Tuesday, March 10, 2009

Malaysian Student Gathering 2009

Salam pembaca budiman. Sabtu lalu, penulis memenuhi jemputan dari PPMQ (Persatuan Pelajar Melayu Queensland) bagi memeriahkan perhimpunan pelajar-pelajar Malaysia di tanah ratu ini (mostly area South East Queensland). Aktiviti ini diadakan bagi menyambut ketibaan pelajar baru serta memperkenalkan persatuan-persatuan yg berdaftar dengan Malaysian Student Department (MSD-Australia) disini. Antara persatuan yg turut sama menjayakan aktiviti ini ialah MASCA (entah aper nama penuh persatuan ni), MSA-UQ (Malaysia Student Association-Univ. of Qld), MSA-QUT (Qld Univ of Technology), MSA-BU (Bond Uni), Kelab UMNO dan ader 2-3 kelab lagi yg penulis terlupa akan namanya.
Antara pelajar-pelajar undergrad yang baru dan lama

Anak saperlah comel ni..hehehee

Kelompok kaum ibu pon ader..hehhehe

Kaunter PPMQ sibuk menerima pendaftaran ahli-ahli baru

Aktiviti sebegini sememangnya ditunggu-tunggu oleh penulis. Bukan ape, selain dapat beramah mesra, kantung perut penulis pasti terisi dengan juadah-juadah yg sememangnya menyelerakan. Kepada pelajar-pelajar undergrad mahupon postgrad yag baru tiba ditanah ratu ini, selamat datang diucapkan. Semoga ukhuwah yg baru terbina dapat mengukuhkan perpaduan dan sikap saling bantu membantu antara kita semua. InsyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

xpuas ati tul tgk anak ko nyah...apsal gomok+tomey+cam ank cinosss??kenan sape nih nyah?haha