Tuesday, October 12, 2010

Bah ditanah tandus

Salam pembaca budiman. Agak lama Tanah Ratu dibumi kangaroo ini tidak bermandikan hujan. Semalam merupakan pesta bagi kebanyakan petani disini. Hujan turun dengan maha lebatnya. Dari terbit mentari hingga dinihari. Empangan terpaksa dibuka bagi mengelakkan air melimpahi kawasan-kawasan sekitar. Menariknya, ramai penduduk disini berpusu-pusu menuju ke empangan tersebut semata-mata ingin melihat proses pengaliran keluar air walaupun tika itu langit masih lagi bermurah hati menjirus isi kandungannya. Natijahnya, banyak kawasan yang berketinggian rendah dinaiki air.

Banyak juga jalan-jalan raya terputus akibat cuaca kali ini. Mujur kawasan Gatton Desa Permai agak tinggi kawasannya. Ramalan mengatakan cuaca seperti semalam bakal berterusan hingga hujung minggu ini. Nampak gayanya, tak terusiklah ampaian baju diluar rumah sekiranya ini berlaku. Mujur terdapat kedai dobi layan diri berdekatan dengan teratak penulis. Dapatlah pakaian yang lembab dikeringkan dengan menggunakan mesin dryer di kedai dobi tersebut.

No comments: