Wednesday, September 23, 2009

Senja nan merah...

Salam pembaca budiman, hari ini segenap pelosok angkasa jujukan pantai timur dan tenggara di bumi kangaroo ini mengalami satu fenomena luar biasa. Fenomena yang mana seluruh petala langit yang dijunjung bertukar menjadi merah. Cukup menakjubkan. Terdetik dihati penulis perasaan gentar akan kekuasaan Yang Maha Esa. Sangkakan, kiamat datang menjelma. Rupa-rupanya ianya hasil dari ribut yang membawa debu-debu tanah yang halus dari kawasan barat Australia. Hehehee.. Ternyata ianya amat menakjubkan. Matahari tidak kelihatan langsung kelibat sinaran perkasanya. Cuma yang ada hanya biasan cahaya yang berwarna merah terang hasil pertembungan dengan debu-debuan tanah yang halus zahirnya.

Pemandangan dari belakang rumah

Pemandangan dari laman rumah

Pemandangan dari hadapan pintu rumah

Fenomena ini telah menyebabkan ramai mengalami masalah pernafasan disebabkan oleh pencemaran debuan ini. Ramai yang mengambil keputusan untuk bersantai sahaja dirumah bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan diri. Penulis pula, hanya menghabiskan sisa-sisa harian didalam kantor siswazah dengan melakukan apa yang termampu. Syukur, fenomena ini beransur surut menjelang petang. Moga hari esok sinar kembali ceria.

Nota kaki ayam: Gambar diatas diambil sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan.

4 comments:

idysur tagem said...

nape ek jadi merah camtu?debu dari gurun atau sebab ada kebakaran hutan time tu?

ANjaS ASmaRa said...

debu dari kawasan barat Australia yg mane tpt tu agak berpasir-kawasan semi-arid.

Abby ♥ said...

wow, mesti sakit mata ni, anyway
selamat hr raya

ANjaS ASmaRa said...

Bukan setakat sakit mata jer cik Abby, dada pun sakit asyik sedut habuk pasir jer..uhuk-uhuk..haaa, kan dah batuk tu..hehehee