Monday, June 23, 2008

Kenapa eh?

Salam pd pembaca..hari ini aku melihat satu peristiwa yang aneh. Boleh juga dikatakan agak melucukan. Yang pasti ramai antara kita diluar sana yang pernah sama mengalami situasi aneh ini. Lewat tgh hari hari ini, bilamasa sibuk mengerjakan research samples yang berbakul-bakul banyaknya, aku ditemani oleh Prof. Dhiya (sila rujuk entry 'Animal Ethics') yang seperti hilang pedoman duduk di kantor (pejabat) nya tanpa berbuat ape2..boring ler tu. Aku tidak menghalang malah bersyukur at least adalah jugak makhluk tuhan yg sudi diajak bersembang. Prof. Dhiya ini tak dinafikan mmg banyak pengalaman hidup. Peluang ini aku gunakan sebaik mungkin utk bertanya ttg situasi sebenar yang berlaku di Iraq. Byk perkara yang tidak diketahui umum dapat aku perolehi. Tapi ini bukan yang nak disampaikan dalam entry hari ini. Mungkin pd entr yg lain. InsyaAllah..

Sedang asyik bersembang..telefon bimbit dia berbunyi..panggilan dari keluarga di Iraq katanya. Aku pun mengizinkan saja permohonan dia utk menjawab panggilan tersebut. Berbicara dalam syurga (bahasa Arab), membuatkan aku cuba utk mendengar dgn teliti bait-bait serta makhraj-makhraj yg digunakan oleh dia. Sungguh indah. Tapi yang tak indahnya bila tangan beliau yang sebelah lagi seakan-akan sibuk menulis sesuatu diudara. Lepas tu mcm menunjukkan arah pulak..tak abis dengan tunjuk arah, tangan dia seperti menunjuk-nunjuk kearah something...aku kaget. Org tua ni tunjuk kat aku ker atau tunjuk kat saper? Dlm lab ni aku ngan dier jer..Hehehee..aneh-aneh.

Aku tergelak sendirian..nak gelak lebih-lebih takut disangkakan aku kurang siuman. Tapi mmg aneh ya..apakah orang diseberang (yang ditelefon) dapat melihat serta membaca segala apa yang ditunjukkan oleh tangan kiter?Hehehee...aku perhati perkara ini kerap berlaku pada ramai org. Termasuklah aku...hehehehee..kalu tak percaya, cuba perhatikan orang-orang yang sedang menggunakan telefon bimbit..nescaya tangan mereka pasti takleh duduk diam..ngeh ngeh ngeh..

Nota kaki: sori tader sebarang alat bantuan visual dapat dimuatkan dlm entry ini psl tak sempat nak amik gambar dier tgh bercakap dgn telefon..hehehehe

6 comments:

Pengiran Kudos said...

hehehehe.... jahat ko perati dia.. org biasa pun buat camtu lagikan professor... ko pepaham la...

ANjaS ASmaRa said...

hehehehee...tue lah pasal..benda ni berlaku kat suma orang..

Pengiran Kudos said...

anjas.. brg ko aku dah beli.. ko bagitau prof razak erk.. esok aku bagi

tokeh cumil said...

tu r org kata body language. memang Tuhan tu dah buat kita sume ni bila bercakap mesti otomatik akan diiringi dengan body language. walaupun kita tak nampak muka dia, org sana tak nampak muka kita tapi with the body language orang sana akan terima gak aura2 yang kita kuarkan. sebab tu ada statement "i can see her smiling just from the sound of her voice".

p/s: ko lum tengok lagi aku cakap guna handsfree sambil drive ke sambil makan ke. konpom sekali pandang org ingat mental :D ngee..

Anonymous said...

Hahahha...betul tu Jas.
Tapi, ada jugak orang yang tengah cakap telefon, lepas tu korek hidung...lepas tu, tengok 'hasil'nya, lepas tu sambung balik.

Erkk, yang ini nak kategori apa? body language jugak ker?

ANjaS ASmaRa said...

Tokeh cumil: psl statement "i can see her smiling just from the sound of her voice" tu i rasa org tu mmg angau tahap luar batasan kemampuan manusia. Kalu dah suka, tgh chatting pon bleh tau org tu senyum or tak..betul tak?hehehehe..

Dobot: Org tersebut tergolong dalam jemaah manusia yang kurang kapasiti pemikiran normal..hehehehehe..Bot, mcm pengalaman jer..?akakakakakaa