Salam pembaca budiman. Apa khabar semuanya? Seminggu yang berlalu, penulis merasakan hari-hari yang berlalu sungguh pantas sekali. Ketika ini, kedua-dua penyelia penyelidikan penulis tidak berada ditanah ratu ini. Seorang berada di Tunisia menghadiri persidangan antarabangsa, manakala seorang lagi telah termakan hasutan penulis utk pergi bercuti ke Malaysia. Hehehehe..destinasi pertama pilihan Dr. Andre' membawa keluarga bercuti adalah ke Vietnam. Tetapi setelah penulis memberikan info-info menarik mengenai Malaysia, beliau terus mengubah haluan destinasi tersebut untuk melancong ke Sabah.
Destinasi penginapan beliau adalah di Hotel Nexus Karambunai. Nampaknya, penulis berasa agak senang buat sementara waktu kerana beliau bercuti sehingga hujung bulan ini. Hehehehee..no pressure biler buat kejer. Walaupun dia tak pernah memaksa pelajar-pelajar dibawah seliaannya untuk meet any dateline, tp sebagai pelajar, penulis berasa agak segan untuk bersenang lenang ketika waktu bekerja. Atas dasar hormat, semua kerja perlu disiapkan dengan kadar yang segera. Syukur kehadrat Ilahi kerana kedua-dua penyelia penulis merupakan mereka yang sungguh komited dengan kerja mereka.
Model jemputan
Jalinan neon motokar
Eye of Brisbane..
Nepalese temple at South Bank
Panorama kota metropolitan Brisbane diwaktu malam
Model-model jemputan (student UQ dari Malaysia)
Model comel..hehehe
Ahad lalu, penulis menghadiri satu kursus fotografi anjuran EddiePhotovideo (www.eddie-photovideo.com) disini. Kursus selama satu hari tersebut banyak membantu penulis untuk meningkatkan lagi teknik-teknik fotografi yang sebelum ini kurang difahami. Bagi penulis, kelas yang diajar oleh Abg Eddie memang sangat-sangat berbaloi. Hasilnya dapat dilihat melalui beberapa keping foto disini. Terima kasih daun keladi abg Eddie, kalau senang, dtglah lagi ke tanah ratu ini.
1 comment:
wah Dr. saya suka pemandangan dan reflection tu. model tu pun boleh tahan :)
Post a Comment