Sunday, June 15, 2008

Selembar kata pembuka bicara...

Smekom kengkawan serta pembaca budiman..org kata blogging ni umpama refleksi peribadi seseorg blogger itu sendiri? betul ker? Ntahlah..mungkin ada kebenarannyer..Mungkin dgn ber'blogging' ni boleh menjalinkan titian silaturrahim sesama insan, mungkin juga dgn laman maya ini memungkinkan seseorg itu cuba mengeksploitasikan diri beliau dimata umum, atau mungkin juga sekadar berkongsi ilmu sebanyak yang mampu...persepsi masing-masing.

Agak keberatan pada mulanya utk mengaktifkan diri dalam arena maya ini. Maklumlah, kehidupan seharian dihambat oleh pelbagai urusan duniawi yg menuntut sebahagian besar masa dikorbankan bagi mencapai tujuan hidup. Akan tetapi, melihat rakan-rakan yang asyik ber'blogging' smpai lupa daratan membuatkan makhluk tuhan yang kecil ni terasa terpanggil untuk menikmati keseronokan itu.

Semoga kengkawan serta pembaca yang budiman turut mendapat sedikit sebanyak manfaat atas entry-entry yg cuba dikongsikan bersama..Komen-komen dari kalian sangatlah dihargai..Cheers!!

No comments: