Tuesday, November 4, 2008

5 dalil kenapa blog lama tak di'update'...

Salam pembaca budiman, agak lama laman maya ini tak bertambah isinya. Agak lama juga laman ini sepi tanpa berita. Mungkin pada tanggapan ramai, penulisnya dilanda kemalasan berkarya. Mungkin juga penulisnya dilanda gundah gulana sehinggakan kaku jari jemari kecil untuk berkarya. Sebenarnya terdapat beberapa dalil mengapa laman ini kurang ceria sejak akhir-akhir ini. Untuk mengelakkan rasa terkilan, penulis hanya mampu mengutarakan 5 dalil sahaja sebagai penyedap rasa. Heheheee..

Dalil 1
Penulis berasa sungguh gembira tidak terkira tatkala menerima anggota keluarga baru yg pertama sehinggakan lupa akan password utk meng'akses' blog ini. Heheheee..

Dalil 2
Penulis boleh diibaratkan sebagai mayat hidup sejak seminggu dua ini akibat kekurangan waktu untuk beradu. Akibatnya, mata agak kabur untuk menekan punat-punat komputer yg semakin kecil lihatnya.

Dalil 3
Penulis terpaksa menjadikan aktiviti menulis blog sebagai aktiviti sampingan dan bukan lagi aktiviti rutin harian yang mana rutin harian telah diisi dengan kerja-kerja hakiki wanita dirumah (membasuh, mengemas, memasak dsb). Huhuhhuuu..

Dalil 4
Penulis kini berada dalam tempoh paling penting dalam proses penyelidikan dimana dalam tempoh terdekat penulis bakal menjalani proses ujian pengesahan penyelidikan peringkat PhD. Oleh yg demikian, segala idea utk berkarya terpaksa dibekukan bagi memberi laluan kepada proses tersebut agar ianya berjalan dengan lancar.

Dalil 5
Penulis malas sebenarnye...muakakakakaaahhh...!! Tapi insyaAllah, selepas proses ujian tersebut berjalan dengan lancar, penulis berjanji akan berkarya dengan lebih kerap lagi.


Terima kasih kpd pengunjung2 laman ini yg telah menghulurkan ucapan tahniah atas kehadira anggota baru dalam keluarga penulis. Terima kasih.

3 comments:

Anonymous said...

Hahahah...cakap jek kor malas nak update blog sebab sibuk. Dalil-dalil lain aku tak percaya, sebab aku dah mengalami semua tu. Heheheh...tak pe geng, keep up date. At least aku tahu kor tgh buat apa sekarang, terutamanya kurang tidor. Hehhehe, tak lama lagik aku la pulak.

ellyWong said...

amy percaya yg dalil lima laa punca utama. :P kih kih kih

yup, pasni update lebih bnyk lagi tau... :D

ANjaS ASmaRa said...

Dobot: Hargai waktu tido ko skg Bot selagi boleh. Ko lagiler stress nanti, dapat 2 baby terus..hehehe..

Amy: Errr..maybe dalil 5 tu petualang bagi segala-gala dalil yg ada kat muka bumi ni..hehehehe