Tuesday, November 30, 2010

Selamat tinggal musim bunga...

Salam pembaca budiman. Tinggal beberapa jam lagi disaat laman ini ditulis, musim bunga bakal menamatkan kitarannya. Dengan itu, musim panas dengan rasminya memulakan kitaran hayatnya selama 3 purnama lamanya. Musim panas sememangnya ditunggu oleh kebanyakan penduduk disini. Pada musim ini kebanyakan dari mereka mula merancangkan percutian bersama keluarga. Seraya mengambil kesempatan atas perayaan hari Natal yang hampir tiba, kebanyakan tempat-tempat percutian keluarga dalam negara sudah habis ditempah. Belum lagi dikira kumpulan anak -anak muda yang merancang percutian bersama rakan-rakan ke pusat peranginan keluar negara. Destinasi tumpuan utama mereka tentulah di pusat peranginan terkenal diBali. Pusat percutian ini sangatlah popular dikalangan muda-mudi ditanah kangaroo ini kerana terdapatnya pantai yang cantik dan ombak yang sesuai bagi aktiviti meluncur.

Kampus Gatton kini sunyi dari hiruk pikuk para pelajar siswazah. Hanya kelibat beberapa pelajar pascasiswazah yang kelihatan mudik kesana-kemari sekitar bangunan akademik disini. Penulis juga termasuk dalam golongan ini. Tiada ekspresi yang mampu dilontarkan tatkala mereka gembira bercuti. Hanya mampu mengetip bibir tanda iri hati. Ya, seperti kelaziman sebelum ini, tempat percutian bagi golongan pascasiswazah tentunya dalam makmal penyelidikan ataupun diruangan pejabat yang dikhaskan kepada kami. Takpe-takpe..ade ubi ade batas..habes PhD aku cuti puas-puasnye...errr, mcm tak boleh jer pasal kena terus lapor diri untuk kembali berkhidmat..aiyooo..!!

3 comments:

Syuhada said...

humm. nak tanya lah. saya sekarang dah final year, kos sains ternakan. jadi sekarang tgh berkira-kira nak sambung master ke tak. memang lah, ramai 'orang-tua' yang bg cadangan ntok saya sambung belajo.

jadi sekarang tgh pikir, nak sambung kat upm atau kat luar negara lagi bagus? sebab pada pemikiran saya, kalu nak sambung dalam negara, baik saya sambung kat upm terus, dah tentu upm is d leader of tropical agriculture. tapi walobagaimanapun, hati saya macam nak sambung kat luar negara? jadi macam mana yeh? any suggestion?

terimakasehhhh! ^^

ANjaS ASmaRa said...

Salam, pertamanya tahniah atas niat untuk sambung belajar ke peringkat yg lebih tinggi. Sebenarnya belajar diluar negara atau dalam negara sama jer, cuma kelebihan diluar negara is that kita dapat belajar cara kerja mereka ini. Dari segi kemajuan teknologi, di UPM juga ada teknologi seperti disini. Cuma mungkin kelebihan dari segi resources (kawasan ternakan yg luas dsb).

Lagi satu, masalah utama yang perlu diambil kira is regarding financial issue. Umumnya, tuition fees utk pelajar international adalah sangat2 mahal berbanding dengan pelajar tempatan. Jika ada scholarship, mungkin tiada masalah. Mungkin boleh cuba apply scholarship dari universiti-universiti yg Adott minat utk enroll.

Harap informasi yg diberikan sedikit sebanyak dapat membantu Adott buat keputusan. Wassalam.

Syuhada said...

okeyh! thanx a zillion! lepas ni nak mintak pendapat lecturer2 pulak. :)