Salam pembaca budiman...Tak ada apa sebenarnya, cuma ingin berkongsi rasa gembira dihati. Gembira pasal apa? pasal pokok cili yang ditanam makin membesar. Hehehehee...Di Tanah Kangaroo ini, harga sekilo cili seringkali mencecah hampir AUD20. Tidak lengkap rasanya kiranya sajian utama tidak mengandungi cili. Penulis memang suka makanan yang pedas-pedas. Kalau ditanah air, sajian tengahari mahupun malam, sekiranya juadah tidak ditemani sambal belacan nescaya tempo suapan menjadi agak perlahan.
Penulis mula tanam pokok cili ini dipertengahan musim sejuk yang lalu. Hampir putus asa bila melihat pokok cili tersebut hanya setinggi jari telunjuk sahaja walaupun sudah hampir 2 bulan tumbuhnya. Helaian daun pula boleh dikira dengan jari. Paling banyak 4 helai saja. Puas memikirkan apa masalahnya. Setelah bertanya kepada mereka yang arif, rupa-rupanya musim dingin bukanlah waktu yang sesuai untuk menanam biji benih bagi kebanyakan tumbuhan. Keadaan tanah yang sejuk mungkin menyukarkan proses tumbesaran pokok cili ini berlaku.
Segalanya berubah bila tiba musim bunga. Pokok cili semakin meninggi dan mula mengeluarkan tunas bunga. Semangat sikit nak gembur-gembur tanah segala bagai. Harap-harap lebatlah cili yang keluar kelak..kiranya sebaliknya berlaku, tak dapeklah nak nolong...hahahahaa.
No comments:
Post a Comment