Wednesday, March 18, 2009

Seminggu yg berlalu


Destinasi penginapan beliau adalah di Hotel Nexus Karambunai. Nampaknya, penulis berasa agak senang buat sementara waktu kerana beliau bercuti sehingga hujung bulan ini. Hehehehee..no pressure biler buat kejer. Walaupun dia tak pernah memaksa pelajar-pelajar dibawah seliaannya untuk meet any dateline, tp sebagai pelajar, penulis berasa agak segan untuk bersenang lenang ketika waktu bekerja. Atas dasar hormat, semua kerja perlu disiapkan dengan kadar yang segera. Syukur kehadrat Ilahi kerana kedua-dua penyelia penulis merupakan mereka yang sungguh komited dengan kerja mereka.
Model jemputan 
Jalinan neon motokar
Eye of Brisbane..

Nepalese temple at South Bank

Panorama kota metropolitan Brisbane diwaktu malam

Model-model jemputan (student UQ dari Malaysia)
Model comel..hehehe

Ahad lalu, penulis menghadiri satu kursus fotografi anjuran EddiePhotovideo (www.eddie-photovideo.com) disini. Kursus selama satu hari tersebut banyak membantu penulis untuk meningkatkan lagi teknik-teknik fotografi yang sebelum ini kurang difahami. Bagi penulis, kelas yang diajar oleh Abg Eddie memang sangat-sangat berbaloi. Hasilnya dapat dilihat melalui beberapa keping foto disini. Terima kasih daun keladi abg Eddie, kalau senang, dtglah lagi ke tanah ratu ini. 

1 comment:

Mike Phillip said...

wah Dr. saya suka pemandangan dan reflection tu. model tu pun boleh tahan :)