Salam pembaca budiman. Semalam penulis menerima kunjungan dari sahabat baik yang datang menghabiskan cuti hari natal dan cuti tahun baru bersama-sama penulis dibumi kangaroo ni. Percutian yang sudah dirancangkan agak lama akhirnya menjadi kenyataan juga. Tiba dengan menaiki pesawat tambang murah AirAsia-X memang menyeronokan. Peluang untuk bercuti menimba pengalaman di tanah asing tidak disia-siakan oleh sahabat penulis tatkala syarikat ini mempromosikan tiket tambang pergi-balik yang mampu dibeli oleh kebanyakan orang.
Awang depan mercu UQ
Depan Forgan Smith building
Depan Great Court
Movie World entrance
Brisbane dihujung jari..hehehe
Hari pertama, belum pun hilang penat 9 jam dalam pesawat, penulis telah membawa rakan penulis bersiar-siar melawat kampus pengajian penulis dan melihat kota Brisbane dari puncak gunung disini. Kepenatan hilang apabila rakan penulis sungguh seronok beraksi dihadapan lensa penulis. Apapun, very happy to have you here my friend!
1 comment:
Salam Anjas,
Mungkin den orang yang terlambat nak wish tahniah atas kelahiran kaisarah.
Den sebenarnya baru berjinak-jinak dengan rss nie.
Dan blog nko dah mula den subscribe pada entri golfing hang.
Sedihkan? baru reti nak pakai rss.
Semoga sukses di sana.
Tahniah
Post a Comment