Monday, September 22, 2008

Himpunan iftar ramadan 2008

Salam pembaca budiman. Bulan ramadan makin pantas pergi meninggalkan kita semua. Pejam celik tinggal lebih kurang sepuluh hari lagi syawal menjelma. Ramadan kali ini agak meriah dengan invitations iftar warga muslim malaysia dibumi asing ini. Alhamdulillah, moga rezeki-rezeki kalian dilipatgandakan oleh yang Maha Kuasa. Gabungan persatuan-persatuan muslim disini pon tak ketinggalan berlumba-lumba menganjurkan majlis iftar perdana di masjid-masjid serta pusat-pusat Islam yg berdekatan. Mujur tpt2 tersebut agak jauh dari tpt kediaman aku..kalu tak, nescaya aku menjadi pengunjung yg setia..akakakakaka.

Iftar di Gatton
Iftar di musolla UQ-Gatton
Iftar di Maryvale St, Brisbane

Syawal tahun ini mungkin agak suram sambutannya for my self. Kenapa? Psl hari kebesaran tersebut jatuh insyaAllah hari Rabu dan tiada cuti umum diperuntukkan utk perayaan tersebut disini. Lagipun, besar kemungkinan aku hanya mampu menyempurnakan solat aidilfitri dipagi itu sebelum terpaksa bergegas kembali mengerjakan kajian yg masih berbaki. Oktober merupakan bulan yang agak penting bg aku. Penting kerana dalam bulan ini aku bakal melangkah setapak kehadapan dalam proses penyelidikan aku disini. Harap-harap selesa hendaknya perjalanan proses tersebut.

Hmm..sebelum terlupa, zakat masih belum dibayar. Tahun ini zakat yang dikenakan adalah sebanyak AUD10 sekepala. Hasil zakat didermakan kepada badan-badan kebajikan Islam di negara-negara yg agak mundur spt di Kemboja. Moga-moga mereka dapat menikmati kemeriahan syawal dengan gembira walaupon kurang sempurna. Selamat menyambut aidilfitri buat anda semua. Salam syawal dari perantauan...

5 comments:

Abby ♥ said...

Salam
mula mula nak tanya, Iftar tu apa? hehe, sori tatau
Kesian dia raya x cuti kan, biasa la dah namanya negara orgkan, hrp tabahkan hati dan byk2 bersabaryer

ANjaS ASmaRa said...

Iftar adalah suku kata dalam bahasa syurga yakni bahasa Arab. Ianya membawa maksud 'berbuka puasa'. Hehehee..ape nak buat..dah nasib badan kena raya dlm lab..huhuhuu

Anonymous said...

Anjas,,, aku nak beraya kat rumah kor tahun nie. tak kire. Aku nak gi Kg Subang Melayu jugak.

Hehehhe...rindu kat kor. Huhuhuhu

ANjaS ASmaRa said...

Silap kampung lah bot..Kg Melayu Subang..kekekkekee..datang jer..hehehe

feeza_nwa said...

zakat untuk aku ko dah bayar ker belum pakcik? ko jangan nak buat2 lupa plak...biarpun aku ni jauh, ko tetaplah kena bayar zakat fitrah untuk bini tua ko ni kan...