Salam pembaca budiman. 18 Oktober 2009 yakni hari ini, maka genaplah usia puteri sulung penulis selama setahun. Setelah dua belas purnama menghirup udara dibumi tuhan ini, menginjak dengan langit yang sama dan bertapak dengan hamparan tanah yang serupa dengan penulis, hari ini tibalah majlis sambutan harijadi yang ditunggu-tunggu. Majlis Rumah Terbuka turut diadakan bersama memandangkan hari ini jatuhnya dipenghujung bulan Syawal. Sangat meriah dengan kehadiran rakan-rakan setempat di Gatton dan juga rakan-rakan dari kota metropolitan yang sanggup bermusafir dua marhalah jauhnya ke teratak penulis nun jauh di desa yang menghijau.
Qaisara dengan hadiah harijadi
Princess Castle
Tak tau nak main yg mana dulu..hehehee
Jalan-jalan dilaman rumah
Kek harijadi..sadisnya kek kat sini diaorg tak tulis nama..huhuhu
Ratu bijaksana (Qaisara Batrisya) mungkin belum mengerti kenapa dan mengapa begitu ramainya tetamu dirumah pada hari ini. Tetapi apa yang pasti senyuman Qaisara jelas kelihatan tatkala melihat pelbagai hadiah berupa beraneka permainan yang dibawa oleh para tetamu ke majlis harijadi Qaisara hari ini. Penulis sebagai bapa turut gembira seraya berfikir dalam benak hati-"jimat duit aku beli hadiah utk anak aku...akakakakkaa"-kodokut punya bapak! heheheee..
3 comments:
Selamat hari jadi Qaisara. Dan selamat dah setahun jadi bapak Jas. Dan, selamat setahun jadi Ibu, Linda.
Dan...bila nak tambah lagi? Hehehh
Thanks Dobot. Tambah lagi? Hehehhee..tunggguuuuuuuu!!!!! Hehehheee
qaisara cyg...selamat arijadi!!!besar dah die...hehe...bapaknye bile lak nak membesar nih?wakkaka
nyah, mak ada blog gak...ni mak nak wat paksaan kat ko, ko rela ke xrela, ko kena letak gak link blog mak kat blog ko..cam ko pkasa aku baca blog aku dulu..hahhahaa
aku siap dah link blog ko kat blog aku tau..walaupun aku tau bape kerat je yg baca blog aku..haha..sbb aku xpublish pada public..
ni add blog mak.. http://zuecomelz.blogspot.com
baca nyah!!!!!!!!!!!!
hahHAHA
Post a Comment