Salam kpd pembaca budiman. Alhamdulillah, sudah 5 hari kita melewati ramadhan. Syawal tahun ini tentunya disambut dengan gembira oleh semua. Aku juga tak ketinggalan. Walaupon pd mulanya agak kaget apabila mendapat tau terpaksa menyambutnya dlm makmal, namun berkat semangat raya yg tinggi, segala urusan dapat dipermudahkan atas kehendak-Nya. Anyway, pd Syawal ke-2, aku menerima jemputan dari supervisor (sv) aku Dr. Rafat Al-Jassim yg mana seorang muslim berfahaman syiah yg berasal dari Iraq utk sama-sama menghadiri satu gathering kecil-kecilan bersama keluarga dan sanak saudara beliau.
Turut dijemput, seorang lagi teman se'makmal' aku Cemil Kurecki yg berasal dari Turki. Aktiviti ketika itu seperti biasa, menjamu selera sambil bertukar-tukar juadah. Di sini, aku dapat mengenali sv aku dengan lebih rapat lagi. Psl selalunya bila diUni, dia agak sibuk melayan kerenah pelajar-pelajar undergraduate. Banyak perkara yg kami bualkan, dari perihal keluarga hinggalah perihal yg membabitkan penyelidikan aku dan Cemil. Lepas abis makan, kitaorg beriadah dgn bermain bola sepak. Aper punya kudrat sv aku ni ada, org lain termasuk aku perut dah penuh..nak bergerak pon malas, tapi dia masih semangat. Hebat-hebat. Aku? Kalu aku tau, kena main bola lepas makan, sumpah aku tak melahap bermati-matian sebelum tu. Hehehehee..Apapun, it was a very enjoyable moment for me. It was really fun!
4 comments:
Jas??? apasal kor tak pakai baju melayu complete set. Sure kaget supervisor kor tu nanti. Mengalahkan tuan rumah. Hehehhe
Aku dah pakai hari semalamnyer...tak sempat basuh lagi..Kalu tak mmg aku nak pakai siap sampin lagi..ngeh ngeh ngeh..
anjas main bola!!!!!!!! oh tidakkkkkkkkk!!!
cantiknya gambar raya kat bwh tuh, yg ader pokok berbunga pepel tuh. mesti sonok beraya di luar negara yer. hehe. selamat hari raya yer, mohon ampun maaf andai terkasar bahasa, maklum la x biasa. hehe
Post a Comment