Tuesday, December 14, 2010

Protes!!!

Salam pembaca budiman. Agresif bukan tajuk kali ini? Hehehee..Semalam, penulis bermusafir dua marhalah jaraknya menuju ke pusat bandar Brisbane. Tujuan hanya satu, mendapatkan pelekat visa untuk passport milik penulis sekeluarga. Setelah hampir empat tahun menetap ditanah asing ini, baru kali ini hati terpanggil untuk mendapatkan pelekat tersebut. Bukan apa, hanya untuk memenuhkan ruangan pasport yang ada. Pejabat Imigresen cawangan Brisbane ini terletak ditengah-tengah kota metropolitan ini. Terletak di Adelaide Street, penulis perlu mengharungi Queen Street yang merupakan tumpuan utama penduduk serta pelancong yang gemar membeli-belah.

Persembahan koir

Lelaki misteri

Pandangan dekat..

Lagiii dekat..terdapat beberapa kesalahan ejaan disitu

Cuba cari lelaki misteri tersebut..

Sepanjang susur jalan ini, terdapat satu kawasan yang agak lapang yang menjadi titik perjumpaan bagi kebanyakan mereka. Kawasan ini juga terdapat satu sudut yang mana dikhaskan sebagai tempat persembahan atau pertunjukan bagi mereka yang berbakat. Disebabkan suasana perayaan Natal hampir tiba, maka semalam penulis berpeluang menyaksikan persembahan koir dari sebuah badan amal. Apa yang menarik perhatian ramai pengunjung bukanlah persembahan tersebut. Kebanyakan mata tertumpu kearah susuk tubuh misteri yang agak tinggi yang berdiri dikalangan penonton. Dengan memakai penutup muka yang dibuat daripada beg kertas, lelaki tua ini menunjukkan rasa tidak puas hati beliau terhadap pemerintah dengan gaya yang tersendiri. Menarik bukan cara beliau menyuarakan pendapatnya. Dunia-dunia...heheheee.

No comments: