Monday, June 16, 2008

Aku anak soldadu

Aku lahir tanggal Mei tahun ketika Tun Mahathir dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke-4. Membesar pada zaman tersebut sangatlah serba serbi sederhana, maklumlah ketika itu blom lagi ada KLCC, blom lagi ader Mid-Valley, Sunway Pyramid dan sebagainya. Aku dibesarkan dalam keluarga seorang soldadu yg berpangkat Prebet. Bukan tidak bersyukur, tapi aku lebih bersyukur kerana kepayahan yang aku alami dulu banyak membentuk diri aku kini. Gaji seorang prebet ketika itu tidaklah selumayan soldadu-soldadu zaman millineum ini. Prebet kini banyak imbuhan itu dan ini. Semua hasil dari kemajuan pesat Malaysia dibawah pentadbiran pemimpin yang berwibawa.

Aku mendapat pendidikan awal di Kuching Sarawak. Ketika itu kami bermastautin di kem tentera di Kuching. Masuk darjah satu, pindah ke kem tentera di Kluang Johor sebelum menetap di kem tentera di Subang selama 10 tahun. Kehidupan sebagai anak soldadu membuatkan aku jd lebih matang, lasak menghadapi cabaran hidup dan berdisiplin. Mau taknyer..tali pinggang askar menjadi igauan ngeri bagi setiap anak soldadu. Aku percaya setiap anak soldadu zaman aku pasti ada kenangan manis bersama tali pengikat seluar tersebut. Pantang balik lambat slepas maghrib, main dlm longkang, pergi mandi sungai dan mcm2 lagi, tali tersebut sudah tersenyum lebar menanti habuannyer di muka pintu. Heheheheee..

Kini, setelah dewasa, aku masih bersyukur kerana masih terdapat sisa-sisa kenangan yang boleh aku ceritakan kepada waris-waris aku ttg kepayahan yang aku tempuhi zaman sblum akil baligh..sekurang-kurangnyer diaorg bleh mensyukuri nikmat kemewahan yang diaorg miliki kelak. Tapi aku khuatir, apakah yg bakal waris-warisku ceritakan kpd waris-waris mereka kelak?..masih adakah pengalaman mandi sungai..masih adakah pengalaman main dlm longkang..masih adakah pengalaman main guli dan sebagainya..Ntahlah..biar masa yang menentukan..

(Cerita ini tiada kaitan dengan pemilik blog ini...sekiranya ada, itu hanya mungkin satu kebetulan yang tidak dapat dielakkan..hehehehehee)

3 comments:

Anonymous said...

huhuhu....teringat zaman kanak2 dulu...zaman dok TUDM Subang...walaupun kita tak berkawan masa tu (sape yang sombong ekkk?) tapi kenangan kita tetap sama...mandi sungai/longkang..naik feri gi sekolah..main tanah liat kat tengah padang depan umah (skrg dah takde dah padang tu)..kebanyakkan kawan kita pun orang yg sama tapi kita tetap tak berkawan...huhuhu....

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

Hem....tahniah dah jadi bloggers ..harap anjas sentiasa akan up datekannya..........takut nanti naik sawang deh....adios

ANjaS ASmaRa said...

Kekekkee..tue arr bang..takut gak..memula jer hangat..pastu suram. Harapnyer taklah..hehehee