Salam pembaca budiman. Malam semalam kawasan penempatan sekitar pekan Gatton dikunjungi kumpulan sukarelawan yang terdiri dari pelbagai peringkat umur. Tujuan mereka hanya satu, iaitu untuk menghiburkan penduduk-penduduk sekitar pekan Gatton dengan irama klasik Hari Natal. Menariknya, kumpulan mirip mini orkestra ini bergerak secara berkumpulan dengan menaiki sebuah lori yang tak berbumbung. Hampir setiap jalan atau lorong disekitar pekan ini menjadi hentian mereka.
Usai mendendangkan dua tiga buah lagu, mereka bergerak ke lokasi lain pula. Aktiviti ini dianjurkan oleh mereka hampir setiap tahun tatkala tibanya Hari Natal. Terkenang penulis kiranya ditanah air setiap kali Aidilfitri menjelma tiba, boleh dikatakan penduduk dikebanyakan desa mengunjungi rumah kerumah untuk bertakbir memuji Ilahi tanda kesyukuran menyambut Syawal tiba.
No comments:
Post a Comment