Tuesday, January 27, 2009

Aktiviti cuti umum-Australia Day

Salam pembaca budiman. Awal subuh semalam, penulis telah mengikut rakan (Abg Sah & Faliq) penulis untuk pergi menikmati keindahan mentari terbit di Wellington Point, Queensland. Perjalanan yg mengambil masa  kira-kira sejam dengan memandu dari Brisbane sedikitpun tidak memenatkan penulis (pasal bukan penulis yg drive..kekekekeke). Bertolak pd jam 3 pg tatkala warga kota masih enak diselimuti comforter yg tebal-tebal. Setibanya ke destinasi pilihan, penulis bersama rakan menunaikan kewajipan sebagai seorg umat Islam. Solat subuh berjemaah yg hanya berlapikkan tikar selebar kain pelikat cukup memadai bagi kami.

Suasana masa mula sampai

Panorama di jeti

Usai solat, kami bergegas mencari lokasi yang sesuai untuk memasang tripod kamera masing-masing. Menanti hanya dalam beberapa belas minit sahaja, kemunculan warna merah jingga mula menerobos kepulan-kepulan awan dikaki langit. Agak banyak juga gambar yang diambil hasil daripada petikan lensa penulis dan rakan penulis. 


Abg Sah..rakan penulis

Penulis pon nak glamer gak..hehehe

Matahari mula naik


Ni lah wanita muda warga timur tengah yg sedang khusyuk memancing..hehehe

Setelah mentari sudah tidak lagi malu menampakkan dirinya, lokasi kami mula dipenuhi oleh penghuni-penghuni kota yg juga ingin menghabiskan waktu cuti umum berkelah bersama kaum keluarga. Penulis terhibur melihat sepasang suami isteri muda warga timur tengah bersama seorang anak mereka menuju ke hujung jeti. Pada hemat penulis, sudah tentunya mereka akan memancing memandangkan si bapa memegang dua batang joran sementara si ibu sungguh ralit memaut anak kecil disisi pinggangnya sambil menyorong stroller. Namun sangkaan penulis ternyata meleset sama sekali apabila situasi yang sebaliknya berlaku apabila mereka tiba dihujung jeti. Si ibu dengan hebatnya melontarkan tali joran ke lautan manakala si bapa pula menyorong anak kecil bersiar-siar dipersisir pantai yang berbatu. Penulis? nak pasang mata kali pun tak reti. Hehehehee..

No comments: