Thursday, December 30, 2010

Tahniah Harimau Malaya!

Salam pembaca budiman. Pastinya kita semua sedia maklum akan kemenangan skuad bolasepak muda negara menjulang piala Suzuki AFF setelah berjaya menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2. Pasti juga malam tadi rating penonton yang menonton siaran langsung tersebut disiaran milik Kerajaan Malaysia mencecah jutaan penonton. Kedai-kedai mamak pastinya menayangkan perlawanan tersebut dipaparan skrin besar.


Barisan sebelas pemain utama skuad Harimau Malaya (dipetik dari Google Image)

Bersama piala kejohanan (dipetik dari Google Image)

Bagi mereka yang tidak mendapat menonton siaran tersebut, sudah tentu perasaan hampa terbit dari sanubari. Semangat berkobar-kobar ingin menyokong pasukan kebangsaan pastinya luput begitu saja kerana kemudahan siaran yang terhad ditanah air sahaja. Mujur setelah puas mencuba, penulis berjaya jumpa siaran langsung tersebut disiarkan melalui satu laman web yang menyiarkan siaran langsung sukan secara percuma. Walaupun setelah hampir 50 minit perlawanan berlangsung baru dapat ditonton, penulis berpuas hati dapat menyaksikan sendiri baki perlawanan tersebut. Walaupun pergerakan tersekat-sekat kerana kelajuan internet yang agakt erbatas, namun semua itu tidak menjadi penghalang buat penulis sekeluarga untuk sama-sama bersorak setelah wisel penamat ditiupkan oleh pengadil dari Australia. Alhamdulillah! Tahniah sekali lagi skuad Harimau Malaya!

No comments: