Monday, September 7, 2009

Pilih kambing

Salam pembaca budiman. Minggu lalu, penulis bermusafir ke utara tanah ratu menemani delegasi dari Jabatan Veterinar Malaysia yg berminat untuk membeli baka kambing berkualiti dari pusat pembiakan kambing ternama di Australia ini. Delegasi tersebut diwakili oleh 4 orang pegawai yg mana telah ditugaskan untuk membuat pemilihan baka kambing pejantan yang berkualiti mengikut spesifikasi yg telah ditetapkan oleh pihak jabatan. Sebanyak 416 ekor baka kambing pejantan Boer pure breed harus dipilih bagi penghantaran kali ini. Ternyata ianya bukan kerja yg mudah memandangkan saiz badan kambing jantan ini yg agak besar dan sasa berbanding kambing kampung diMalaysia. Tambahan pula dibulan Ramadhan, makanya tahap kecergasan otot-otot untuk berkerja semakin menurun. Mujur pemilik ladang tersebut turut membantu dalam proses pemilihan ini yang mengambil masa sehari suntuk.

Penulis di depan papan tanda ladang ternakan kambing Boer

Klasik lori nih

Penulis bersama pemilik dan delegasi dari Malaysia

Apakah kriteria utama dalam pemilihan kambing pejantan ini? Paling utama adalah saiz kantung telurnya. Ianya mestilah melebihi ukur lilit minimum 30cm. Tapi mujur organ baka asing ni semuanya besar-besarrrr belaka. Hehehheee..Selain itu, harus dipastikan bahawa tidak terdapat sebarang kecacatan dibahagian kaki seperti tempang, kudung dan sebagainya. Bahagian ini penting bagi menyokong proses mengawan ketika proses pemanjatan berlaku. (Bak kata org melayu, kekuda mesti kuat kalu nak bersilat..hehehe). Pilihan warna kambing juga menjadi salah satu kriteria utama. Baka kambing Boer yang tulen mempunyai warna coklat kemerahan dari bahagian kepala hingga ke bahagian pangkal leher manakala selebihnya harus berwarna putih. Sekiranya terdapat tompokan warna coklat kemerahan tersebut di bahagian lain selain yg telah dinyatakan, makanya kambing tersebut adalah hasil dari proses pengawanan kacuk berlainan baka. Bentuk tanduk juga diambil kira. Bentuk tanduk yg ideal adalah tanduk yang mengarah kebelakang dan tidak mengarah keluar. Umur kambing juga perlu diambil kira. Untuk proses pengawanan, selalunya perlu dipilih umur antara 12-18 bulan. Dan yang paling penting, perlu dilihat rekod pengawanan kambing tersebut samada proses pengawanan tersebut ada membuahkan hasil atau tidak. Hmmm..susah jugak nak pilih kambing ni. Hehhee..

Nota kaki cagu: Many thanks to En Ahmad Ridzuan (bos RF Venture) atas ihsan gambar yang dipaparkan dalam blog ni dan juga sebab belanjer bukak puasa. Hehehehee..


2 comments:

doBot said...

Anjas??? adakah anda pasti 416 ekor beor tulen? Yang datang tu Dr Yuslan kan? bukan beor jantan cross ker? kor ada tengok paper spec tu?

Hehehhe...susah pilih kan. Heheheh..sebab tu aku tolak kalau aku kena pergi select.

ANjaS ASmaRa said...

A'ah Bot, yg dtg tu Yuslan. Dier yg tengok certificate setiap ekor Boer tu. Siap ngan chip number lg. Ktaorg pilh sekor2. Tp tak tauler biler shipping tu nanti ader yg cross ker idak..hehehehee..tp owner farm tu akan dtg skali time shipping tu. Kambing Boer dari Chevrador farm.