Saturday, July 26, 2008

Pensyarah Ph.D dinaikkan ke gred 51

Salam semua. Petang td waktu terluang aku isikan minda dgn peristiwa-peristiwa terkini yg berlaku diMesia melalui dada akhbar elektronik "utusan Malaysia"..Sebenarnya, boleh dikatakan tiap-tiap hari jugak aku melayari laman ni. Bukan ape, cuma tak mahu ketinggalan tentang keadaan semasa yg berlaku saban hari ditanah kelahiran. Hari ini, aku terjumpa satu artikel yg sgt menarik. Artikel yang memang dinanti-nantikan oleh kami golongan pendidik menara gading. Sebelum nie, isu ini hanya khabar angin, tapi alhamdulillah, hari ni ianya menjadi kenyataan. Murah rezeki..hehehheee...

Disini, aku letakan petikan keratan akhbar tersebut;

PUTRAJAYA 25 Julai. Kerajaan bersetuju supaya semua pensyarah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mempunyai kelayakan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dinaikkan ke gred 51. Mengikut Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti, mereka sepatutnya hanya dilantik ke gred 45. Menteri pengajian tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, calon-calon yang mempunyai Ph.D dianggap mempunyai kecemerlangan yang tinggi dalam memperkasakan kualiti pengajaran dan pembelajaran di IPTA.

Pada masa yang sama, kata beliau, "bagi calon-calon dari industri yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang tertentu juga boleh dilantik terus ke gred 51 untuk berkhidmat sebagai pensyarah. Ini supaya mereka dapat bersama-sama membantu meningkatkan kecemerlangan akademik di IPTA". Kesemua keputusan ini terkandung dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang akan dikemukakan kepada kabinet minggu depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Akademik Negara 2007 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi disini hari ini. Mohamed berkata, semua IPTA wajar memastikan kenaikan gred untuk pensyarah berkelulusan PhD itu dilaksanakan dengan segera.

"Ini supaya matlaman Pelan Strategi Pendidikan Tinggi Negara dalam memperkasakan IPTA dapat direalisasikan melalui pengambilan tenaga akademik yang berkualiti, berpengatahuan dan berpengalaman luas," katanya.

Nota kaki: Syukur, aku yakin dengan pengumuman berita terbaru ini bakal dapat menaikkan semangat rakan-rakan yg mana sama berada dlm situasi aku kini. Amin..!! Yaaahooooo...(DG51 kalu tak silap dah sama taraf ngan pensyarah kanan..err betul ke idak, wallahualam)



1 comment:

rudy bluehikari said...

ok sebelum itu,

1. langkah pertama silalah dik anjas habiskan phd tu cepat2 yerrr... kalu nak merasa ds51 dgn cepat.

2. pastikan juga syarat utk menulis sekurang2nya 6 jurnal artikel juga ada spnjg pengajian kerana boleh menguatkan lagi permohonan ds51 tu nanti dengan strong evidence.

3. pastikan balik nanti bawak ole2 utk abang opssssss...wakakakakaka