Saturday, February 21, 2009

Buaya

Salam pembaca budiman. Mohon maaf kerana lama sudah jari keding ni tak menyentuh punat komputer. Bukan apa, sengaja mahu melihat samada masih adakah mata yang sudi melihat serta membaca. Sangkaan penulis tepat, masih ada lagi mereka yg masih dahagakan karya penulis yg tak seberapa ni melalui komen-komen dari laman sembang kedai kopi milik blog ni (eleh..sebenarnyer malas..kekekeke). Apepun, terima kasih kerana sudi terus membaca. Ikhlasnya, penulis merasakan kengkangan waktu yg semakin menghimpit aktiviti penulisan penulis. Skg ni pun penulis masih di makmal penyelidikan walaupun sepatutnya hari hujung minggu ini penulis perlu menghabiskan masa bersama mereka-mereka yg cukup rapat dengan penulis. Tapi apakan daya, keinginan untuk mengecapi kejayaan memaksa sebahagian masa terluang perlu dikorbankan.

Anyway, berbalik kepada tajuk diatas. Buaya? Ya, buaya. Sekiranya pembaca ada membaca tulisan penulis yg sebelum ini, bahagian utara Tanah Ratu ini dilanda bah yang agak besar manakala bahagian selatan tanah kangaroo pula dilanda cuaca panas yang ekstrim serta malapetaka kebakaran hutan yang mengorbankan ramai nyawa dikalangan penduduk setempat. Di utara Tanah Ratu yang mana berlakunya bah yang besar telah menggemparkan seluruh penduduk disini apabila buaya-buaya dari sungai yang berhampiran berkeliaran dikawasan penempatan. Terdapat satu insiden yang mana buaya ini telah membaham seorang budak lelaki 5 tahun. Gerakan mencari mangsa ternyata tidak berhasil dan pihak berkuasa mengumumkan kematian budak tersebut. Bagi mendapatkan kepastian, gerakan mencari buaya yg dikatakan membaham budak tersebut pula dijalankan. Setelah beberapa hari mencari, akhirnya buaya tersebut telah dikenalpasti dan ditangkap oleh pihak yg berwajib (kalu Steve Irwin still ada, mesti dia join gerakan mencari ni..rasanyelah..hehehee).

Yang menarik perhatian penulis adalah, sifat sayangkan kepada binatang warga tanah kangaroo ini sgt-sgtlah dikagumi. Keluarga mangsa memohon agar pihak berkuasa tidak mengapa-apakan buaya tersebut dan membiarkan ia kembali ke habitat asalnya. Kagum. Kalau kita rakyat Malaysia, nescaya buaya tersebut dah jadi arwah dek penangan kemarahan mereka yang menerima musibah. Alangkah bagusnya jika sifat sayangkan binatang yg tak berbelah bagi ini diaplikasikan kepada nyawa manusia. Nescaya, tiada nyawa-nyawa yg tidak berdosa menjadi korban di Afghanistan, Iraq mahupun Palestin.

4 comments:

Joyah Sempoi said...

memang pun...duduk kat tmpt orang, dapat tengok realiti kehidupan orang lain...dan kekadang terpegun dengan attitude sesetengah orang yg kita sangkakan 'very bad;..in fact, diorang nie much better than msian...bukan mengutuk msia tp ambiklah teladan drpd yang baik..susah sangat ke??..kita pikirlah sendiri...

Anonymous said...

kalau 'buaya darat' bagaimana pula doc? bagaimana nak kembalikan ia ke 'habitat asal' x)

ANjaS ASmaRa said...

Buaya darat tu bagi cucuk ubat anjing gila sket..baru dier balik ke sungai...akakakaaa

Anonymous said...

akakakakaaaa..lawak la doc,erk!