Monday, February 2, 2009

Seminggu yang luar biasa...

Salam pembaca budiman. Agak keterlaluan bukan tajuk blog kali ini. Ya, seminggu yang lalu membawa kepada peristiwa luar biasa yang berlaku disini. Cuaca adalah salah satu fenomena yang pada hemat penulis adalah luar biasa. Disini, negara yang dilitupi lebih kurang 60% lapangan tanah yang gersang menerima limpahan mentari yang agak panas. Syukur hanya selatan tanah ini yang menerima akibatnya. Kawasan yang paling teruk adalah di Adelaide dan Melbourne. 

Pernah satu hari diminggu itu, suhu mencecah 43 darjah celcius. Satu takat yang agak tinggi sehinggakan besi waja yang menjadi penyambung landasan keretapi bengkok jadinya. Natijahnya, sebuah keretapi yang sarat dengan muatan kontena telah tersasar dari landasan menyebabkan kerugian yang amat besar. Ketika ini juga ramai warga kota setempat menghabiskan waktu seharian dengan mengunjungi pusat renang yang terdapat disekitarnya dan ada juga yang menghabiskan waktu bermandi-manda di pantai. Selain itu, suhu tinggi ini juga telah sedikit sebanyak mengganggu kelancaran Kejuaran Tenis Terbuka Australia yang diadakan di Melbourne. Ramai pemain bertaraf dunia mengeluh dan ada juga yang terpaksa menarik diri akibat dari fenomena ini.

Makcik-makcik yang sanggup berpanas semata-mata dapat menonton perlawanan tenis terbuka Australia (gambar dari AP Photo/Rick Stevens)

Suhu yang tinggi  juga telah menyebabkan penjana elektrik terpaksa melipatgandakan produksinya bagi memenuhi permintaan penghawa dingin yang dipasang tanpa henti. Hasilnya, beberapa kawasan yang berkepadatan tinggi mengalami gangguan bekalan elektrik dan terpaksa bergelap semalaman akibat kerosakan penjana elektrik yang tidak lagi mampu menampung pengeluaran arus elektrik yang dikehendaki. 

Fenomena luar biasa ini telah meragut lebih kurang 62 nyawa manusia. Kebanyakan dari mereka merupakan golongan berusia emas serta mereka yang mempunyai penyakit kronik yang tidak mempunyai daya tahan menahan tekanan haba yang tinggi (heat stress). Seperti boleh diibaratkan 'sudah jatuh ditimpa tangga', kawasan selatan ini (Victoria) menerima satu lagi malapetaka yang dasyat apabila kebanyakan kawasan hutannya terbakar dek suhu yang kering.


Pakcik bomba melepaskan penat setelah abis kudrat dikerah untuk mengawal kebakaran hutan (gambar petikan dari ABC Tv)

Penulis pun tak melepaskan peluang bermain air walaupun suhu tak sepanas mana..hehehehe

Ironinya (pinjam ayat favorite Bluehikari..hehehe), tempat dimana penulis berada tidak sedikitpun menerima bahang mentari yang sedemikian rupa. Di tanah ratu ini (Queensland), suhu agak muram yang mana hari yang berlalu banyak dihabiskan dengan melakukan aktiviti indoor dek hujan yang membasahi bumi. Nun jauh diutara, lain pula jadinya. Utara Queensland dilanda bah yang agak besar. Memutuskan hubungan kawasan terlibat dengan kawasan sekitarnya. Syukur kehadrat Ilahi kerana kawasan penulis bersemayam bebas dari malapetaka yang menimpa. Mohon dijauhkan segala musibah hendaknya. Amin!

2 comments:

Anonymous said...

Jas, amacam sekarang? Sib baik kor kat sana tak kena panas, kalau tak. Tak tahu la. Baby sihat?

ANjaS ASmaRa said...

Thanks bot..aku sihat alhamdulillah. Baby pon sihat. Nasib baiklah tak panas kat sini...kalu tak jadi ikan kering aku..dahler kering..hehehee