Monday, June 16, 2008

Batalion DVM 2006


Selesai jer angkat sumpah sbg pengamal perubatan veterinar yang bertauliah pada pertengahan tahun 2006, maka bermulalah lembaran baru dalam hidup tabib-tabib haiwan ni. Segenap ceruk kota, desa mahupun belantara mereka ini berjasa. Berjasa kepada mamalia, juga manusia empunya mamalia.

Kelompok manusia ini ramai sudah berjaya...ada yg jd farm manager, vet's drug pusher, vet's officer kat Gomen (singkatan for Government), join army pon ada, jd Steve Irwin Mesia pon ada, bukak klinik pon ada, jadi suri rumah spenuh masa blom ada, dan juga ada yg menjadi penyumbang ilmu kepada anak bangsa (mcm aku ler tu.hehehe)..
Umumnya, kebanyakan orang mungkin mempunyai persepsi yang kurang bernas bila memperkatakan kerjaya sebagai Doktor Veterinar @ Tabib Haiwan @ Doktor Nate (Bahasa Klantan) @ Pengamal Perubatan Veterinar. Ramai yang bertanggapan kerjaya ini tidak banyak masa depan berbanding dengan kerjaya-kerjaya kolar putih yang lain. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa statistik pengangguran graduan dari kelompok ijazah veterinar ini adalah dibawah 1%. Lebih kurang 99% graduan veterinar mendapat kerjaya sebelum mereka memakai jubah menaiki pentas konvokesyen untuk menggenggam segulung ijazah. 1% yang menganggur adalah mereka yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa setelah berumahtangga.

Menarik bukan?
Bagaimana mungkin ini terjadi sedangkan jarang kita jumpa peluang pekerjaan sektor ini terpampang di dada koran (surat khabar)? Jawapannya adalah kerana bakal-bakal majikan mengiklankan terus peluang kerjaya tersebut di Fakulti Perubatan Veterinar yang terletak di Universiti Putra Malaysia (UPM). Hanya universiti ini sahaja yang menawarkan program sedemikian rupa. Gaji yang diterima secara jujurnya boleh menampung perbelanjaan di kota-kota metropolitan dengan selesa.

Kepada rakan-rakan dalam foto ini, "

If one day I die, and failed to say goodbye, REMEMBER that I’ll never fail to say…THANK YOU..!! because I’ve got the chance to have a friends like all of you….!!!!


The Veterinarian's Oath

"Being admitted to the profession of veterinary medicine, I solemnly swear to use my scientific knowledge and skills for the benefit of society through the protection of animal health, the relief of animal suffering, the conservation of animal resources, the promotion of public health, and the advancement of medical knowledge. I will practice my profession conscientiously, with dignity, and in keeping with the principles of veterinary medical ethics. I accept as a lifelong obligation the continual improvement of my professional knowledge and competence."


4 comments:

Shydah said...

Hehehe...Sy jgk sgt b'bangga dgn wujudnye ramai kwn2 dari golongan dr. vet ni. Tp bilamana tgn sy ini sakit...xde plk dr2 ini dpt membantu mengenalpasti punca kesakitan. Hrmmm....apekah komen ku ini?Huhuhu...*Nie gara2 dipaksa oleh anjas utk tinggalkn jejak la nie..smpai tulis pun cm xde kaitan jek* :P

ellyWong said...

hahaahahaha... adakah shidahh sedang memerli??? hohohoho

ANjaS ASmaRa said...

Kekekekee...Shidah mmg perli secara terang-terangan..kekekekee..Nak kena ni..kang patah sebelah tangan lagi kang..hehehee

Anonymous said...

ade xkwn2 vet nk cari keje area shah alam?tlg hubungi sy di 012-9756456 atau hantarkan resume anda ke fara_emin@yahoo.com.maceh..maaf wt iklan kt cni