Thursday, June 26, 2008

Winter Sonata

Hari ni sejuk...lebih-lebih lagi waktu pagi..Skg ni musim dingin ditanah kangaroo..Suhu minimum pagi ni taklah mencapai takat beku sepertimana dinegara eropah. Di Australia, negeri Tanah Ratu (Queensland) tidaklah sesejuk Victoria dibahagian selatan (Melbourne). Namun, suhu yg kadang-kadang mencapai 5 - 10 darjah celcius boleh membuatkan air kencing aku beku..maklumlah, keadaan fizikal yang kurang dilitupi oleh lemak-lemak tepu membuatkan aku menggigil menahan kesejukan.

Terdapat beberapa perkara yang kurang digemari oleh aku apabila tiba musim dingin..justifikasi ini dibuat berdasarkan my own personal preference dan mungkin berbeda dengan individu-individu yang lain.
  1. Musim sejuk, bil letrik naik bagai nak gila. Kenape? Pasal terpaksa pasang heater 2500kw semata-mata nak panaskan bilik ngan pakai water heater time nak mandi.
  2. Musim sejuk, jadi model moisturizer. Kenape? Pasal musim ni lah aku akan menjadi pengguna body moisturizer sepanjang masa. Kulit jadi kering ngan bibir bleh merekah.
  3. Musim sejuk, tak banyak aktiviti bleh dilakukan. Kenape? Pasal siang start lebih kurang pukul 5 pagi, dan malam start kol 5 ptg. Kalu kat Mesia, time macam ni baru nak kuar gi main bola kat padang.
  4. Musim sejuk, segala aktiviti menjadi lembab. Kenape? Pasal otak terpikir seronoknyer kalu dapat berselubung ngan comforter..hehehe
  5. Musim sejuk, jadi pengguna setia toilet. Kenape? Pasal sistem homeostasis badan terpaksa bekerja keras utk pastikan aku tak mati kesejukan. Kesannye? Kencing slalu..hehehehe..
Nota kaki: Gambar kat atas menunjukkan salah satu cara utk menghilangkan rasa sejuk kat sini..minum teh panas sebelum masuk lab...kekekeee.. kesian lab mate aku jd mangsa kena 'pow' teh hari-hari..hehehehe. Gambar satu lagi tu, gambar labmates aku..... Hadi ngan Kate Andrews.. hehehe.... Aku? Mcm biasalah.. dibelakang kamera.. hehehee

2 comments:

Anonymous said...

Aku rindu nak tengok sweater kor tu Jas. Hehehehe...macam sweater kor dulu-dulu tu.

Jas, apasal aku tengok rambut kor dah macam afro? adakah kerana faktor-faktor sejuk jugak? Hehhehe...

ANjaS ASmaRa said...

Hehehe..Bot, sometimes benda yg tak perlu diubah patut dikekalkan..

Rambut aku mcm Afro? maner ader gambar aku? Kalu dlm gambar tu Hadi..rambut mamat tu mcm biase jer..mungkin tak nampak psl backgroung blakang tu pon kaler hitam..heheheh