Saturday, December 11, 2010

Graduation photoshoot Dr. Puan Chong Leong

Salam pembaca budiman. Hari ini penulis sekali lagi diminta oleh rakan penulis untuk menjadi jurufoto peribadi beliau bagi majlis graduasi yang berlangsung dikampus Gatton ini. Puan Chong Leong nama diberi kembali ke kampus Gatton Desa Permai untuk majlis graduasi setelah pulang ke Malaysia akhir Julai tempoh hari setelah tamat pengajian PhD beliau disini. Merupakan salah seorang tenaga akademik dari Universiti Putra Malaysia, beliau terkenal kerana kepakaran beliau dalam bidang penyelidikan raptor/burung pemangsa. Selalunya, beliaulah yang menjadi tempat rujuk kami warga Malaysia di sini sekiranya terserempak dengan unggas yang cantik dan menarik. Sekilas unggas tersebut terbang diawangan, beliau sudah boleh mengenali burung tersebut berdasarkan morphologi dan suaranya.

Dr. Puan Chong Leong


Terkenang peristiwa ketika mula berinteraksi dengan beliau secara maya. Penulis banyak mendapat informasi berguna sebagai persediaan sebelum menjejakkan kaki dikampus Gatton ini. Pertama kali bila dia memperkenalkan diri beliau sebagai 'puan', sesiapa juga pasti terpikir bahawa dia ini seorang wanita. Ditambah pula berkomunikasi tanpa suara, hanya punat kekunci dan layar komputer sebagai penyambung persaudaraan, telahan tersebut pasti terjadi pada semua orang. Penulis bertanya sekadar ingin menimbulkan kemesraan atas jalinan persahabatan yang baru tercipta 'Puan dtg dengan husband and children ker?'. Pastinya hilai tawa terjadi sebalik sana..'Anjas, saya ini lelaki. Puan is my surename. Nama saya Puan Chong Leong...hahahahaaa'. Terkesima sebentar. Kaget dengan jawapan yang diterima. Ungkapan maaf bertalu-talu diberikan sambil rasa lucu terdetik dalam hati ketika itu.

Aksi kegemaran warga Gatton..lompat!!! hahahaa

Antara rakan-rakan yang hadir

Kini semuanya tinggal kenangan. Beliau kini sudah bergelar Dr. Puan Chong Leong. Bertugas di Fakulti Perhutanan UPM, jejaka awal 30-an yang berasal dari Kepong ini sangat pemurah dengan senyuman. Tahniah Dr. Puan! Tak sabar diri ini menyusul kejayaan beliau nanti. InsyaAllah..!

p/s: Gambar yang dipaparkan merupakan pre-graduation photoshoot yang diambil sebelum beliau pulang Julai lalu. Hujan yang turun bertalu-talu menyukarkan sesi fotografi diadakan.

No comments: