Monday, April 13, 2009

Easter Holiday

Salam pembaca budiman. Jumaat lepas sehingga hari ini (Isnin) 13 April 2009 merupakan cuti umum yang agak panjang bagi penduduk di tanah kangaroo ini. Ditambah pula dengan cuti sekolah serta cuti pertengahan semester bagi pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi membuatkan lebuhraya keluar dari pusat bandar menjadi agak sesak. Ramai yang mengambil peluang cuti ini untuk pulang bercuti ke kampung dan tidak kurang juga yang mengambil peluang ini untuk bercuti ditempat-tempat peranginan bersama keluarga. Bagi kebanyakan pelajar Malaysia undergrad yang masih bujang, cuti pertengahan semester ini digunapakai sebaik mungkin dengan bercuti ke ibukota lain selain Brisbane seperti Melbourne dan Sydney. Ada juga diantara mereka yang sanggup menyewa kereta memandu bersama-sama teman menuju ke Sydney hanya kerana ingin menikmati keindahan panorama yang menarik sepanjang perjalanan. 

Bagi penulis pula, cuti umum kali ini tidak dapat digunapakai dengan sebaik-baiknya kerana segala perancangan terganggu dek cuaca hujan sepanjang hari. Segala aktiviti outdoor terpaksa diganti dengan aktiviti indoor. Lokasi aktiviti tersebut, tidak lain tidak bukan, pusat membeli belah yang menawarkan diskaun yang sungguh mengasyikkan..nyum nyum.. Hasilnyer, penulis dalam keadaan separa sedar telah membeli 4 utas jam berjenama Fossil..giler ah..Menyesal dahulu tiada sesalnye..err, sebenarnyer  tak menyesal pon psl jam tu buy second pair get 50% off..hehehee..

4 comments:

idysur tagem said...

nak satu~

doBot said...

Wehh.....aktiviti indoor bukan dok ngan bini ker? hujan nie bangg....

ANjaS ASmaRa said...

Aktiviti tu tak perlu tunggu hari hujan Bot. Sepanjang musim boleh, winter,autumn, spring or summer..akakakakaaaa

feeza_nwa said...

pakcik, nak satu jam fossil tu..