Tuesday, June 17, 2008

Animal Ethics Approval


Hari ini aku ikut supervisor (sv) pergi sampling kat ladang ayam kat kampus ni. Joined with us this morning was my supervisor's friend from Iraq (Prof. Dhiya al-Hassani) who's on sabbatical leave and sorang minah Aussie yg tgh buat praktikal in our lab. Sample yg kitaorg nak amik tu was intestinal content of chickens. So we need to euthanize (bunuh) ayam tu. My supervisor decided to slaughter the chickens instead of dislocate leher ayam tu. Dengan takder hujan ribut minah Aussie tu mata dah berair. Aku naik cuak lak..and i told my sv that the girl dah start nak nangis biler tau kitaorg nak sembelih ayam tu. Apelah diaorg ni, yang diaorg tau makan ayam yg sudah siap diproses..kalu diaorg tgk camner ayam tu diproses, mesti tak dijamahnyer.

Sambung balik, rentetan drpd insiden tu, my sv ask her to stay outside from processing room. Nak tergelak pon ader..tapi tak sampai hati..hehehee. Anyway..aper kena mengena situasi tersebut dgn tajuk diatas? Takder kena mengena pon..cuma nak beri gambaran yang orang-orang barat ni tersgtlah prihatin kat kebajikan haiwan-haiwan ni. Tak mcm kat Mesia, nampak kucing kurap makin disepaknye...

Keprihatinan diaorg terhadap haiwan ni telah sedikit sebanyak menyukarkan pelajar-pelajar dari luar negara especially dari asian ngan middle east yg sememangnyer terkenal dgn keganasan terkawal terhadap haiwan peliharaan..hehehe..maksud keganasan terkawal tu seperti bela kucing tapi tak reti nak jaga, bela anjing tapi tak reti nak bg makan, bela lembu tapi tak reti nak bagi gemuk , bela babi tapi tak reti nak menjaga kebersihan persekitaran dan macam-macam lagilah.
Kesukaran yang dimaksudkan diatas adalah kesukaran untuk menjalankan sebarang research yang berkaitan dengan haiwan selagi blom mendapat kelulusan Animal Ethics Committee yg amik masa yang agak lama sebelum sijil kelulusan Animal Ethics dikeluarkan. Borang permohonan mengalahkan buku teks Alam dan Manusia tahun 4 tebalnyer.Huhuhu..nak amik darah haiwan kena ada animal ethics approval, nak amik taik lembu pon kena ada animal ethics approval.

Teringat kata-kata kawan my sv dari Iraq tu " These people.. they are so strict when we want to take samples from animal. We need to apply for animal ethics before we can touch and proceed with our research..but they dont need to apply for any human ethics when they are coming to Iraq and killing our people there"...aku tergamam seketika..betul gak ape yang Prof ni cakap...nilai nyawa manusia bagi mereka ini lagi murah berbanding dengan nyawa seekor mamalia...hmmmm..

(Dalam foto dari kiri: Dr. Rafat Al-Jassim (sv aku), Asad Sultan (lab mate dr Pakistan) ngan Prof. Dr. Dhiya Al-Hassani (my sv's friend )..

Nota kaki: Bagi mengelakkan kekeliruan kpd pembaca, my sv is an Iraqi yang dah jd Australian permanent resident for nearly 20 years...

5 comments:

Anonymous said...

Hahahah...betul tu Jas. Sonang-sonang jo diorang tembak manusio. Tapi, bilo kito sembelih haiwan, dikatokan kito kejam. Berbanding mereka, pakai letrik. Lagik kejam. Huhuhuhu

ANjaS ASmaRa said...

Betul tu Bot..den sokong..kadang-kadang mentaliti manusia dari negara yg mengaku sudah maju ni lebih jumud dari kiter negara membangun...

ellyWong said...

hohohoh.. lawak2...

Abby ♥ said...

hye there
click ur blog from eddy

i love animals
pernah keje as vet assistant
hehehe

btw, what is jumud?

ANjaS ASmaRa said...

Hai abby, thanks for visiting my blog..ni semua eddy purnama punyer hasutan surh i bukak blog..

You pernah kerja as a vet assistant? Kat klinik maner? Bleh kiter berkonsi pengalaman ngan cerita in future..

By the way..jumud dari tafsiran Kamus Dewan Edisi Ketiga adalah bermaksud "beku, kaku, kolot;menjumudkan menjadikan sesuatu (konsep) jumud: ~ pemikiran masyarakat; kejumudan perihal (keadaan) jumud, kebekuan, kekakuan: kelesuan dan ~ tradisi ilmu"

Dari konteks bahasa yang digunakan in my statement above meaning that pemikiran golongan ini masih terbelakang ketika membicarakan sesuatu perihal...

Harap dapat membantu kemusykilan saudari...Cheers!!