjang persisiran pantai membuatkan aku terpukau. Lebih memukaukan lagi biler terlihat banyak ikan-ikan duyung yang bergelimpangan menjemurkan diri dibawah simbahan cahaya matahari yang terik. Pelbagai warna serta bentuk sisik ikan duyung tu....yang tak bersisik pon ader...kekekekeke.. Ape-apepon, harapan aku agar pelanggan aku berpuas hati atas aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan oleh aku dan rakan kongsi aku, Hezmee..ngeh ngeh ngeh..


Nota kaki cagu: Gambar 1st tu is Prof. Razak with his student Mr. Eddi Erwan. Gambar 2nd tu kat pintu masuk Dreamworld, gambar 3rd is kantung telur peranakan (scrotum) kangaroo and gambar terakhir is penulis with Prof. Razak at Surfers Paradise beach. Enjoy!!