Sunday, July 13, 2008

PPMQ Fund Raising Luncheon 2008

Hari ini aku menghadiri gathering pelajar-pelajar Malaysia di Brisbane anjuran Persatuan Pelajar Melayu Queensland (PPMQ) kat Orleigh Park, West End Brisbane. Persatuan ini merupakan satu organisasi berdaftar yang bermatlamat menjaga kebajikan sesama warga ahlinya. Majlis hari ini adalah diadakan adalah untuk meraih dana tabung kebajikan persatuan. Ahli-ahli datang dari sekitar Brisbane dan juga diluar Brisbane (Gatton ngan Toowoomba). Bujang, berkeluarga, kecik dan besar semua ada. Menu yang dihidangkan sangatlah tidak mendukacitakan. Sup tulang, kambing golek, bbq menjadi mangsa kantung perut yang lapar. Hehehee...
Disini, aku berkesempatan untuk berkenal-kenalan dengan warga pelajar yang lain. Majoriti antara kami merupakan pelajar postgraduate tajaan Kementerian Pengajian Tinggi yang mana akan berkhidmat dengan IPTA-IPTA di Malaysia sbg pensyarah setelah tamat pengajian nanti. Seronok dapat berkenalan dgn diaorg ni because diaorg ni merupakan golongan yg berumur dan banyak pengalaman menarik utk dikongsi bersama dgn aku generasi-generasi pendidik yg muda ni.

Ramai jugak warga Malaysia kat Brisbane ni..mcm kenduri satu kampung bila sesekali berkumpul. So taklah aku kesunyian bila teringatkan insan-insan tersayang kat kampung halaman. Tahniah kpd Brader Khairie Ahmad selaku tuan Presiden PPMQ atas kejayaan majlis hari ini. Semoga ada lagi majlis-majlis seumpama ini di masa depan. Kalu majlis makan-makan inysaAllah akan dipenuhi..kalu majlis-majlis ceramah tu.. errrr.... mmmm...... ttrttrttrrrrr....... insyaAllah lain kali kot...kekekekee..Apepon tahniah kpd warga kerja PPMQ.

Nota kaki: 1st photo tu gambar keratan tiket majlis ni. 2nd gambar tu lak is kambing golek. Gambar 3rd tu antara warga pelajar Mesia ngan keluarga diaorg and gambar terakhir tu is tuan presiden PPMQ, brader Khairie Ahmad (baju cokelat). Untuk maklumat lanjut mengenai organisasi ini, sila lawati www.ppmq.org

2 comments:

Abby ♥ said...

kambing golek?
wah tentu sedap yer
ngan suasana sana yg sejuk
mesti sedap ber bbq
huhu

ANjaS ASmaRa said...

sedap sehingga tinggal tulang rusuk kambing golek tu...hehehehe..