Wednesday, February 25, 2009

UQ-Market Day

Salam pembaca budiman. Lewat tengah hari td penulis bersama rakan berkunjung ke Market Day anjuran University of Queensland sempena berakhirnya minggu orientasi pelajar-pelajar baru bagi sesi pertama tahun ini. Hari ini, Great Court (kawasan lapang utama disini) bakal dikerumuni oleh ribuan manusia dari pagi hingga ke petang. Hari ini jugalah semua persatuan serta kelab yang didaftarkan di universiti ini membuka kaunter bagi pendaftaran ahli-ahli baru. 

Pemandangan di Great Court

Pelajar undergraduate baru dari Malaysia (4 org)..yg hujung kanan sekali tu rakan penulis

Kaunter Malaysian Student Association

Japanese student association

Ahli Kelab Tarian berdansa bagi menarik perhatian pengunjung

Antara bahan-bahan kraftangan untuk tarikan pengunjung ke kaunter mereka

Great Court

Hari ini juga dapat penulis saksikan ramai manusia yg sanggup beratur panjang demi mandapatkan goodies bag percuma dari pihak universiti mahupun dari persatuan dan kelab. Penulis tidak terkecuali. Market day ni akan diadakan sekali lagi pada hujung tahun ini, namun kemeriahannya tidaklah seperti Market Day bagi pengambilan sesi pertama setiap tahun. Seronok melihat pelbagai ragam serta gelagat mereka dalam menarik perhatian pelajar-pelajar baru bagi menyertai kelab mereka. Penulis hanya masuk satu kelab sahaja, iaitu Kelab Makan Free..kekekekeke..kalaulah ada kelab ni, nescaya penulis org yg pertama beratur. Heheheee..

Saturday, February 21, 2009

Buaya

Salam pembaca budiman. Mohon maaf kerana lama sudah jari keding ni tak menyentuh punat komputer. Bukan apa, sengaja mahu melihat samada masih adakah mata yang sudi melihat serta membaca. Sangkaan penulis tepat, masih ada lagi mereka yg masih dahagakan karya penulis yg tak seberapa ni melalui komen-komen dari laman sembang kedai kopi milik blog ni (eleh..sebenarnyer malas..kekekeke). Apepun, terima kasih kerana sudi terus membaca. Ikhlasnya, penulis merasakan kengkangan waktu yg semakin menghimpit aktiviti penulisan penulis. Skg ni pun penulis masih di makmal penyelidikan walaupun sepatutnya hari hujung minggu ini penulis perlu menghabiskan masa bersama mereka-mereka yg cukup rapat dengan penulis. Tapi apakan daya, keinginan untuk mengecapi kejayaan memaksa sebahagian masa terluang perlu dikorbankan.

Anyway, berbalik kepada tajuk diatas. Buaya? Ya, buaya. Sekiranya pembaca ada membaca tulisan penulis yg sebelum ini, bahagian utara Tanah Ratu ini dilanda bah yang agak besar manakala bahagian selatan tanah kangaroo pula dilanda cuaca panas yang ekstrim serta malapetaka kebakaran hutan yang mengorbankan ramai nyawa dikalangan penduduk setempat. Di utara Tanah Ratu yang mana berlakunya bah yang besar telah menggemparkan seluruh penduduk disini apabila buaya-buaya dari sungai yang berhampiran berkeliaran dikawasan penempatan. Terdapat satu insiden yang mana buaya ini telah membaham seorang budak lelaki 5 tahun. Gerakan mencari mangsa ternyata tidak berhasil dan pihak berkuasa mengumumkan kematian budak tersebut. Bagi mendapatkan kepastian, gerakan mencari buaya yg dikatakan membaham budak tersebut pula dijalankan. Setelah beberapa hari mencari, akhirnya buaya tersebut telah dikenalpasti dan ditangkap oleh pihak yg berwajib (kalu Steve Irwin still ada, mesti dia join gerakan mencari ni..rasanyelah..hehehee).

Yang menarik perhatian penulis adalah, sifat sayangkan kepada binatang warga tanah kangaroo ini sgt-sgtlah dikagumi. Keluarga mangsa memohon agar pihak berkuasa tidak mengapa-apakan buaya tersebut dan membiarkan ia kembali ke habitat asalnya. Kagum. Kalau kita rakyat Malaysia, nescaya buaya tersebut dah jadi arwah dek penangan kemarahan mereka yang menerima musibah. Alangkah bagusnya jika sifat sayangkan binatang yg tak berbelah bagi ini diaplikasikan kepada nyawa manusia. Nescaya, tiada nyawa-nyawa yg tidak berdosa menjadi korban di Afghanistan, Iraq mahupun Palestin.

Monday, February 2, 2009

Seminggu yang luar biasa...

Salam pembaca budiman. Agak keterlaluan bukan tajuk blog kali ini. Ya, seminggu yang lalu membawa kepada peristiwa luar biasa yang berlaku disini. Cuaca adalah salah satu fenomena yang pada hemat penulis adalah luar biasa. Disini, negara yang dilitupi lebih kurang 60% lapangan tanah yang gersang menerima limpahan mentari yang agak panas. Syukur hanya selatan tanah ini yang menerima akibatnya. Kawasan yang paling teruk adalah di Adelaide dan Melbourne. 

Pernah satu hari diminggu itu, suhu mencecah 43 darjah celcius. Satu takat yang agak tinggi sehinggakan besi waja yang menjadi penyambung landasan keretapi bengkok jadinya. Natijahnya, sebuah keretapi yang sarat dengan muatan kontena telah tersasar dari landasan menyebabkan kerugian yang amat besar. Ketika ini juga ramai warga kota setempat menghabiskan waktu seharian dengan mengunjungi pusat renang yang terdapat disekitarnya dan ada juga yang menghabiskan waktu bermandi-manda di pantai. Selain itu, suhu tinggi ini juga telah sedikit sebanyak mengganggu kelancaran Kejuaran Tenis Terbuka Australia yang diadakan di Melbourne. Ramai pemain bertaraf dunia mengeluh dan ada juga yang terpaksa menarik diri akibat dari fenomena ini.

Makcik-makcik yang sanggup berpanas semata-mata dapat menonton perlawanan tenis terbuka Australia (gambar dari AP Photo/Rick Stevens)

Suhu yang tinggi  juga telah menyebabkan penjana elektrik terpaksa melipatgandakan produksinya bagi memenuhi permintaan penghawa dingin yang dipasang tanpa henti. Hasilnya, beberapa kawasan yang berkepadatan tinggi mengalami gangguan bekalan elektrik dan terpaksa bergelap semalaman akibat kerosakan penjana elektrik yang tidak lagi mampu menampung pengeluaran arus elektrik yang dikehendaki. 

Fenomena luar biasa ini telah meragut lebih kurang 62 nyawa manusia. Kebanyakan dari mereka merupakan golongan berusia emas serta mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tidak mempunyai daya tahan menahan tekanan haba yang tinggi (heat stress). Seperti boleh diibaratkan 'sudah jatuh ditimpa tangga', kawasan selatan ini (Victoria) menerima satu lagi malapetaka yang dasyat apabila kebanyakan kawasan hutannya terbakar dek suhu yang kering.


Pakcik bomba melepaskan penat setelah abis kudrat dikerah untuk mengawal kebakaran hutan (gambar petikan dari ABC Tv)

Penulis pun tak melepaskan peluang bermain air walaupun suhu tak sepanas mana..hehehehe

Ironinya (pinjam ayat favorite Bluehikari..hehehe), tempat dimana penulis berada tidak sedikitpun menerima bahang mentari yang sedemikian rupa. Di tanah ratu ini (Queensland), suhu agak muram yang mana hari yang berlalu banyak dihabiskan dengan melakukan aktiviti indoor dek hujan yang membasahi bumi. Nun jauh diutara, lain pula jadinya. Utara Queensland dilanda bah yang agak besar. Memutuskan hubungan kawasan terlibat dengan kawasan sekitarnya. Syukur kehadrat Ilahi kerana kawasan penulis bersemayam bebas dari malapetaka yang menimpa. Mohon dijauhkan segala musibah hendaknya. Amin!

Sunday, February 1, 2009

Bon Voyage Ija-Kamal

Salam pembaca budiman. Tiada apa yang menarik untuk dikongsikan pada kali ini. Sekadar memenuhi waktu yang terluang. Semalam, rakan penulis yang sama-sama datang menuntut ilmu ditanah asing ini telah kembali pulang ke tanah air. Kami datang satu kapal terbang Julai tahun lalu. Beliau telah berjaya menamatkan pengajian dan dianugerahkan ijazah sarjana lanjutan (Master) di University of Queensland. 

Bergambar sebelum naik flight

Selamat jalan..

Tempoh pengajian bagi ijazah sarjana ini tidaklah lama. Paling lama pun satu stengah tahun hingga dua tahun bagi mereka yang mengambil Master by Coursework manakala bagi Master by Research pula, tempoh pengajian selalunya selama dua hingga dua setengah tahun. Kepada Ija dan Kamal, penulis mengucapkan selamat maju jaya dan semoga kita bertemu kembali, insyaAllah. Adat perantau penjejak ilmu, teman seperjuangan pastinya ada yang datang dan pergi. Bagi mereka yang masih berjuang seperti penulis ini, setiap keringat dan kudrat dikerah agar satu hari nanti dapat pulang jua ke tanah air dengan membawa impian yang telah tercapai. InsyaAllah..