Monday, June 30, 2008

World Poultry Congress 2008

Hari ini aku menerima tetamu dari Malaysia. Tetamu yang sememangnya aku hormati ketika bergelar mahasiswa di salah satu universiti penyelidikan terkemuka di Malaysia. Tetamu yg aku sgt kagumi dari aspek kegigihan mereka menghasilkan pelbagai penyelidikan bermutu dalam disiplin mereka. Aku pernah menjadi antara ribuan pelajar mereka. Meraih sebanyak mungkin ilmu yang dicurahkan oleh mereka.

Kini, aku merupakan salah seorang ahli dalam organisasi mereka, juga merupakan rakan sekerja dari satu jabatan, satu fakulti dan satu universiti di Malaysia. Heeeheheeee..mcm tak percaya pulak..terasa mcm kelmarin aku menghadiri kuliah mereka..kini aku pula bakal menggantikan mereka dalam meneruskan tradisi ilmu yang tiada berpenghujung.

Mereka ini datang ke Brisbane untuk menghadirkan diri dalam World Poultry Congress 2008. Kongress yang memfokuskan pembangunan industri ternakan poultry ini berjaya menghimpunkan penyelidik-penyelidik dari serata dunia. Petang tadi aku pergi berjumpa dengan mereka (Prof. Dr. Abd. Razak Alimon & Prof. Dr. Zulkifli Idrus) di hotel penginapan mereka. Aku ditemani oleh rakan aku (Hezmee) yang juga bekas pelajar mereka. Sambil menikmati kebab yang dibelanja (pow sebenarnye..hehehe) oleh Prof. Razak, kami bercerita tentang progress penyelidikan kami disini. Banyak input-input berguna yang aku dan kawan aku dapat dari mereka berdua ini. Ape-ape pon..kami amat berterima kasih atas segala nasihat berguna dan tak lupa juga thanks for the kebabs....ngeh ngeh ngeh...ingat nak ajak makan kat restoran best tapi tak sempat psl dah lewat petang..mungkin lain kali..hehehee..


Nota kaki: Banner psl WPC 2008 dihadapan pintu masuk Brisbane Convention Center..

No comments: