Monday, June 30, 2008

World Poultry Congress 2008

Hari ini aku menerima tetamu dari Malaysia. Tetamu yang sememangnya aku hormati ketika bergelar mahasiswa di salah satu universiti penyelidikan terkemuka di Malaysia. Tetamu yg aku sgt kagumi dari aspek kegigihan mereka menghasilkan pelbagai penyelidikan bermutu dalam disiplin mereka. Aku pernah menjadi antara ribuan pelajar mereka. Meraih sebanyak mungkin ilmu yang dicurahkan oleh mereka.

Kini, aku merupakan salah seorang ahli dalam organisasi mereka, juga merupakan rakan sekerja dari satu jabatan, satu fakulti dan satu universiti di Malaysia. Heeeheheeee..mcm tak percaya pulak..terasa mcm kelmarin aku menghadiri kuliah mereka..kini aku pula bakal menggantikan mereka dalam meneruskan tradisi ilmu yang tiada berpenghujung.

Mereka ini datang ke Brisbane untuk menghadirkan diri dalam World Poultry Congress 2008. Kongress yang memfokuskan pembangunan industri ternakan poultry ini berjaya menghimpunkan penyelidik-penyelidik dari serata dunia. Petang tadi aku pergi berjumpa dengan mereka (Prof. Dr. Abd. Razak Alimon & Prof. Dr. Zulkifli Idrus) di hotel penginapan mereka. Aku ditemani oleh rakan aku (Hezmee) yang juga bekas pelajar mereka. Sambil menikmati kebab yang dibelanja (pow sebenarnye..hehehe) oleh Prof. Razak, kami bercerita tentang progress penyelidikan kami disini. Banyak input-input berguna yang aku dan kawan aku dapat dari mereka berdua ini. Ape-ape pon..kami amat berterima kasih atas segala nasihat berguna dan tak lupa juga thanks for the kebabs....ngeh ngeh ngeh...ingat nak ajak makan kat restoran best tapi tak sempat psl dah lewat petang..mungkin lain kali..hehehee..


Nota kaki: Banner psl WPC 2008 dihadapan pintu masuk Brisbane Convention Center..

Thursday, June 26, 2008

Winter Sonata

Hari ni sejuk...lebih-lebih lagi waktu pagi..Skg ni musim dingin ditanah kangaroo..Suhu minimum pagi ni taklah mencapai takat beku sepertimana dinegara eropah. Di Australia, negeri Tanah Ratu (Queensland) tidaklah sesejuk Victoria dibahagian selatan (Melbourne). Namun, suhu yg kadang-kadang mencapai 5 - 10 darjah celcius boleh membuatkan air kencing aku beku..maklumlah, keadaan fizikal yang kurang dilitupi oleh lemak-lemak tepu membuatkan aku menggigil menahan kesejukan.

Terdapat beberapa perkara yang kurang digemari oleh aku apabila tiba musim dingin..justifikasi ini dibuat berdasarkan my own personal preference dan mungkin berbeda dengan individu-individu yang lain.
  1. Musim sejuk, bil letrik naik bagai nak gila. Kenape? Pasal terpaksa pasang heater 2500kw semata-mata nak panaskan bilik ngan pakai water heater time nak mandi.
  2. Musim sejuk, jadi model moisturizer. Kenape? Pasal musim ni lah aku akan menjadi pengguna body moisturizer sepanjang masa. Kulit jadi kering ngan bibir bleh merekah.
  3. Musim sejuk, tak banyak aktiviti bleh dilakukan. Kenape? Pasal siang start lebih kurang pukul 5 pagi, dan malam start kol 5 ptg. Kalu kat Mesia, time macam ni baru nak kuar gi main bola kat padang.
  4. Musim sejuk, segala aktiviti menjadi lembab. Kenape? Pasal otak terpikir seronoknyer kalu dapat berselubung ngan comforter..hehehe
  5. Musim sejuk, jadi pengguna setia toilet. Kenape? Pasal sistem homeostasis badan terpaksa bekerja keras utk pastikan aku tak mati kesejukan. Kesannye? Kencing slalu..hehehehe..
Nota kaki: Gambar kat atas menunjukkan salah satu cara utk menghilangkan rasa sejuk kat sini..minum teh panas sebelum masuk lab...kekekeee.. kesian lab mate aku jd mangsa kena 'pow' teh hari-hari..hehehehe. Gambar satu lagi tu, gambar labmates aku..... Hadi ngan Kate Andrews.. hehehe.... Aku? Mcm biasalah.. dibelakang kamera.. hehehee

Wednesday, June 25, 2008

Liar-liar si kakak tua

Hari ni, lewat dinihari selepas habis mengerjakan saki baki research samples di lab, kaki melangkah keluar dengan longlai sambil memikirkan apekah menu untuk disantap mlm ni...heheehee.. Sambil berfikir, aku terpandang sekumpulan burung-burung dipadang kecil bersebelahan bangunan yg menempatkan makmal aku. Bila diamati rupa-rupanya kawanan burung tersebut adalah spesis parrot...burung ni bersepah kat sini..kalu kat Mesia, burung merpatilah yg bersepah kat padang-padang atau ditepi kaki lima.

Kalu kat Mesia, nak jumpa burung ni kena gi masuk zoo ataupon taman burung, tapi kat sini siap bertenggek kat ampaian baju dirumah. Nak jer t
angkap sekor bela tapi susah sket psl burung ni tak macam jinak-jinak si burung merpati, makin dekat dia lari..burung kakak tua ni perumpamaan yg sesuai adalah "liar-liar si kakak tua, tak sempat nak dekat terus blah"...huhuhuuu..



Nota kaki: ni gambar yg sempat diambil ptg td..enjoy!!

Monday, June 23, 2008

Kenapa eh?

Salam pd pembaca..hari ini aku melihat satu peristiwa yang aneh. Boleh juga dikatakan agak melucukan. Yang pasti ramai antara kita diluar sana yang pernah sama mengalami situasi aneh ini. Lewat tgh hari hari ini, bilamasa sibuk mengerjakan research samples yang berbakul-bakul banyaknya, aku ditemani oleh Prof. Dhiya (sila rujuk entry 'Animal Ethics') yang seperti hilang pedoman duduk di kantor (pejabat) nya tanpa berbuat ape2..boring ler tu. Aku tidak menghalang malah bersyukur at least adalah jugak makhluk tuhan yg sudi diajak bersembang. Prof. Dhiya ini tak dinafikan mmg banyak pengalaman hidup. Peluang ini aku gunakan sebaik mungkin utk bertanya ttg situasi sebenar yang berlaku di Iraq. Byk perkara yang tidak diketahui umum dapat aku perolehi. Tapi ini bukan yang nak disampaikan dalam entry hari ini. Mungkin pd entr yg lain. InsyaAllah..

Sedang asyik bersembang..telefon bimbit dia berbunyi..panggilan dari keluarga di Iraq katanya. Aku pun mengizinkan saja permohonan dia utk menjawab panggilan tersebut. Berbicara dalam syurga (bahasa Arab), membuatkan aku cuba utk mendengar dgn teliti bait-bait serta makhraj-makhraj yg digunakan oleh dia. Sungguh indah. Tapi yang tak indahnya bila tangan beliau yang sebelah lagi seakan-akan sibuk menulis sesuatu diudara. Lepas tu mcm menunjukkan arah pulak..tak abis dengan tunjuk arah, tangan dia seperti menunjuk-nunjuk kearah something...aku kaget. Org tua ni tunjuk kat aku ker atau tunjuk kat saper? Dlm lab ni aku ngan dier jer..Hehehee..aneh-aneh.

Aku tergelak sendirian..nak gelak lebih-lebih takut disangkakan aku kurang siuman. Tapi mmg aneh ya..apakah orang diseberang (yang ditelefon) dapat melihat serta membaca segala apa yang ditunjukkan oleh tangan kiter?Hehehee...aku perhati perkara ini kerap berlaku pada ramai org. Termasuklah aku...hehehehee..kalu tak percaya, cuba perhatikan orang-orang yang sedang menggunakan telefon bimbit..nescaya tangan mereka pasti takleh duduk diam..ngeh ngeh ngeh..

Nota kaki: sori tader sebarang alat bantuan visual dapat dimuatkan dlm entry ini psl tak sempat nak amik gambar dier tgh bercakap dgn telefon..hehehehe

Saturday, June 21, 2008

Toowoomba, the tidiest town in Australia 2008



Hari ini, selepas penat mengerah keringat dalam lab, aku mengambil keputusan utk merehatkan minda serta sekujur jasad tak bermaya ke Toowoomba. Jarak dari umah taklah jauh..dalam 30minit perjalanan dengan menaiki gondola beroda empat. Recently named Australia's tidiest town, Toowoomba is a city with a distinctive blend of history, parks and gardens.

Cakap psl garden, hari ni aku melawat Japanese Garden kat sini. Tak sangka ada Japanese Garden gak kat sini. Toowoomba ni terletak kat tanah tinggi...ala-ala
Bukit Tinggi kat Mesia. Kawasan yang sejuk dan penuh ngan pokok-pokok bunga. Musim bunga adalah musim yang paling ditunggu-tunggu disini. Toowoomba is the only city at Queensland which hosting a flower festival every year. Setiap tuan rumah dibandar ini akan menghiaskan laman rumah mereka dengan pelbagai jenis bunga cuaca 'temperate' dan juga tropika. Memang menakjubkan.

Hari ni aku tidak bersendirian, aku ditemani rakan yang juga jiran ditetangga ini. Makanan seperti nasi lemak dan nasi goreng menjadi mangsa kantung
perut yang sememangnya lapar dek penangan angin musim dingin. Nana, anak kenalan menjadi mangsa kpd alat mainan aku yg terbaru...hehehee..menjadi model yang tidak berbayar...namun anak gadis sunti ini sememangnya pandai beraksi bila berhadapan dengan alat mainan aku itu..Sushah-sushah jer..hehehheee...

Friday, June 20, 2008

Main Pokies

Hari ni selesai solat jumaat kat Islamic center Toowoomba, singgah skejap beli daging halal untuk bekalan mingguan kat rumah. Harga daging fresh disini taklah semahal daging fresh kat Mesia pasal Australia merupakan antara negara pengeksport terbesar daging proses serta ternakan hidup ke Mesia.

Harga daging tu kalu tak silap dlm 3 kilo baru AUD 11.00. Aku bagi wang kertas AUD50 kat butcher tu, pastu dia bagi baki selebihnyer kat aku. Yang menyakitkan hati adalah lebih kurang 20 dolar duit baki dibaginya syiling satu dolar. Buat berat dompet jer..and he can said to me that, you can used this coins to play pokies tonight...pulak dah!!! *wink wink* terkebil-kebil mata mendengarnye...aper dia ingat aku ni kaki pokies kaa..kaki bangku adalah..huhuhuuu..


Nota kaki: Pokies yg dimaksudkan adalah mesin slot judi yg terdapat disini. Nak main mesin tu kena pakai duit syiling 1 dolar jer...err..camner bleh tau ni?heheheheeee...Benda ni org2 sini slalu main malam minggu..

Thursday, June 19, 2008

Research progress seminar

Hari ni supposed kitaorg ada lab group meeting, but unfortunately it has to be cancelled due to some unexpected problems (our sv got stucked in PhD confirmation meeting because he's one of the confirmation's committee). My sv have a few more students under his supervision besides me. I'm the most senior PhD student, followed by Kate Andrews (from UK), Cemil Kurecki (from Turkey), Asad Sultan (Pakistan) and Melanie (Netherland).

Our group is known as Gut Microbiology Group. So basically kitaorg suma ni buat research on microorganisms that is present in animal's gastrointestinal tract. Anyway, today sepatutnya turn Kate untuk present dia punyer research progress. My turn dah lepas last week. Alhamdulillah, i've got lot of positive comments on my presentation with a minor correction need to be made. So berbalik kat kisah my lab mate ni si Kate, seminggu ni dia tak dtg lab psl nak siapkan her presentation. And today biler dia dtg and nak present her research progress, punyerlah stress muka dia. I asked her why you look so stress? She said that she haven't presented any seminar since she presented her honours project last 4 years and she really nervous melangkaui tahap pemikiran manusia normal. Err..camner tu? She also said to me that she have loss her appetite in this week because of this presentation. Gila lah...

I told her that u shouldn't be afraid and nervous because language is not your barrier. English is your first language, not like us. Dia pon setuju but dia ni mmg jenis darah gemuruh punyer species. My lab mate Cemil told her that she shouldn't be scared because bukannyer org lain pon dlm meeting tu, all of us you have already know and we have been working together for quite some time. But still, she feels so stressful. Ini baru present research progress depan lab mate, blom present utk PhD confirmation seminar nanti.

Hari ni aku belajar, semua benda tak jadi kalu kiter nervous and get stress with something yang tak perlu rasa stress. So..why should we feel stress? hmmm...

(Dalam gambar...membelakangi kamera is Cemil, menghadap kamera tu Kate Andrews and Prof. Dhiya)