Seorang makhluk tuhan yang dicipta untuk berbakti pada segala jenis mamalia serta segala ciptaan-Nya
Wednesday, February 25, 2009
UQ-Market Day
Saturday, February 21, 2009
Buaya
Anyway, berbalik kepada tajuk diatas. Buaya? Ya, buaya. Sekiranya pembaca ada membaca tulisan penulis yg sebelum ini, bahagian utara Tanah Ratu ini dilanda bah yang agak besar manakala bahagian selatan tanah kangaroo pula dilanda cuaca panas yang ekstrim serta malapetaka kebakaran hutan yang mengorbankan ramai nyawa dikalangan penduduk setempat. Di utara Tanah Ratu yang mana berlakunya bah yang besar telah menggemparkan seluruh penduduk disini apabila buaya-buaya dari sungai yang berhampiran berkeliaran dikawasan penempatan. Terdapat satu insiden yang mana buaya ini telah membaham seorang budak lelaki 5 tahun. Gerakan mencari mangsa ternyata tidak berhasil dan pihak berkuasa mengumumkan kematian budak tersebut. Bagi mendapatkan kepastian, gerakan mencari buaya yg dikatakan membaham budak tersebut pula dijalankan. Setelah beberapa hari mencari, akhirnya buaya tersebut telah dikenalpasti dan ditangkap oleh pihak yg berwajib (kalu Steve Irwin still ada, mesti dia join gerakan mencari ni..rasanyelah..hehehee).
Yang menarik perhatian penulis adalah, sifat sayangkan kepada binatang warga tanah kangaroo ini sgt-sgtlah dikagumi. Keluarga mangsa memohon agar pihak berkuasa tidak mengapa-apakan buaya tersebut dan membiarkan ia kembali ke habitat asalnya. Kagum. Kalau kita rakyat Malaysia, nescaya buaya tersebut dah jadi arwah dek penangan kemarahan mereka yang menerima musibah. Alangkah bagusnya jika sifat sayangkan binatang yg tak berbelah bagi ini diaplikasikan kepada nyawa manusia. Nescaya, tiada nyawa-nyawa yg tidak berdosa menjadi korban di Afghanistan, Iraq mahupun Palestin.
Monday, February 2, 2009
Seminggu yang luar biasa...
Sunday, February 1, 2009
Bon Voyage Ija-Kamal
Tuesday, January 27, 2009
Aktiviti cuti umum-Australia Day
Saturday, January 24, 2009
Long Weekend
Records of the celebration of Australia Day date back to 1808, with Governor Lachlan Macquarie having held the first official celebration of Australia Day in 1818. In 2004, an estimated 7.5 million people attended Australia Day celebrations and functions across the country.
Australia Day is often seen as controversial by historians of English humanity. Alongside proposals to change the date of Australia Day, there has been significant protests from the Indigenous Australiancommunity. Many Indigenous Australians see Australia Day as a celebration of the destruction of Indigenous culture by British colonialism. Since 1988, "Invasion Day" protests have been held supporting this view.
Bagi kita rakyat Malaysia, 26hb ini juga bakal disambut dengan penuh kemeriahan dan semangat muhibbah. Sambutan Tahun Baru Cina kali ini diharap dapat mengembalikan sifat hormat-menghormati serta kesepaduan antara kaum yang telah sekian lama dibina. Kepada semua rakan-rakan serta pembaca yang berbangsa Tiong Hua..penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina dan kepada yang lain, selamat beristirehat dan pandu dengan selamat kepada mereka yang bercadang pulang ke desa melawat kaum keluarga dan sanak saudara. Penulis? Huhuuhuuu..kena analyse data psl nak kena present ngan reasearch advisors next week..huuuaaaaaaggghh...!!!
Tuesday, January 20, 2009
Isu semasa
Baiklah, bukan suara sumbang tersebut menjadi topik blog penulis kali ini. Tapi suara-suara rakyat, insan yang bergelar manusia..yang begitu prihatin dengan isu-isu terkini yang menghiasi dada koran. Dimana-mana saja kedengaran mereka memperkatakan tentang bentuk penjajahan baru. Penjajahan atas nama keadilan. Keadilan yang diagung-agungkan, dibangga-banggakan dengan mengubah kota batu menjadi lapangan perkuburan yang maha dasyat. Itulah keadilan bagi tafsiran mereka.
Dunia seakan tersentak seketika, seakan terganggu dari tidurnya apabila potrait-potrait anak kecil yg belum mumayyiz, yang terkorban dalam penjajahan tersebut menjadi paparan utama didada koran. Namun, apakah yang mampu dilakukan oleh kita? Bagi mereka yang bersekongkol, ianya umpama hiburan dimata. Tapi bagi mereka yang serba kekurangan kudratnya, hanya mampu berdoa agar Yang Maha Kuasa mengurniakan dzat-dzatNya kepada para mujahidin agar dapat dinyahkan kezaliman yahudi dari muka bumi ini. Amin!