Monday, August 31, 2009

Merdeka Tanah Air ku

Salam pembaca budiman. 31 Ogos setiap tahun pasti disambut meriah oleh segenap lapisan masyarakat diMalaysia. Tapi yang menjadi tanda tanya, apakah kemeriahan itu disambut kerana jatuhnya cuti umum pada hari tersebut ataupun disambut dengan penuh kesyukuran kerana telah 52 tahun tanah air kita merdeka? Pasti masing-masing mempunyai alasan tersendiri. Bagi mereka yang lahir pada pasca 80-an, kemungkinan semangat penghayatan kemerdekaan semakin pudar dan bundar dek dimanjakan dengan segala bentuk kemewahan pembangunan negara dikala ini. Apakah erti kemerdekaan bagi golongan ini? Apakah masih lagi menjaja alasan merdeka dari dijajah oleh penjajah? Bagaimana pula dengan bentuk penjajahan yang baru? Apakah mereka ini sedar akan kewujudannya?

Dari jauh penulis melihat, memerhati dan menafsir perilaku golongan ini. Saban hari semakin banyak berlakunya pertembungan ideologi berbeda yang lebih menjurus kepada provokasi dan bukannya menjurus kearah pembentukan sahsiah sejagat. Sampai bilakah ini harus terjadi. Inilah satu bentuk penjajahan era baru yang tidak memerlukan sebarang artileri untuk menguasainya. Tidak memerlukan segala batalion soldadu yang ada untuk menentangnya. Penjajahan minda yang tiada sesiapa pun yang boleh menghalangnya kecuali si empunya diri. Merdekakah kita dari penjajahan minda yang penuh dengan dogma-dogma kehancuran? Kehancuran untuk diri sendiri, masyarakat dan negara kita Malaysia yang tercinta? Bangkitlah wahai golongan muda. Bersatulah. Runtuhkan tembok pemisahan perkauman. Hayatilah semangat kemerdekaan ini dengan penuh keinsafan, dengan penuh kesyukuran dan dengan penuh penghayatan. Satu Malaysia, Merdeka kita! Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52! Huhuhuuu..naperlah kat sini tak cuti umum. Hehehee..

2 comments:

Anonymous said...

dogma tu menatang per? =D

ANjaS ASmaRa said...

Dogma mengikut tafsiran Kamus Pelajar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka membawa erti "Ajaran (kepercayaan/ideologi) yang tidak boleh dibantah atau dipersoalkan melainkan harus diterima sahaja".
Penggunaan ayat tersebut keatas barisan perkataan "penjajahan minda yg penuh dengan dogma kehancuran" mengikut pemahaman penulis membawa erti seseorang yg hanya mempunyai kepercayaan atau ideologi untuk memecah belahkan sesuatu jalinan persefahaman antara dua atau lebih kelompok yang berbeda.