Tuesday, January 20, 2009

Isu semasa

Salam pembaca budiman. Agak lama penulis tidak menggerakkan jari jemari kering ini untuk menekan punat-punat komputer. Hendak disenarai dalil-dalilnya, namun khuatir disalah tafsir oleh pembaca (eleh..kalu malas cakap je lah malas..hehehe-contoh satu suara sumbang dari ibupejabat JPV Melaka). Suara sumbang ni jugak telah berjaya menggerakkan hati penulis untuk menulis setelah berbakul-bakul cacian diterima oleh suara sumbang ni - contohnye, baik ko update blog ko anjas, kalu tak aku bakar blog ko ni.Hehehee.

Baiklah, bukan suara sumbang tersebut menjadi topik blog penulis kali ini. Tapi suara-suara rakyat, insan yang bergelar manusia..yang begitu prihatin dengan isu-isu terkini yang menghiasi dada koran. Dimana-mana saja kedengaran mereka memperkatakan tentang bentuk penjajahan baru. Penjajahan atas nama keadilan. Keadilan yang diagung-agungkan, dibangga-banggakan dengan mengubah kota batu menjadi lapangan perkuburan yang maha dasyat. Itulah keadilan bagi tafsiran mereka.

Dunia seakan tersentak seketika, seakan terganggu dari tidurnya apabila potrait-potrait anak kecil yg belum mumayyiz, yang terkorban dalam penjajahan tersebut menjadi paparan utama didada koran. Namun, apakah yang mampu dilakukan oleh kita? Bagi mereka yang bersekongkol, ianya umpama hiburan dimata. Tapi bagi mereka yang serba kekurangan kudratnya, hanya mampu berdoa agar Yang Maha Kuasa mengurniakan dzat-dzatNya kepada para mujahidin agar dapat dinyahkan kezaliman yahudi dari muka bumi ini. Amin!

2 comments:

Anonymous said...

sape kwn ko yg keje kt jpv melaka tu?bagus tul dia tu...tu slh satu cnth moral support dia bg kat ko spye ko rajin update blog ko nih..heheheee

ANjaS ASmaRa said...

Ntahlah aku pon tak kenal sangat kawan aku yg kejer kat jpv melaka tu..hehehehe..kenal dier pon psl dier mintak tukar duit syiling nak masuk jamban kat supermarket Ocean Klang...akakakakakaa