Thursday, December 30, 2010

Tahniah Harimau Malaya!

Salam pembaca budiman. Pastinya kita semua sedia maklum akan kemenangan skuad bolasepak muda negara menjulang piala Suzuki AFF setelah berjaya menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2. Pasti juga malam tadi rating penonton yang menonton siaran langsung tersebut disiaran milik Kerajaan Malaysia mencecah jutaan penonton. Kedai-kedai mamak pastinya menayangkan perlawanan tersebut dipaparan skrin besar.


Barisan sebelas pemain utama skuad Harimau Malaya (dipetik dari Google Image)

Bersama piala kejohanan (dipetik dari Google Image)

Bagi mereka yang tidak mendapat menonton siaran tersebut, sudah tentu perasaan hampa terbit dari sanubari. Semangat berkobar-kobar ingin menyokong pasukan kebangsaan pastinya luput begitu saja kerana kemudahan siaran yang terhad ditanah air sahaja. Mujur setelah puas mencuba, penulis berjaya jumpa siaran langsung tersebut disiarkan melalui satu laman web yang menyiarkan siaran langsung sukan secara percuma. Walaupun setelah hampir 50 minit perlawanan berlangsung baru dapat ditonton, penulis berpuas hati dapat menyaksikan sendiri baki perlawanan tersebut. Walaupun pergerakan tersekat-sekat kerana kelajuan internet yang agakt erbatas, namun semua itu tidak menjadi penghalang buat penulis sekeluarga untuk sama-sama bersorak setelah wisel penamat ditiupkan oleh pengadil dari Australia. Alhamdulillah! Tahniah sekali lagi skuad Harimau Malaya!

Tuesday, December 28, 2010

Minggu yang suram

Salam pembaca budiman. Beberapa hari ini langit yang dijunjung kelihatan suram. Bungkam tanpa sinaran mentari. Cuma renjisan hujan turun tanpa hentinya. Natijahnya, sudah tentu bah sini sana menenggelamkan kawasan yang rendah datarannya. Susur sungai yang dahulunya kontang, kini mula dipenuhi air yang banyak. Umpama jeram lajunya, kesan dari bukaan empangan yang tak terdaya menampung takungannya.

Hari Natal disambut secara sederhana bagi kebanyakan penduduk di Gatton Bumi Permai ini. Aktiviti luaran tidak dapat dilakukan kerana matahari agak malu menunjukkah gah nya. Nampaknya cuti umum beberapa hari ini terpaksa dihabiskan dengan duduk dirumah sahaja. Menonton siaran dikaca televisyen mungkin dapat melupakan kebosanan yang ada. Huaaarrrrghhhh...menguap lah pulak. Sejuk-sejuk ni tidur lagi bagus...Heheheheee..Syukur musim panas tahun ini tidak terlalu panas seperti tahun lalu. Jimat kerana tak perlu memasang penghawa dingin seperti sebelumnya. Heheheheee..

Wednesday, December 15, 2010

Ketinggalan keretapi...



Ye..saya tahu saya ketinggalan...
Cerita ni dah nak dipaparkan dilayar perak,
namun baru kelmarin dapat menonton drama ini hingga habis.
Best jugak ye....hahahahaa.

Tuesday, December 14, 2010

Protes!!!

Salam pembaca budiman. Agresif bukan tajuk kali ini? Hehehee..Semalam, penulis bermusafir dua marhalah jaraknya menuju ke pusat bandar Brisbane. Tujuan hanya satu, mendapatkan pelekat visa untuk passport milik penulis sekeluarga. Setelah hampir empat tahun menetap ditanah asing ini, baru kali ini hati terpanggil untuk mendapatkan pelekat tersebut. Bukan apa, hanya untuk memenuhkan ruangan pasport yang ada. Pejabat Imigresen cawangan Brisbane ini terletak ditengah-tengah kota metropolitan ini. Terletak di Adelaide Street, penulis perlu mengharungi Queen Street yang merupakan tumpuan utama penduduk serta pelancong yang gemar membeli-belah.

Persembahan koir

Lelaki misteri

Pandangan dekat..

Lagiii dekat..terdapat beberapa kesalahan ejaan disitu

Cuba cari lelaki misteri tersebut..

Sepanjang susur jalan ini, terdapat satu kawasan yang agak lapang yang menjadi titik perjumpaan bagi kebanyakan mereka. Kawasan ini juga terdapat satu sudut yang mana dikhaskan sebagai tempat persembahan atau pertunjukan bagi mereka yang berbakat. Disebabkan suasana perayaan Natal hampir tiba, maka semalam penulis berpeluang menyaksikan persembahan koir dari sebuah badan amal. Apa yang menarik perhatian ramai pengunjung bukanlah persembahan tersebut. Kebanyakan mata tertumpu kearah susuk tubuh misteri yang agak tinggi yang berdiri dikalangan penonton. Dengan memakai penutup muka yang dibuat daripada beg kertas, lelaki tua ini menunjukkan rasa tidak puas hati beliau terhadap pemerintah dengan gaya yang tersendiri. Menarik bukan cara beliau menyuarakan pendapatnya. Dunia-dunia...heheheee.

Saturday, December 11, 2010

Graduation photoshoot Dr. Puan Chong Leong

Salam pembaca budiman. Hari ini penulis sekali lagi diminta oleh rakan penulis untuk menjadi jurufoto peribadi beliau bagi majlis graduasi yang berlangsung dikampus Gatton ini. Puan Chong Leong nama diberi kembali ke kampus Gatton Desa Permai untuk majlis graduasi setelah pulang ke Malaysia akhir Julai tempoh hari setelah tamat pengajian PhD beliau disini. Merupakan salah seorang tenaga akademik dari Universiti Putra Malaysia, beliau terkenal kerana kepakaran beliau dalam bidang penyelidikan raptor/burung pemangsa. Selalunya, beliaulah yang menjadi tempat rujuk kami warga Malaysia di sini sekiranya terserempak dengan unggas yang cantik dan menarik. Sekilas unggas tersebut terbang diawangan, beliau sudah boleh mengenali burung tersebut berdasarkan morphologi dan suaranya.

Dr. Puan Chong Leong


Terkenang peristiwa ketika mula berinteraksi dengan beliau secara maya. Penulis banyak mendapat informasi berguna sebagai persediaan sebelum menjejakkan kaki dikampus Gatton ini. Pertama kali bila dia memperkenalkan diri beliau sebagai 'puan', sesiapa juga pasti terpikir bahawa dia ini seorang wanita. Ditambah pula berkomunikasi tanpa suara, hanya punat kekunci dan layar komputer sebagai penyambung persaudaraan, telahan tersebut pasti terjadi pada semua orang. Penulis bertanya sekadar ingin menimbulkan kemesraan atas jalinan persahabatan yang baru tercipta 'Puan dtg dengan husband and children ker?'. Pastinya hilai tawa terjadi sebalik sana..'Anjas, saya ini lelaki. Puan is my surename. Nama saya Puan Chong Leong...hahahahaaa'. Terkesima sebentar. Kaget dengan jawapan yang diterima. Ungkapan maaf bertalu-talu diberikan sambil rasa lucu terdetik dalam hati ketika itu.

Aksi kegemaran warga Gatton..lompat!!! hahahaa

Antara rakan-rakan yang hadir

Kini semuanya tinggal kenangan. Beliau kini sudah bergelar Dr. Puan Chong Leong. Bertugas di Fakulti Perhutanan UPM, jejaka awal 30-an yang berasal dari Kepong ini sangat pemurah dengan senyuman. Tahniah Dr. Puan! Tak sabar diri ini menyusul kejayaan beliau nanti. InsyaAllah..!

p/s: Gambar yang dipaparkan merupakan pre-graduation photoshoot yang diambil sebelum beliau pulang Julai lalu. Hujan yang turun bertalu-talu menyukarkan sesi fotografi diadakan.

Sunday, December 5, 2010

Servis kereta murah..

Salam pembaca budiman. Perbelanjaan bulanan kini makin meningkat. Mungkin kerana kesan dari harga petrol yang makin tinggi disini menyebabkan diri sebagai konsumer berikhtiar mencari alternatif yang mampu menjimatkan kantung dolar disini. Seperti semua maklum, perniagaan berasaskan perkhidmatan disini adalah sangat mahal. Seperti yang pernah dipaparkan dalam coretan sebelum ini, perkhidmatan membaiki kereta disini adalah sangat mahal. Umumnya upah yang dikenakan oleh kebanyakan mekanik bertauliah disini adalah sebanyak AUD70 sejam. Sekiranya sekadar servis biasa yang diperlukan, bayaran sehingga AUD120 bagi khidmat tak sampai sejam sudah menjadi kebiasaan.

Mobil cari makan..

Yo sedang beraksi


Syukur, kini bayaran semahal itu tidak perlu menjadi bebanan lagi. Mujur salah seorang rakan senegara disini punyai sedikit sebanyak kemahiran mengenai automobil. Mengikut isterinya belajar disini, rakan penulis ini sebenarnya merupakan bekas teman sekolej ketika sama-sama menuntut disalah sebuah institusi pengajian awam tempatan dahulu. Tuhan Maha Kuasa, setelah hampir beberapa tahun terputus hubungan, akhirnya di Desa Gatton Bumi Permai juga bertemu mata. Kamarul Izhar atau nama panggilan mesra 'Yo' memang meminati aktiviti pertukangan. Tak kira automobil ataupun alatan rumah yang lain, insyaAllah mampu dibaiki oleh Yo ini. Mujur ada 'handyman' di Gatton ini. Upah yang dikenakan sangatlah berpatutan dan khidmat yang diberikan adalah yang terbaik. Kini boleh dikatakan hampir semua warga Malaysia dan juga Indonesia disini menghantar kenderaan kepada beliau untuk servis. Cayalah bro! Heheheheee...Promote nampak..!! Hahahahhaaa..

Saturday, December 4, 2010

Sabtu yang suram

Salam pembaca budiman. Hari ini hujan turun tanpa hentinya. Sahutan bertaut sang kodok merancakkan lagi suasana suram sekitarnya. Hari ini, matahari seakan malu menampakkan dirinya. Persis dedaun semalu bila disentuh kuncup terus jadinya. Tidak lagi riak seperti sebelumnya. Menyimbah pancaran cahaya tanpa belas kasihan.

Pandangan dari pintu hadapan

Sudut belakang teratak penulis

Pastinya, ada yang gembira. Ada juga yang hampa dek titisan hujan yang tak henti tiba. Penulis sudah pastinya gembira. Hujan seribu rahmat ini memberikan peluang untuk penulis berehat sambil diselubungi lapisan selimut yang tebal. Sudah agak lama tidak menikmati keadaan sebegini. Nyaman. Namun tak sampai lima minit selubung, si kecik datang menganggu.."Papa, jom watch Dora"...urghhhhhh...!!!

Friday, December 3, 2010

Christmas Carol-Gatton Style...

Salam pembaca budiman. Malam semalam kawasan penempatan sekitar pekan Gatton dikunjungi kumpulan sukarelawan yang terdiri dari pelbagai peringkat umur. Tujuan mereka hanya satu, iaitu untuk menghiburkan penduduk-penduduk sekitar pekan Gatton dengan irama klasik Hari Natal. Menariknya, kumpulan mirip mini orkestra ini bergerak secara berkumpulan dengan menaiki sebuah lori yang tak berbumbung. Hampir setiap jalan atau lorong disekitar pekan ini menjadi hentian mereka.

Mini orkestra atas lori kecil

Visual kurang memuaskan

Visual kurang memuaskan (tak sempat nak pasang tripod)

Usai mendendangkan dua tiga buah lagu, mereka bergerak ke lokasi lain pula. Aktiviti ini dianjurkan oleh mereka hampir setiap tahun tatkala tibanya Hari Natal. Terkenang penulis kiranya ditanah air setiap kali Aidilfitri menjelma tiba, boleh dikatakan penduduk dikebanyakan desa mengunjungi rumah kerumah untuk bertakbir memuji Ilahi tanda kesyukuran menyambut Syawal tiba.