Saturday, July 4, 2009

2 tahun di tanah asing

Salam pembaca budiman, tanggal 1 Julai lalu genaplah 24 purnama kaki menginjak ditanah asing. Satu kawasan yang memberikan sejuta harapan dan impian kepada mereka yang mengimpikan gelaran pendita. Tanah asing ini juga telah mengajar erti kehidupan penuh kesederhanaan dan keperitan dalam mengejar cita-cita. Sungguh pantas masa berlalu. Banyak perubahan yang berlaku disekeliling penulis dalam waktu tersebut. Dalam tempoh 24 purnama ini jugalah penulis menerima amanah dari Ilahi untuk menjaga, mendidik untuk mentaati perintah-Nya supaya menjadi khalifah yang berguna buat sekalian ciptaan-Nya. Bak lagu kumpulan Ratu-Berdua Lebih Baik, tapi bagi penulis 'Bertiga lagiiiii baiikk!'..hehehe..lepas ni mungkin berempat, berlima ..err, sampai tu jer kot..hehehee..

Anyway, dikesempatan ini penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada sahabat penulis ditanah asing ini yang telah menganggap penulis ini menjadi sebahagian daripada keluarga mereka. Segala bantuan dan pertolongan dikala mula menjejakkkan kaki ditanah asing ini sangat-sangatlah dihargai. Kini giliran penulis pula untuk membantu mereka-mereka yang bakal tiba setakat mana yang termampu. InsyaAllah, mohon yang terbaik hendaknya.

Many thanks to AL Ahmad, Hezmee, Yaser n Amelia, Effa, Jem, Mai, Azlan n Zue, Shidah, Abg Aris n Kak Nor, Sham dan Puan..Jasa kalian dikenang..Susah-susah jer..hehehee

1 comment:

ellyWong said...

itu laa kan.. so fast indeed. kiteorg dah genap 3 tahun. :D

first impression of tabib haiwan is - tak sangka ada yg lebih hebat betul dari amy. perlu tido tepat pada waktu nyer. amy setakat soo susah to stay up ajer. :P