Sunday, March 1, 2009

Last day of Summer

Salam pembaca budiman. Semalam secara rasminya berakhirlah musim panas ditanah kangaroo ini. Hari ini, musim luruh pula tiba setelah beberapa purnama ia menghilangkan diri. Musim luruh disini bagi penulis tidaklah sehebat musim luruh dikawasan-kawasan yang beriklim agak dingin di selatan negara ini.
Daun maple yg keperangan menanti waktu untuk gugur ke bumi

Lagi daun maple

Tiada banyak perubahan yang mampu dilihat. Hanya beberapa pohonan maple yang sukar dilihat dikawasan kota Brisbane ini yang menjadi penanda bermulanya musim luruh apabila hijauan dedaunan beralih warna ke perang-perangan. Suhu yang agak panas sebelum ini mula beransur surut seraya memberi laluan kepada musim sejuk yang bakal menjelma Julai nanti. Dihati penulis amat berharap agar luruhnya dedaunan ini meruntun segala permasalahan serta segala persengketaan antara manusia hendaknya. Aminnn...

Nota kaki cagu: Semua alat bantu lihat diatas adalah dari koleksi penulis pada musim luruh yang lalu yang diambil dikawasan tanah tinggi Toowoomba, Qld.

No comments: